Tuesday, August 31, 2021

BAB 25 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - MANUSIA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN

 

MANUSIA MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN

Dalam paparan di atas ini pula saya huraikan dari sudut tugas manusia dibandingkan dengan (tugas) ketentuan Allah Taala. (Ia bukan membawa maksud yang Allah punya tugas tertentu. Ia hanya untuk bertujuan sebagai contoh penerangan semata-mata.)

Di sini kita boleh nampak yang makhluk perasaan negatif ini hanya akan datang bila terjadinya konflik bila manusia ingin mengambil alih (tugas) ketentuan Allah.

Kita jadi tertekan bila merancang untuk bertemu dengan buah hati tetapi buah hati yang ditunggu tak muncul-muncul tiba sedangkan hakikatnya penentuan itu adalah hak milik Allah Taala. Dia yang menurunkan hujan lantas menyebabkan kesesakan lalulintas hinggakan buah hati anda itu lambat tiba. Yakinilah andai telah ditentukan kita akan berjumpa dengan buah hati kita pada masa yang ditetapkan itu pasti kita akan bertemu dengannya.

Kita jadi kecewa kerana setelah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan sesuatu projek dan berharap akan mendapat bayaran sebanyak RM10,000.00 tetapi hanya mendapat RM2,000.00 sedangkan jauh di sudut hati kita, kita tahu yang Allah yang memberi rezeki. Bila kita berada dalam kawasan kelabu ini yang mana bila kita menyangka yang penentuan rezeki bergantung kepada usaha yang datang dari tulang empat kerat kita sendiri maka ia adalah satu prinsip yang nyata silap. Inilah yang menjadi penyebab kekecewaan dan putus asa kepada manusia.

Kita jadi geram, marah dan kecewa bila kita selalu berdoa tetapi kononnya tidak dimakbulkan sedangkan kita tidak mengambil iktibar yang Nabi Ibrahim AS dimakbulkan Allah doanya hanya setelah berterusan berdoa selama 70 tahun untuk mendapatkan anak. Kita juga jarang memikirkan akan nikmat-nikmat yang ada di sekeliling kita yang telah dimakbulkan Allah Taala kepada kita selama hari ini.

Kita jadi tak sabar dan berkata :

    “Aku dah puas menasihati si Abu tu tapi dia tetap tak berubah, masih tetap dengan perangai lamanya.”

Dalam carta di atas kita dapat lihat yang hidayah adalah hak milik Allah maka sedarilah yang kita tak punya kuasa untuk memberi hidayah. Oleh itu serahkanlah tugas memberi hidayah itu kembali kepada Allah Taala untuk membuka hati seseorang itu dan meneranginya. Dalam hal ini tugas kita ialah untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. SABAR itu kata kuncinya.

Bagi yang lain itu anda buatlah contoh sendiri.

Di sini terdapat konflik yang ketara kerana manusia tak dapat membezakan antara tugasnya dengan ketentuan Allah Taala. Tekanan yang datang sebenarnya adalah kerana kita meletakkan harapan yang tinggi kepada apa yang kita rancangkan itu menjadi kenyataan sebagaimana yang kita rancangkan. Semakin tinggi harapan yang kita letakkan dalam diri maka makin mudahlah ia jatuh berkecai. Harapan yang berkecai inilah yang ditafsirkan dengan perasaan tak puas hati, kecewa, derita, geram dan sebagainya.

Apa yang saya maksudkan ialah konflik itu berlaku kerana kita sebagai manusia mahu sesuatu perkara itu terjadi mengikut kehendak kita tanpa memahami hakikat sebenarnya yang ketentuan sesuatu perkara itu terletak secara mutlak di tangan Allah Taala. Kita hanya boleh berusaha dan selebihnya kita serahkan pada Allah Taala. Sebagai contoh kita berkata seseorang itu “sepatutnya” bersikap begitu begini, keadaan itu “sepatutnya” begitu begini dan sebagainya. Aku sepatutnya mendapat kontrak itu, suami aku sepatutnya faham dan lain-lain namun sebaliknya apa yang tidak sepatutnyalah yang sering berlaku dan yang tak sepatutnya inilah sebenarnya merupakan ketentuan Allah.

Maka adalah lebih baik sekiranya kefahaman kita sebagai manusia ialah seperti carta di bawah in dengan hanya menjalankan tugas manusia dan tidak mengambil tugas Allah Taala. Dalam apa juga yang kita lakukan, lakukan sahaja dengan penuh ikhlas, selebihnya kita serahkan kepada yang Maha Berkuasa.


Kefahaman dan penghayatan dalam bab ini dengan izin Allah akan menjadikan kehidupan kita lebih tenang dan bahagia. Sedarlah bila sesuatu itu telah berlaku maka itu termasuk dalam susunan ketentuan takdir Allah Taala dan mengambil jalan reda dengan takdir Allah ini merupakan jalan yang terbaik.

Bersyukurlah sekiranya kehendak kita itu selari dengan ketentuan Allah Taala namun bersyukur jugalah sekiranya ia tidak selari dengan ketentuan Allah kerana Allah lebih tahu mana yang terbaik buat kita makhluk ciptaanNya. Kita teruskan usaha tanpa rasa putus asa.

Dikemaskini 7 September 2022

BILA MARAH DATANG?

Soalan? Bolehkah dua perasaan atau makhluk emosi itu datang dalam diri anda pada satu masa? Bolehkah anda tenang pada masa yang sama anda marah ataupun bolehkah anda gembira dan sedih dalam masa yang sama? Mungkinlah kalau anda menghidap penyakit Bipolar Disorder. Kalau difikirkan pastinya tidak. Ini bermakna kalau anda tenang, marah tiada di situ dan kalau anda marah tenang tiada di situ. Hanya salah satu yang bakal ada dalam diri pada masa itu. Namun demikian api kemarahan dan emosi negatif itu boleh membesar. Geram boleh naik menjadi marah. Sedih boleh naik menjadi duka nestapa, tamak boleh membesar menjadi haloba dan sebagainya.

Persoalannya bila marah datang, adakah ia yang akan mengawal anda atau adakah anda yang akan mengawal marah? Berjayakah kita mengawal marah atau adakah marah yang akan mengawal kita? Kalau difikirkan kita makhluk manusia jauh lebih mulia dari makhluk marah. Jadi kitalah yang sepatutnya punya akal fikiran untuk mengawal makhluk marah ini. Kita hanya guna makhluk marah ini di tempat yang perlu sahaja yakni di tempat yang Hak. Marah bila Allah dipermainkan, Nabi SAW dipersendakan, kehormatan keluarga diperlakukan contohnya. Bukan marah kerana makhluk yang lain, marah kerana hari hujan, marah kerana jalan jem, marah kerana order makanan lambat sampai atau perkara kecil yang lain. Telan marah, telan marah sabda Rasulullah SAW kepada kita. Bersabar itu lebih baik.

Jadi sekali lagi saya tegaskan. Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Ingat Allah setiap masa maka makhluk marah, bosan dan sifat kebinatangan yang lain takkan dapat duduk dan menguasai hati kita dengan izin Allah SWT. Itulah hakikat manual manusia yang telah digariskan dalam Al Quran dan dizahirkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Jadi apapun juga situasinya. Lek lek jer…

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



BAB 26 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - KONSEP TIGA PENJURU



KONSEP TIGA PENJURU

Sebenarnya tiada satupun peristiwa yang boleh dijadikan cetusan negatif. Cetusan negatif dicipta oleh kita sendiri semata-mata untuk memuaskan hati. Konsep tiga penjuru adalah antara diri kita, perantara dugaan dan Allah Taala.

Kes 1 ;

Ali membeli beberapa biji buah mangga yang masak ranum kekuning-kuningan daripada seorang peniaga. Dia mengambil masa memastikan buah yang dipilihnya itu buah yang cantik-cantik. Sampai di rumah dia dan keluarganya mula memakan buah tersebut. Malangnya semua buah tersebut masam rasanya. Maka tercetuslah kata-kata begini :

         “ Haprak punya penjual, jual aku buah mangga yang masam. Rugi duit aku. Nanti kau !! “

Sebenarnya tanpa kita sedari kita memarahi pencipta buah tersebut iaitu Allah Taala. Ini kerana penjual itu pastinya ingin menjual mangga yang manis, dia juga tidak tahu apa rasa buah mangga tersebut. Penanam buah tersebut juga telah berusaha mencari benih daripada mangga yang terbaik namun masam manisnya buah tersebut takkan diketahuinya. Kalau kita tahu yang kita akan menyalahkan Tuhan kerana buah mangga yang masam itu pasti kita akan berhati-hati akan apa yang kita cetuskan.

Kes 2 ;

Abu bermain bolasepak dan dalam perlawanan hari itu beliau menjaringkan 10 biji gol. Dia pun mengeluarkan cetusan berlagak dan berbangga dengan pencapaiannya itu.

        “ Ini Abulah, kalau jaringkan sebiji dua gol tak mainlah... Aku ingat lepas ni Manchester United mesti nak beli aku punya.. “

Konsep Segi Tiga mengatakan yang Abu hanyalah perantara Tuhan yang menjadikan keadaan demikian mungkin untuk dijadikan pengajaran bagi pasukan yang kalah hari itu.

Minggu seterusnya dalam perlawanan yang lain, Abu membuat 50 percubaan ke arah gol tetapi tak satupun bola menerjah jaring. Sekali lagi Abu mengeluarkan cetusan negatif :

         “Apa punya siallah hari ni... semua yang aku buat serba tak menjadi.. Penjaga gol tu sudahlah pendek tak bagus pulak tu tapi aku tak dapat nak jaringkan gol walau sebiji.” 

Sekali lagi konsep tiga penjuru ini mengambil tempat. Kali ini sebagai pengajaran kepada Abu.

Begitu jugalah sekiranya kita mengatakan sesorang itu hitam, hodoh, botak, pendek, tempang, cacat dan sebagainya. Bukankah kita menghina ciptaan Tuhan yang bertujuan membeza-bezakan kita antara manusia.

Seterusnya ;

·       Kita sembuh dari penyakit bukan kerana ubat, bukan kerana doktor.
·       Kita kuat bukan sebab kita selalu angkat berat di gym.
·       Kita berjaya bukan kerana kepandaian dan kepakaran kita.
·       Kita kaya bukan kerana kita pandai meniaga.
·       Kita pandai bukan kerana kita rajin membaca.
·       Kita berpengaruh bukan kerana kita ramai pengikut.
·       Kita punya isteri cantik bukan kerana kita pandai “tackle” dia.
·       Dan sebagainya.
 
Ini semua asbab sahaja. Hakikatnya semua ini adalah atas keizinan dan ketentuan Allah Taala. Tanpa izin Allah dengan makan pelbagai ubatpun kita takkan sembuh, berapa banyak kita angkat beratpun kita takkan kuat, berapa rajin kita membacapun kita takkan pandai, walau macamana mahir kita “tackle” si gadis idaman kita tetap tak ada jodoh dengan dia dan begitulah seterusnya. Sedarilah kita tak punya apa. Kita diamanahkan dengan semua ini. Allah pinjamkan kita dengan apa yang kita ada di dunia ini dan tiada sebab untuk kita bersifat sombong, ego, angkuh, bongkak dan riak dengan semua pinjaman itu kerana bila-bila masa Dia boleh mengambilnya kembali. Si kaya boleh kembali miskin, si pandai boleh kembali nyanyuk, si kuat akan kembali lemah, si berjaya juga boleh gagal, si cantik juga akan kerepot kelak, si berkuasa juga akan hilang kuasanya kelak dan begitulah seterusnya.

Ingatlah yang semuanya dari Allah SWT. Dia yang mengurniakan semua nikmat yang tidak terhitung dalam hidup ini dan Dia jugalah yang berkuasa mengambilnya kembali pada bila-bila masa. Hanya kepada Allah kita berserah dan meminta pertolongan. Serahkan sahaja kepada Allah SWT untuk membimbing perjalanan kehidupan kita setiap detik setiap masa. Lahawlawalaquatailla billah. Itu yang terbaik. 

InshaAllah kita sambung bab kebersihan hati pula dalam bab yang seterusnya.  


Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscibe yer. Layari ;

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



BAB 27 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - HATI YANG BERSIH VS HATI YANG KOTOR




HATI YANG BERSIH VS HATI YANG KOTOR

Mana yang anda suka?

  • Seorang lelaki yang kaya, hensem, terkenal tapi perangainya buruk.
  • Seorang lelaki yang miskin, tak hensem, hitam tapi budi pekertinya baik.
  • Seorang gadis yang cantik, pandai menyanyi dan menari tapi pemarah orangnya.
  • Seorang gadis biasa, belajar pun tak pandai tapi punya akhlak terpuji.
Dalam hal ini tak kesahlah anda pandai apapun, anda kaya macamanapun, lawa macamanapun tapi kalau perangai buruk tak siapa yang akan suka. Kecantikan manusia bukan terletak kepada rupanya, hartanya, kedudukannya, pengaruhnya, tulisannya atau apa sahaja. Hakikatnya ia terletak kepada akhlak dan budi pekertinya.

Bagi saya semua sifat yang wujud di muka bumi ini juga adalah makhluk ciptaan Allah sepertimana yang sudah saya terangkan dalam bab-bab yang sebelum ini.

Mari kita kategorikan sifat ciptaan Allah ini kepada sifat positif atau mahmudah dan sifat negatif atau mazmumah yang ada dalam hati kita. Sifat Mahmudah ialah sifat baik yang ada dalam diri Nabi Muhammad SAW dan sifat buruk atau sifat Mazmumah pula ialah sifat yang ada pada Qarun, Fir’aun, Abu Lahab dan Abu Jahal. Ketahuilah di akhirat nanti semua ahli syurga akan dilengkapi dengan sifat-sifat mahmudah yang ada pada Nabi SAW. Marilah kita sama-sama usahakan untuk menerapkan semua sifat-sifat mahmudah ini ke dalam hati kita sebagai persediaan untuk ke sana nanti.

Jadi sifat-sifat manakah yang ada dalam hati anda ketika ini? Bagaimanakah ia masuk ke dalam hati anda? Bila ia masuk? Adakah ia memang sudah sedia ada dalam hati sejak kita dilahirkan? Adakah sifat-sifat yang negatif sedang bercampur aduk dengan sifat yang yang positif?

Sebenarnya selama hidup ia masuk tanpa disedari, ia masuk berterabur, tidak tersusun tak kira tempat dan masa. Adakah kita membiarkannya sahaja? Apakah tapisan yang anda gunakan bagi mengelakkan sifat-sifat yang buruk masuk ke dalam hati? Ikut logik akal sahaja?

Dalam hal ini kita mestilah memasuk dan menerapkan sifat-sifat baik dan mengeluarkan sifat-sifat buruk dan jahat keluar dari hati supaya hati kita bersih dan dijauhkan dari bintik-bintik hitam yang bakal menghitamkan hati. Ini kerana hati yang bersih akan memelihara keseluruhan akal fikiran sikap, tindak tanduk dan perbuatan kita. InshaAllah.

Sifat yang baik ada disampaikan dalam Al-Quran dan dizahirkan oleh Nabi besar kita Nabi Muhammad SAW. Lagipun memang baginda diturunkan Allah ke mukabumi dengan tujuan untuk memperbaiki akhlak manusia. Antara sifat-sifat itu adalah dipaparkan dalam ilustrasi di atas.

Namun dewasa ini di akhir zaman ini ramai yang punya sifat yang buruk dibandingkan dengan sifat yang baik.

  • Nak membantu tapi memaki hamun orang yang dibantu.
  • Perselisihan dan persengketaan dari pihak atasan hingga ke golongan marhaen.
  • Scam, menipu dan memanipulasi demi mengejar harta kekayaan.
  • Iri hati dan dengki melihat kejayaan orang lain.
  • Ego, sombong, angkuh dan bongkak bila berada di atas.
  • Fitnah dan tipudaya semakin berleluasa demi kepuasan hati.
  • Janji yang tidak ditepati dan sebagainya.
 
Lebih dalam lagi ;

  • Kita tidak prihatin bilamana mak/isteri/anak kita mengadu sakit tapi kita tak ambil tindakan untuk membawanya ke klinik bagi menyelesaikan masalah itu.
  • Kita senang dan punya duit tapi kita kedekut untuk hulurkan bantuan kepada ibubapa, keluarga dan orang yang memerlukan.
  • Kita tak pedulikan perihal anak-anak hinggakan mereka terbiar.
  • Kita self-centered nak orang tahu pasal diri kita tapi kita tak pernah tanya pasal orang lain.
  • Kita rasakan diri kita pandai, lebih cantik, lebih kaya, lebih berkedudukan lantas sering merendahkan orang lain.
  • Kita taknak jaga ibu bapa kita yang sudah tua.
  • Dan bermacam lagi.
 
Dalam hal ini selalunya sifat yang buruk suka berkawan dengan sifat yang buruk juga. Hati yang umpama tong sampah akan ada banyak sampahlah di dalamnya. Maka orang tidak ada sifat Reda dan akan ada sifat Bosan, Marah, Ego dalam hati mereka sedangkan orang yang Reda pula akan ada sifat Tenang, Ikhlas, Pemurah dan sebagainya dengan izin Allah SWT. Sifat-sifat ini jugalah yang menentukan akhlak seseorang insan itu.

Janganlah jadikan hati kita tempat pengumpulan sampah sarap. Sampah hanya berkawan dengan sampah. Bosan berkawan dengan Dengki, Iri hati, Marah dan lain-lain. Janganlah penuhkan hati dengan sampah sarap kekotoran. Ia penuh dengan toksid, kuman dan  penuh dengan penyakit. Analoginya seakan seorang yang pengotor. Bukankah penyakit senang mendekatinya. Jadi mulakanlah membersihkan diri dari semua sampah sarap ini. Tempat yang bersih dan telah dinyahkumankan maka tiada sampah mahupun sekelumit kumanpun mahu mendekatinya. Begitulah keadaan mereka yang bersih hatinya.

Untuk membersihkan hati kita kena lazimi Zikrullah dan meningkatkan ingatan kepada Allah Taala. Usaha ini sekiranya dilakukan secara berterusan dan istiqomah akan dapat membersihkan hati. Solat, berada dalam majlis-majlis ilmu, berzikir, bertasbih, bertahlil, bertahmid, mengaji Al Quran semuanya adalah amalan yang boleh membersihkan hati. Ia makanan rohani buat manusia. Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dalam hati kita hendaklah sentiasa beristigfar. Hati yang bersih akan menghalau sifat-sifat buruk untuk menetap di dalamnya. Percayalah lama kelamaan hari akan menjadi bersih. Umpama kuman yang tak dapat hidup di kawasan yang telah disteril.

Kemudian untuk mengelakkan sifat mazmumah masuk ke dalam hati hendaklah kita menapisnya dengan Al Quran dan Sunnah. Hanya sifat-sifat yang disarankan Allah Taala Al Quran dan ditunjukkan oleh Nabi SAW sahaja yang dilulus dan dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam hati. Selainnya ditangkis keluar. Kenapa pula kita nak masukkan makhluk sifat yang hina dina ke dalam hati kita makhluk manusia yang dimuliakan Allah Taala?

Dalam menjalani proses kembali ke pangkal jalan ini akan terjadi peperangan antara sifat baik dengan sifat buruk ini di dalam hati dan sekiranya sifat negatif akan tetap menang maka berterusanlah pemilik hati itu dengan jalan yang serong dan penuh kehinaan sedangkan bagi yang berjaya mengatasi maka kembalilah dia ke jalan yang benar dan diredai.

Peperangan antara sifat baik dan sifat buruk di dalam hati ini umpama peperangan antara tentera putih dan tentera hitam. Panji-panji tentera putih ini akan diketuai oleh sifat Sabar dan Reda sedangkan panji-panji tentera hitam pula diketuai oleh Sifat Marah dan Benci. Peperangan ini sebenarnya sering terjadi dari masa ke semasa kerana kedua-dua bala tentera ingin menguasai hati. Berhati-hatilah, setiap kali anda dalam persimpangan dilema untuk memilih antara jalan yang baik dan buruk, antara akal dan nafsu, maka saranan saya pilihlah yang baik, yang terang, yang bersih, yang positif kerana ia akan memenangkan bala tentera putih dalam hati anda. Lambat laun mereka akan dapat menguasai hati. Menjadikan anda orang yang baik dan punya akhlak yang mulia. Percayalah.  

Pernah satu ketika saya bertemu dengan seseorang yang berada dalam keadaan yang sedemikian rupa iaitu berada dalam perjuangan untuk kembali ke pangkal jalan. Peperangan sifat baik dengan sifat jahat sedang berlaku di dalam hatinya. Pada masa itu katanya dia mengambil keputusan untuk meredai keadaan tiba-tiba dia ternampak asap keluar dari dadanya. Agaknya sifat sejuk dan baik itu telah berjaya mengalahkan dan menguasai sifat yang jahat yang panas sifatnya di dalam hatinya. Sejuk bertemu panas waplah yang keluar. Selepas dari peristiwa itu dia nampaknya lebih tenang dalam menjalani kehidupan.

Jadi mungkin dalam hati kita juga selalu berlakunya peperangan antara kedua-dua sifat ini. Dalam kes yang baik menang maka kebaikanlah yang bakal diterima oleh pemilik hati tersebut namun kalau sifat baik kalah bagaimana pula? Maka teruslah kita berada dalam keadaan yang huru hara, tertekan, resah gelisah dan sebagainya.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



BAB 28 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - CIRI-CIRI HATI YANG BERSIH




Ciri hati yang bersih menurut Prof Dr Shaleh punya 5 sifat-sifat yang berikut ini;

1.   Hati yang tunduk patuh kepada Allah Taala.

Pemilik hati ini akan mengikut perintah Allah Taala dan meninggalkan segala laranganNya tanpa soal. Hukum hakam Allah paling utama bagi dirinya. Hati yang merasai nikmat tatkala menjalankan amal ibadah kerana Allah SWT.
 
2.   Hati yang mencontohi Rasulullah SAW

Pemilik hati ini juga akan mencontohi Nabi Muhammad SAW dari semua segi baik Sunnah, Sirah dan Sarirah kerana kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW. Cara pakai, setiap perbuatan mahupun pemikiran Rasulullah SAW akan diikutinya.
 
3.   Hati yang pasrah kepada takdir Allah Taala.

Mereka ini merupakan seorang yang reda kerana percaya yang semuanya adalah tertakluk kepada Qada dan Qadar ketentuan Allah kerana Allah Taala Maha Megentahui setiap sesuatu. Perkara yang baik terjadi mungkin hakikatnya buruk buat kita dan begitu jugalah sebaliknya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
 
4.   Hati yang selamat dari perkara yang memutuskan dia dari mengingati Allah Taala.

Pemilik hati ini dipelihara Allah dari lalai dan cuai daripada mengingati Allah Taala. Mereka merasa kerugian yang amat besar sekiranya mereka terlupa untuk mengingati Allah SWT.
 
5.   Hati yang berdamai dan mencintai wali-wali Allah SWT dan memusuhi musuh-musuh Allah Taala.

Pemilik hati ini sayang kepada para ulama dan wali-wali Allah SWT dan pada masa yang sama memusuhi musuh-musuh Allah SWT. Mereka sanggup berperang demi untuk mempertahankan hak Allah SWT, mempertahankan Nabi SAW dan mempertahankan Islam.
 
Semoga kita juga tergolong di kalangan mereka-mereka yang berhati bersih ini.



Dalam keseluruhan blog ini, inilah topik yang paling penting. Topik HATI. Kenapa? Hatilah yang mengawal seluruh anggota dan pancaindera kita sebagai makhluk manusia.

Hati yang bersih ini umpama kaca yang jernih yang mana kita boleh melihat melaluinya dengan jelas apa yang tersurat dan juga yang tersirat. Kita akan punya kefahaman dalam setiap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seterusnya mengambil tindakan dan keputusan yang terbaik. Kita jadi orang yang bersifat ehsan lagi prihatin dalam semua hal. Sementara itu hati yang kabur umpama kaca yang kotor. Jadi ia menjadi sukar untuk kita melihat menerusinya. Hati boleh menjadi kabur dan akhirnya mati contohnya bila kita makan dari sumber yang haram, banyak melakukan maksiat serta melanggar perintah Allah, bersangka buruk dan sebagainya. Jadi pastikan kita memelihara hati kita dengan mengelakkan semua ini demi menjaga kebersihan hati kita ini.

Dalam yang bersih dan membawa kepada luar yang bersih. Sifat yang bersih akan membawa kepada sikap, kelakuan dan perbuatan yang bersih. Hati yang bersih akan membawa kepada akal yang bersih, pemikiran yang bersih, perkataan yang bersih, budi pekerti yang terpuji. Semuanya bersih! Ketahuilah ahli-ahli syurga terdiri dari insan-insan yang berhati bersih, berhati mulia dan sejahtera seperti Rasulullah SAW.

Jadi usahakanlah untuk membersihkan hati, jangan biarkan ia kotor dan akhirnya mati hingga tak boleh membezakan mana yang hak dan mana yang batil. Banyakkan Zikrullah, banyakkan mengingati Allah melalui solat, mengaji, berada dalam majlis ilmu, tahlil, tahmid, takbir dan tasbih serta jalani kehidupan ini dalam rangkuman ibadah ikhlas kerana Allah Taala dalam apa juga yang kita lakukan. InshaAllah.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup


BAB 29 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - HATI YANG KOTOR

ANTARA CIRI-CIRI HATI YANG KOTOR

·       Solat yang tidak khusyuk
·       Selalu mengeluh serta tidak reda dengan takdir Allah
·       Gelisah walaupun tiada masalah
·       Nafsu dan kehendak syahwat yang tidak terbendung
·       Derhaka kepada kedua Ibubapa
·       Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
·       Gembira melihat orang lain susah
·       Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang lain
·       Berlagak alim untuk dipuji manusia
·       Menyampaikan ilmu dengan riak
·       Selalu berbangga, ujub atau kagum dengan diri sendiri
·       Menganggap diri lebih hebat dari orang lain
·       Angkuh serta sombong dan pandang hina terhadap orang lain
·       Pentingkan diri dalam semua hal
·       Tidak amanah, manipulasi, menipu, khianat dan mungkir janji
·       Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
·       Berpakaian elok untuk dipuji dan menunjuk-nunjuk
·       Talam dua muka (hiprokrit)
·       Suka menindas bila berkuasa, berilmu, berharta, berkedudukan dll
·       Berlebihan cinta kepada dunia dan materialistik
·       Iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain
·       Kedekut, tamak, haloba, berkira dan menipu timbangan
·       Bersangka buruk terhadap orang lain
·       Membesarkan hal yang remeh
·       Gemar bergosip dan menabur fitnah
·       Menunggang ugama demi kepentingan diri
·       Suka berdendam
·       Berpura-pura dan suka membodek
·       Dan banyak lagi.

Dewasa ini di akhir zaman ini ramai yang kotor hatinya, pemimpin yang khianat dan makan rasuah, ahli korporat yang menipu dan memanipulasi demi kepentingan diri, penabur fitnah dan fake news yang berleluasa di sosial media. Tak kurang juga penunggang agama yang bersifat hipokrit. Di depan mereka umpama malaikat tetapi di belakang mereka umpama syaitan.

Hati yang kotor antaranya datang dari rezeki dan makanan yang kotor juga. Duit atau pendapatan yang diterima dari sumber yang makruh dan haram akan menjadi darah daging yang mengotorkan hati. Hati yang kotor umpama cermin berhabuk yang takkan dapat melihat sesuatu yang benar apatah lagi bila ianya tersirat. Bila ditegur dan dinasihati mereka akan melenting, marah dan mengatakan yang mereka berada di tempat yang benar. Hakikatnya mereka melakukan kesalahan demi kesalahan dalam kehidupan yang mana lambat laun sekiranya mereka tidak kembali ke pangkal jalan maka kemudaratanlah yang bakal menimpa kehidupan mereka.

Jadi dalam hal ini, cuba perhatikan ciri-ciri di atas sana. Adakah ia ada kena mengena dengan diri anda. Kalau ada maka usahalah untuk mengubah sifat dan sikap yang negatif itu kepada sifat dan sikap yang positif. Sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. InshaAllah dengan itu kita akan selamat kerana Allah SWT memandang kepada hati untuk kita dipilih menjadi ahli syurga. Wallahu'alam.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



PENGENALAN BLOG MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah ke ...