Huraian dari paparan ini pula ialah mereka yang berminda akhirat gemar menjalankan hubungan sesama manusia. Suka bersilaturrahim. Mereka bersatu dan suka berjemaah dalam menjalankan apa-apa juga aktiviti. Kita juga tahu yang solat berjemaah di masjid dan surau membawa ganjaran 27 kali ganda dari solat berseorang di rumah. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Mereka ini berpegang kepada perumpamaan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Tidak seperti minda dunia yang bersifat individualistik, mementingkan diri sendiri, tak pedulikan orang lain juga anti sosial. Seringkali mereka bersangka buruk terhadap orang lain. Bermata lalat dan suka mencari kesalahan orang lain. Akhirnya mereka kesepian, mereka tak punya kawan dan sahabat. Keseorangan.
Namun dewasa ini kita dapati yang kesatuan telah berpecah belah. Dalam negara ini sekalipun bangsa Melayu Islam berpecah belah dari segi pegangan ideologi dan pegangan politiknya. Berpecah belah dari segi status, kedudukan dan sebagainya. Kita saling tak tumpah seperti binatang-binatang yang berpuak-puak, harimau dengan harimau, gajah dengan gajah, zirafah dengan zirafah, buaya dengan buaya dan sebagainya. Walhal kita makhluk manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita bukan binatang. Cuba perhatikan kanak-kanak kecil di sekolah tadika. Bila bertemu dengan kawannya, mereka tidak kenal warna kulit, mereka tidak kenal pandai atau tidak, mereka tidak kenal kaya atau miskin namun mereka berkawan, bergaul dan bersilaturahim dengan gembira. Mungkin lebih elok kita ini dibiarkan Allah tetap menjadi anak kecil sahaja tak perlu membesar menjadi dewasa, tatkala kita dikurniakan akal dan ilmu pengetahuan secara tiba-tiba kita berubah dan merasakan diri kita lebih hebat, merasakan yang kita perlu berpuak-puak dan sebagainya.
Nak ucapkan salam kepada saudara seugamapun mulut kita terkunci apatah lagi nak diajak berbual.
Biarpun kita berbeza dari segi rupa, pendidikan, usia, status, hobi, sifat, latar belakang, kedewasaan, profesion, lingkungan pemikiran, ideologi, politik, pegangan dan sebagainya, takperlulah kita bergaduh dan bertelagah. Cari persamaan dan bukan perbezaan. Learn to agree to disagree. Hormati prinsip pegangan serta keputusan orang lain, cari jalan tengah dan sebagainya. Semua ini bertujuan untuk menyatukan dan bukan memisahkan. Bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. Ambillah inisiatif untuk mengenali hati budi insan yang lain. InshaAllah lama kelamaan ia akan membawa kepada kesatuan dan bukannya perpecahan.
Hakikat sebenarnya ialah kita manusia boleh disatukan dengan pegangan agama Islam yang diturunkan Allah Taala. Ini kerana ugamalah yang dapat menyatukan manusia. Ini dibuktikan di zaman Rasulullah SAW di Madinah dahulu. Namun setelah Rasullullah SAW wafat, perpecahan mula berlaku sehinggalah ke hari ini. Dalam hal ini kembalilah ke jalan pegangan Islam yang benar, jalan yang lurus, jalan yang diredai Allah. Saya harap semoga kandungan blog ini sedikit sebanyak membawa kepada kesatuan ini kepada sesiapa sahaja yang dijodohkan Allah Taala dengannya. InshaAllah. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah dan yang tak baik itu Allah bagi saya penulis yang serba daif ini.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
No comments:
Post a Comment