MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI
BAB PENUTUP
PORTFOLIO SAHAM AKHIRAT YANG DIBAWA PULANG
Setiap perjalanan pasti berakhir. Setiap pelaburan akan dinilai untung atau ruginya. Cepat atau lambat, kita semua akan sampai ke titik yang sama; saat di mana dunia ditinggalkan dan segala yang diusahakan dibentangkan di hadapan Allah SWT. Pada ketika itu, yang dinilai bukan berapa lama kita hidup tetapi bagaimana kita menjalani kehidupan.
Sepanjang perkongsian ini, kita akan dapat melihat
bahawa hidup bukan sekadar rangkaian hari demi hari yang berlalu. Ia adalah
portfolio yang sentiasa bertambah atau berkurang nilainya. Masa, tenaga, mata,
telinga, mulut, tangan, kaki, akal, hati, niat, doa, perhatian, hubungan,
rezeki, ujian dan legasi; semuanya adalah aset. Tiada satupun yang neutral. Semua
ini samaada akan menjadi saham akhirat atau liabiliti dosa.
Minda akhirat menjadikan seseorang itu lebih sedar dan
lebih bermatlamat. Dia tidak membazir modal hidup kurniaan Allah SWT kepadanya
itu untuk perkara yang merugikan. Dia tidak terlalu terikat dengan pulangan
segera. Dia sanggup menunggu hasil yang tidak kelihatan hari ini, kerana yakin
ada ganjaran yang lebih besar di akhirat nanti. Keyakinan melalui mata hati ini
melahirkan disiplin, kesabaran dan ketenangan.
Namun demikian, kesedaran sahaja tidak mencukupi jika
tidak diterjemahkan kepada tindakan. Ilmu yang tidak diamalkan akan menjadi
hujah ke atas diri sendiri. Blog ini tidak bermakna jika ia sekadar dibaca
tanpa perubahan. Perubahan tidak perlu drastik. Cukup bermula dengan satu
pembetulan niat, satu amal wajib yang diperbaiki, satu dosa yang ditinggalkan
dan satu amalan baik yang dikekalkan secara konsisten.
Setiap hari adalah peluang untuk menambah nilai
portfolio saham akhirat buat diri kita. Jika semalam terlepas, hari ini masih
ada ruang andai Allah SWT masih berikan kesempatan. Jika pernah tersasar, pintu
taubat sentiasa terbuka. Allah SWT tidak menilai siapa yang paling sempurna
tetapi siapa yang paling bersungguh-sungguh untuk kembali dan memperbaiki diri.
Akhirnya, persoalan terbesar bukan samaada kita pernah berjaya
atau gagal tetapi samaada kita bersedia untuk bertemu Allah SWT. Apabila tiba
saat itu, tiada lagi peluang untuk menambah atau mengurangkan. Portfolio
ditutup. Akaun dimuktamadkan. Yang tinggal hanyalah hasil daripada segala
pelaburan yang pernah dibuat.
Mudah-mudahan setiap halaman dalam blog ini menjadi
asbab untuk kita menilai semula arah dan matlamat kehidupan dengan masa yang
masih ada. Mudah-mudahan kita tidak lagi hidup secara kebetulan, secara
sembrono tetapi secara sedar dan terancang. Mudah-mudahan apabila tiba hari
terakhir, walaupun kita pulang membawa portfolio yang tidak sempurna tetapi
cukup untuk mendapat rahmat dan reda Allah SWT. Itulah hakikat kejayaan sebenar.
Itulah pulangan yang paling bernilai.
Wallahu’alam.
Ikhlas,
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya.
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam
bentuk video di Instagram Minda Akhirat.
Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau di Youtube, Like dan
subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan
Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum
memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman
dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah
InvestSmart
Blog saham FY telah melebihi 4
juta pengunjung
Seminar Saham From Zero To Hero
(FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari
Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755
untuk keterangan lanjut.
Ingin masuk group pelaburan saham
FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama
penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan
di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog
dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan
saham layari -
Novel paling best pernah anda baca
Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel paling best pernah anda baca
Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah anak Pak Gad bernama FY
layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin dapatkan pengisian motivasi
bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin baiki diri ke arah Minda
Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan