PEMBENTUKAN DIRI – DUNIA @ AKHIRAT?
Kalau kita jadi seorang athies yang tak percaya kepada Tuhan maka kita bebas melakukan apa sahaja. Kita tak perlu solat, puasa, menunaikan haji, tak perlu akad nikah kalau nak kahwin, tak perlu tutup aurat, tak kesah nak makan apa, nak buat apa. Tak perlu ikut hukum hakam dalam ugama. Namun bila sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah semua kebebasan itu hilang. Kita kena patuh kepada semua hukum hakam dan garispanduan yang ditetapkan dalam Islam. Jadi tak perlulah kita tanya kenapa kita kena pakai tudung, kena solat, puasa, kenapa kita tak boleh minum arak, makan babi dan sebagainya. Tak perlu kita persoalkan semua itu. Kita hanya perlu patuh dan taat dengan semua hukum hakam tersebut.
Pembentukan dan pembawakan diri kita akan bergantung kepada pengisian mana yang kita tumpukan sepanjang kehidupan ini. Diri akan terbentuk salah satu dari tiga golongan ini ;
1. Berlebihan fokus kepada dunia
2. Berlebihan fokus kepada akhirat
3. Seimbang akhirat dan dunia.
BERLEBIHAN FOKUS KEPADA DUNIA
Kalau kita fokus kepada pengisian dunia, sekular, mengikut serta percaya dengan apa yang disampaikan oleh orang-orang Barat maka kita akan membentuk diri yang menjadi orang yang berlebihan cinta kepada dunia. Bukankah pelik kalau kita percaya dan terima dalil dan teori orang Barat yakni orang kafir yang nyata akan masuk neraka sekiranya mereka mati dalam keadaan kafir? Sedangkan kita ada jawapan kepada semua persoalan kehidupan sebagai manusia ini dalam Islam. Allah SWT terangkan dalam Al Quran dan Nabi SAW menzahirkannya. Andai pengisian itu selari dengan Al Quran dan Sunnah maka ia boleh diterima masuk kepada diri namun kalau ia bercanggah eloklah ia ditangkis keluar. Konsep 4T dalam bab yang lalu boleh digunapakai dalam hal ini.
BERLEBIHAN FOKUS KEPADA AKHIRAT
Golongan ini fokus kepada akhirat lantas meninggalkan langsung dunia ini. Fokus menjalankan amal ibadah hingga tidak bekerja mencari rezeki, tak makan dan tak minum hingga memudaratkan diri dan sebagainya. Seperti yang pernah saya sebut dalam blog ini kalau kita nak habiskan masa 24 jam beramal dan duduk di masjid maka lebih baik kita jadi malaikat dan jangan jadi manusia. Ini kerana manusia kena berhubungan, bekerja, berniaga, bersilaturrahim dan sebagainya. Ini kerana manusia tidak seperti malaikat mahupun binatang yang tak dikurniakan akal fikiran.
Dalam hal ini ada yang tersalah erti pegangan “kalau kita kejar akhirat, dunia dan akhirat akan menjadi lapang buat kita”. Jadi mereka hanya fokus kepada akhirat lantas meninggalkan dunia ini. Masalahnya kita hidup di dunia jadi kita perlu berusaha mencari rezeki untuk makan, minum, kenderaan, rumah tempat perlindungan dan sebagainya. Bilamana kita tak dapat berbuat demikian kerana hanya sibuk menjalankan ritual ibadah seharian nanti masalah yang akan timbul. Lama kelamaan kita akan tertekan sebab tak cukup makan, pakai dan segala keperluan. Takkanlah kita nak hidup di dunia ini sekadar mengharapkan belas ehsan orang lain? Hidup meminta-minta?
Jadi dalam hal ini bertebaranlah mencari rezeki yang halal tak kesahlah anda nak jadi doktor, engineer, lawyer, kerani, cikgu, pensyarah, berniaga, makan gaji atau apa sahaja asalkan pekerjaan itu selari dengan syariat. Kita jadi khalifah yang memakmurkan bumi. Bekerja dan berniaga tapi dengan minda akhirat di dalam dada. InshaAllah barulah diberkati kehidupan ini di dunia mahupun di akhirat kelak.
Namun tak dapat dinafikan ada golongan yang Allah jadikan berfungsi sebagai ustaz, pengajar, pengasas rumah tahfiz dan rumah asnaf, sekolah pondok dan sebagainya yang mana rezeki mereka datang harta sedekah, wakaf dan infaq dari kerajaan dan orangramai. Begitupun bukan semua orang yang rezekinya datang dengan cara begitu. Bagi kebanyakan kita, kita kena bekerja dan berniaga untuk mencari pendapatan.
SEIMBANG AKHIRAT DAN DUNIA
Inilah fokus Minda Akhirat yang ingin saya sampaikan dalam blog ini. Dunia ini adalah landasan untuk ke akhirat. Dunia ini adalah tempat kita bercucuk tanam untuk mendapatkan tuaiannya di akhirat kelak. Ini kerana dalam perjalanan kehidupan manusia kita bukannya keluar dari perut mak kita dan terus ke alam akhirat. Walaumacamanapun kita kena lalu alam-alam yang lain termasuklah alam dunia. Di alam di dunia inilah kita diuji akan ketaatan dan kepatuhan kita kepada Allah SWT sebagai khalifah yang tugasnya membawa manfaat untuk memakmurkan bumi dan bukan merosakkannya. Lagipun Allah melapangkan dunia dan akhirat bagi insan yang mengejar akhirat. InshaAllah.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
No comments:
Post a Comment