MINDA
AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI
BAB 1 - MINDA DUNIA VS MINDA AKHIRAT
Setiap manusia hidup dengan satu kerangka berfikir, samaada dia sedar atau
tidak. Kerangka itu menentukan apa yang dianggap penting, apa yang dikejar dan
apa yang ditakuti. Dalam kehidupan ini, secara asasnya wujud dua jenis cara
pandang;
1.
Minda Dunia
Perbezaannya bukan pada pangkat, status kehidupan, pakaian atau profesion
tetapi pada keutamaan dan pegangan prinsip dalam diri.
Minda dunia menjadikan dunia sebagai destinasi. Kejayaan diukur pada
pangkat, harta, pengaruh dan pengiktirafan manusia. Masa dinilai berdasarkan
produktiviti material. Hubungan dinilai berdasarkan manfaat dan kepentingan.
Bahkan kebaikanpun kadangkala diukur pada sejauh mana ia menaikkan imej diri.
Minda dunia tidak semestinya jahat tetapi ia mudah terperangkap dalam ukuran
yang sempit dan bersifat sementara. Pandangan mata mereka hanya dengan
menggunakan mata kasar dan mata akal. Huraian mengenai pandangan mata kasar,
mata akal dan mata hati ini ada dipaparkan dalam perkongsian asas Minda Akhirat
dalam blog ini.
Minda akhirat pula menjadikan dunia sebagai ladang. Dunia bukan destinasi
terakhir tetapi tempat menanam. Hasil sebenar bukan di sini tetapi di sana. Di
akhirat nanti. Seorang insan yang berminda akhirat tetap bekerja, berniaga,
merancang dan membina namun semua itu berada dalam rangkuman mencari keredaan
Allah SWT. Ukurannya bukan semata-mata untung rugi dunia tetapi untung rugi
akhirat. Mereka ini bukan hanya menggunakan mata kasar dan mata akal tetapi
mereka juga menggunakan mata hati dalam memandang apa sahaja yang berlaku
sepanjang menjalani kehidupan ini.
Mereka berada dalam zon akhirat walaupun mereka hidup
di dunia.
Perbezaan ini jelas dalam membuat keputusan. Apabila berhadapan pilihan
yang menguntungkan tetapi meragukan, minda dunia cenderung mencari justifikasi
untuk mendapatkan keuntungan tersebut dengan pelbagai alasan. Minda akhirat
pula mencari keselamatan. Andai ia meragukan pasti ia akan ditolak. Apabila
diuji dengan kegagalan, minda dunia melihatnya sebagai satu kehancuran. Mereka
putus asa, merudum hingga ada yang mengalami kemurungan malah bunuh diri.
Minda akhirat pula melihatnya sebagai ujian, tarbiah dan penghapusan dosa.
Mereka bangkit meneruskan kehidupan tanpa rasa putus asa.
Tafsiran terhadap peristiwa yang sama tetapi berbeza sama sekali dari
sudut pandangnya.
Dalam mengurus masa, minda dunia akan memenuhi jadual dengan perkara yang
memberi pulangan segera. Kalau boleh mereka taknak tidur dan bekerja 24 jam
sehari untuk mencapai apa yang mereka hajati. Kalau berehat mereka perlukan
hiburan kerana pada mereka berehat tanpa hiburan dianggap satu kerugian. Duduk
diam tanpa hasil dianggap membazir.
Minda akhirat pula melihat masa sebagai amanah. Ada waktu bekerja, ada
waktu beramal, ada waktu berehat yang diniatkan untuk memulihkan tenaga demi
kebaikan. Setiap ruang masa mempunyai nilai ibadah jika dijalankan dalam
rangkuman syariat dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.
Minda dunia juga cenderung hidup dalam perbandingan. Ikutan budaya Barat –
keeping up with the Joneses. Kalau orang lain ada kita juga kena ada.
Kalau baik yang lebih baik, lebih berjenama, lebih mahal lagi. Kejayaan orang
lain boleh menjadi ancaman. Pujian menjadi bahan bakar utama. Kritikan menjadi
ancaman besar.
Minda akhirat lebih stabil kerana ukurannya tetap. Pujian tidak mengangkat
terlalu tinggi dan kritikan tidak menjatuhkan terlalu dalam. Nilai diri tidak
bergantung kepada manusia tetapi kepada penilaian Allah SWT.
Namun demikian, minda akhirat bukan bererti meninggalkan dunia sepenuhnya.
Ia bukan sikap pasif atau anti kejayaan. Ia ialah keseimbangan. Dunia tetap
diusahakan dengan cemerlang tetapi hati tidak diperhambakan olehnya. Harta
boleh dicari tetapi tidak disembah. Kedudukan boleh dipegang tetapi tidak
dijadikan identiti mutlak.
Hakikatnya, setiap hari kita memilih antara dua minda ini. Dalam hal kecil
dan besar, dalam urusan kewangan, keluarga dan ibadah. Pilihan itu mungkin
tidak kelihatan besar pada zahirnya tetapi kesannya terkumpul. Sedikit demi
sedikit, ia membentuk arah hidup dan akhirnya menentukan destinasi.
Seorang yang benar-benar berminda akhirat bukan bermaksud dirinya sudah
sempurna. Hakikatnya dia juga diuji dengan godaan dunia. Namun bezanya, dia
cepat kembali kepada garispanduan yang jelas; apa yang wajib didahulukan, apa
yang haram dijauhkan dan apa yang sunat diperbanyakkan. Kompasnya sentiasa
disemak semula agar tidak tersasar terlalu jauh.
Akhirnya, persoalan terbesar bukan samaada kita memiliki dunia atau tidak
tetapi adakah dunia itu berada di tangan atau ia masuk ke dalam hati. Jika
dunia berada di tangan dan akhirat di hati, hidup menjadi seimbang. Jika dunia
berada di hati dan akhirat dilupakan, hidup akan bermasalah, sentiasa gelisah.
Minda dunia mungkin memberi keseronokan sementara tetapi minda akhirat memberi
ketenangan yang lebih dalam dan kekal abadi. InsyaAllah.
Ikhlas,
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca
semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya
saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala.
Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda
tak percaya, bacalah! Share blog
Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal
membuka hati dan minda berada di dalamnya.
PSS - Anda juga boleh menonton
semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.
Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama
penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan
di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment