Memaparkan catatan dengan label Pelaburan masa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelaburan masa. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2026

PEMBUKA BICARA - MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

PEMBUKA BICARA


Setiap dari kita sebenarnya sedang melabur, samaada dia sedar atau tidak. Setiap hari kita menukar masa dengan sesuatu; duit, ilmu pengetahuan, pengalaman, hubungan, hiburan atau pencapaian. Kita bangun pagi dengan perancangan, berusaha dengan harapan dan tidur dengan keletihan. Namun jarang sekali kita bertanya satu soalan besar; apakah sebenarnya yang sedang kita bina dengan kehidupan ini?

Sejak kecil kita dididik dan diajar untuk bertanyakan apakah cita-cita yang ingin kita capai bila kita besar kelak. Ada yang ingin menjadi doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Dari situ kita belajar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti demi untuk mengejar cita-cita tersebut. Semua ini demi pencapaian di dunia namun persoalannya bagaimana pula persiapan kita untuk akhirat? Pengisian dunia akan hanya menajamkan mata dunia kita tetapi mata akhirat kita menjadi kabur.

Seterusnya dunia mengajar kita tentang pelaburan harta. Kita belajar tentang risiko dan pulangan, tentang untung dan rugi. Kita diajar supaya tidak membazir modal dan supaya memilih instrumen yang memberi pulangan terbaik. Namun kehidupan ini sendiri adalah modal yang jauh lebih besar daripada duit. Usia, tenaga, akal, hati dan peluang adalah aset yang tidak boleh diganti apabila habis. Seorang insan yang berminda akhirat melihat semua ini sebagai portfolio yang sedang dia urus setiap detik saban hari.

Perkongsian ini lahir daripada satu kesedaran; bahawa kejayaan dunia ini langsung tidak bermakna jika kita gagal di akhirat. Ramai orang kelihatan berjaya pada zahirnya tetapi hatinya kosong dan jiwanya resah. Ada pula yang biasa-biasa sahaja hidupnya tetapi hatinya tenang kerana tahu ke mana arah tuju perjalanan kehidupannya. Perbezaan ini bukan pada jumlah harta tetapi pada cara melihat hidup.

Minda akhirat bukan bermaksud meninggalkan dunia. Ia bermaksud meletakkan dunia pada tempatnya. Dunia menjadi alat, bukan matlamat. Harta menjadi wasilah, bukan tujuan. Kerjaya menjadi amanah, bukan identiti mutlak. Apabila susunan ini jelas, hidup menjadi lebih seimbang. Tekanan berkurang, keutamaan tersusun dan keputusan menjadi lebih matang.

Perkongsian ini tidak menawarkan teori yang jauh daripada realiti. Ia mengajak sidang pembaca melihat setiap aspek kehidupan sebagai pelaburan; masa yang digunakan, tenaga yang dikeluarkan, apa yang dilihat, didengar, diucap, difikir dan dirasa. Setiap anggota, pancaindera, sumber dan setiap peluang adalah modal. Soalnya bukan samaada kita sedang melabur atau tidak tetapi ke arah mana pelaburan itu ditujukan.

Ada pelaburan yang memberi pulangan segera tetapi merugikan jangka panjang. Ada pula pelaburan yang memerlukan kesabaran, namun hasilnya kekal dan berpanjangan. Minda akhirat memilih pulangan yang kekal. Dia sanggup menahan diri daripada keuntungan sementara demi keselamatan yang abadi. Pilihan ini selalunya tidak popular tetapi hakikatnya ia adalah pilihan yang paling selamat.

Sepanjang halaman-halaman berikut, kita akan meneliti bagaimana seluruh hidup boleh diurus sebagai portfolio persiapan saham akhirat. Kita akan melihat semula keutamaan, membetulkan niat dan menyusun semula fokus. Tujuannya bukan untuk menghukum atau memenjara diri tetapi untuk dengan harapan dapat menyedarkan dan memperbaiki. Setiap daripada kita masih diberi masa untuk menambah baik pelaburan masing-masing.

Akhirnya, perkongsian ini bukan tentang menjadi sempurna. Ia tentang kesedaran dengan harapan ia bakal membuka dan menajamkan mata hati. Sedar bahawa setiap detik ada nilainya dan tak boleh dibuang begitu sahaja. Sedar bahawa setiap keputusan ada kesannya baik dunia mahupun di akhirat. Sedar bahawa suatu hari nanti kita akan berdiri di hadapan Allah SWT dengan membawa seluruh portfolio kehidupan kita. Mudah-mudahan perkongsian ini menjadi panduan untuk mengurus kehidupan dengan lebih bijaksana, agar apabila tiba saat pertemuan itu, kita datang bukan dengan tangan kosong tetapi dengan bekalan yang bernilai dan diberkati. InsyaAllah.

Jom kita sambung perbincangan dalam bab yang akan seterusnya…

Sekian dulu…

Kongsikanlah blog ini andai anda rasa ia bemanfaat… Terima kasih…

Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

 

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup


BAB 4 - PELABURAN MASA

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

BAB 4 - PELABURAN MASA

Dalam kehidupan di dunia ini kurniaan masa dari Allah SWT adalah antara kurniaan yang paling berharga. Apa yang paling penting dengan masa ialah pengisiannya. Adakah kita mengisinya dengan sesuatu yang berharga atau kita biarkan ia berlalu sia-sia sahaja.

Pelaburan masa seorang insan yang berminda akhirat bukan sekadar mengisi ruang waktu dengan aktiviti tetapi memastikan setiap detik mempunyai nilai di sisi Allah SWT. Masa bukan sekadar angka pada jam, sebaliknya modal kehidupan yang tidak boleh diulang tayang. Seorang yang sedar hakikat ini akan memandang sehari yang berlalu sebagai satu transaksi; samaada ia menjadi aset pahala yang berkembang atau liabiliti yang membebankan di akhirat kelak.

Insan yang berminda akhirat memahami bahawa tidak semua perkara perlu dilakukan, walaupun mampu dilakukan. Ukurannya bukan pada keseronokan, bukan juga pada pujian manusia tetapi pada manfaat dan reda Allah SWT. Jika ada peluang melakukan sesuatu yang bermanfaat, maka dia akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Manfaat itu luas maknanya; memberi ilmu, membantu orang susah, menulis perkara yang mengingatkan manusia kepada Tuhan atau bekerja mencari nafkah yang halal demi keluarga.

Jika tidak mampu melakukan sesuatu yang besar, maka lisannya dijaga agar hanya mengucapkan yang baik. Sabda Rasulullah SAW mengingatkan supaya berkata baik atau diam. Lisan yang dikawal adalah tanda jiwa yang terdidik. Kebanyakan kita rugi bukan kerana kurang amal tetapi kerana banyaknya kata-kata sia-sia. Seorang insan yang berminda akhirat sedar bahawa setiap perkataan dicatat, maka dia memilih untuk bercakap perkara yang membina, menenangkan dan menghubungkan manusia dengan Allah SWT.

Ada ketika tangan tidak mampu berbuat dan lisan tidak perlu berkata. Pada saat itu fikirannya pula menjadi medan pelaburan. Dia berfikir tentang kebesaran Allah SWT, tentang nikmat yang tidak terhitung, tentang dosa yang perlu diinsafi dan tentang kematian yang pasti mendatangi. Fikir yang benar mampu mengubah arah hidup. Fikir yang jujur mampu melahirkan taubat dan tekad baru. Minda akhirat menjadikan proses berfikir sebagai ibadah, bukan sekadar angan-angan kosong.

Jika hati terasa kosong dan fikiran tidak tahu mahu merenung apa, maka zikir menjadi tempat kembali. Zikir bukan sekadar ulangan lafaz tetapi latihan kesedaran bahawa Allah SWT sentiasa memerhati. Dalam zikir ada ketenangan, dalam zikir ada kekuatan dan dalam zikir ada penyucian jiwa. Seorang yang membiasakan diri dengan zikir tidak akan mudah hanyut dalam kelalaian walaupun berada di tengah kesibukan dunia.

Prinsip ini sebenarnya sangat praktikal. Ia tidak memerlukan pentas besar atau jawatan tinggi. Ia boleh diamalkan oleh seorang usahawan, seorang pekerja pejabat, seorang suri rumah, bahkan seorang pelajar. Setiap masa yang terluang boleh diisi dengan membaca, menulis, membantu, menasihati, berfikir atau berzikir. Hidupnya sentiasa dalam mod memberi, berkhidmat bukan sekadar menerima.

Ramai orang merasakan mereka tiada masa untuk berubah. Hakikatnya, masa tetap sama dua puluh empat jam. Perbezaannya terletak pada cara pelaburan. Terletaknkepada pengisiannya. Minda dunia mencari hiburan apabila lapang, sedangkan minda akhirat mencari keberkatan. Minda dunia melihat masa sebagai ruang untuk melepaskan tekanan, sedangkan minda akhirat melihat masa sebagai peluang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pelaburan masa beginilah yang melahirkan ketenangan luar biasa. Jiwa tidak resah walaupun sibuk dan hati tidak kosong walaupun bersendirian. Setiap detik terasa bermakna. Seorang yang hidup dengan prinsip ini tidak menunggu saat tua untuk menjadi hamba yang taat. Dia memulakan hari ini juga, dengan apa yang mampu. Jika boleh buat yang bermanfaat, dia lakukan. Jika boleh berkata yang baik, dia ucapkan. Jika boleh berfikir yang membawa kepada insaf, dia renungkan. Jika tiada apa-apa, dia berzikir menyebut nama Allah SWT.

Walaupun dia sedang berjalan, berjogging, bermain bowling, menonton televisyen, memandu dan sebagainya dia tetap akan berzikir. Padanya daripada mendengar lagu dan menyanyi ketika memandu adalah lebih baik mendengar ceramah agama, berfikir atau berzikir. Malah ketika bertemu dengan orang lain di kedai mamak sekalipun dan sekiranya dia sedang mendengar sekalipun dia akan berzikir. Berzikir dapat menjalinkan hubungan dengan Allah SWT. Ia jauh lebih baik dari membiarkan masa mendengar itu kosong sahaja.

Itulah pelaburan masa seorang yang benar-benar berminda akhirat. Dia sedar dengan kurniaan masa yang dikurniakan Allah SWT itu.

Kalau tak boleh bertindak, dia bercakap, kalau dia tak ada apa yang hendak dicakapkan dia berfikir dan kalau tak ada yang hendak difikirkan maka dia berzikir. Dia tak akan membiarkan masa itu kosong dan dibiarkan berlalu sia-sia.

Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

 

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup


SISTEM OPERASI AKAL DAN MINDA AKHIRAT

SISTEM OPERASI AKAL DAN MINDA AKHIRAT Setiap manusia mempunyai akal untuk berfikir, hati untuk merasa dan kehidupan untuk membuat pilihan....