Tapis
Tukar
Tambah
Kepada mereka yang berminda akhirat, mereka menjadikan Al Quran dan Hadith Nabi sebagai penapis dan penangkis terhadap pengisian yang cuba masuk ke dalam dirinya. Setiap pengisian mestilah ditapis dengan melihat adakah ia selari dengan hukum hakam Islam. Kalau benar maka ia boleh diambil, kalau tidak maka pengisian tersebut akan dikeluarkan walaupun pahit.
Kefahaman dan praktikaliti yang kita gunakan dalam Konsep 4T ini akan menyebabkan hanya ilmu dan pengetahuan yang benar dan bermanfaat sahaja yang masuk ke dalam hati dengan yang demikian lambat laun menjadikan hati bersih dari pengisian yang kotor dan yang tak benar.
Setelah melakukan semua proses ini dalam seorang yang berminda akhirat maka saya percaya maklumat yang kita terima itu akan menjadi ilmu yang benar. Ia secara tak langsung akan menyebabkan kita mempunyai sifat-sifat yang baik. Sifat mahmudah. Hati yang baik ini akan dicerminkan dengan sikap, kelakuan dan akhlak yang baik. Pemilik hati ini akan mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Jati dirinya terbina, menjadikan tindak tanduk kita sentiasa berada dalam landasan yang benar malah memberikan kita penyelesaian yang baik dalam apa juga dilema kehidupan yang kita hadapi. Kita bakal menjadi insan berminda akhirat yang tenang lagi reda. Ilmu yang ada itu akan sentiasa memelihara dirinya.
KONSEP 4T KEPADA MINDA DUNIA
Tapi bagi kebanyakan kita, kita biarkan sahaja apa yang masuk ke dalam hati tanpa sebarang tapisan. Jadi pengisian atau input itu menjadi bercelaru, ini menyebab nilai dan prinsip pegangan kita jadi berterabur. Sekejap kita gunakan kaedah begini untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan kita gunakan kaedah yang lain pula di masa yang lain walaupun dalam menangani set masalah yang sama. Banyak juga yang menggunakan dalil Barat dalam menangani pelbagai isu kerana percaya dalil Barat adalah yang terbaik. Benarkah?
Bagi kebanyakan kita tangkisan dan tapisan yang berlaku akan mengikut kepada logik akal fikiran dan pengetahuan atau pengalaman lama / terdahulu yang telah sedia ada dalam diri. Bukan semua benda dalam hidup ini hanya mengikut logik kerana dalam Islam ada banyak benda yang tak logik tapi mesti kita terima dan percayai.
Sebagai contoh dalam Hukum Hudud, pencuri yang didapati bersalah kena potong tangannya. Logik ke tak? Kenapa pula bila keluar AIR Mani kita kena mandi hadas sedangkan bila kita keluarkan NAJIS kecil atau besar kita tak perlu mandi tapi cukup dengan kita berwuduk? Tak logik jugak kan?
Sebagai contoh mudah, “Laughter is the best medicine”. Kalau ikut logik ia benar dan kita benarkan ia masuk dalam diri kita sedangkan dalam Islam ia bersifat makruh dan ketawa yang banyak akan menggelapkan hati. Lebih keras lagi mereka yang buat lawak di khalayak ramai akan dipenjarakan 40 tahun di akhirat atas setiap satu lawak yang mereka utarakan. Satu hari di akhirat pula adalah bersamaan dengan 1000 tahun dunia. Bayangkanlah.
Jadi dalam hal ini logik akal bukanlah penapis yang terbaik buat kita manusia yang beragama Islam. Yang paling baik ialah untuk mempastikan setiap pengisian yang cuba masuk itu selari dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kalau ia selari maka kita benarkan ia masuk dan menjadi prinsip pegangan diri. InshaAllah ia akan bawa kebaikan kelak kerana kita meletakkan hukum hakam Allah di tempat yang teratas.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
0166667430
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
No comments:
Post a Comment