Saturday, August 28, 2021

BAB 35 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - RAHSIA PENGISIAN DALAM DIRI



PENGISIAN DALAM DIRI

Berdasarkan ilustrasi di atas kita dapat lihat yang kebanyakan pengisian dalam apa juga bentuk lebih menjuruskan kepada pengisian persiapan untuk menjalani kehidupan di dunia atau lebih dalam lagi untuk berjaya di dunia. Kita disuruh belajar hingga ke tahap yang tertinggi bagi mendapatkan kerjaya dan kedudukan yang baik di dunia ini. Pengisian Bangsa bertujuan untuk meletakkan kita dalam dalam kelompok atau golongan yang tertentu yang punya keistimewaan dan sebagainya. Pengisian sukan, seni dan kemahiran juga tak lain kegunaannya untuk dunia baik untuk meningkatkan keupayaan akal mahupun keupayaan tubuh badan yakni jasmani.

Dalam hal ini hanya pengisian ugama sahaja yang bersifat spiritual yakni untuk makanan hati, makanan rohani seseorang manusia itu.

Mari kita kaji mengenainya dengan lebih dalam lagi dalam bab yang akan datang ini...; 



RAHSIA INPUT / PENGISIAN

Input = Pengisian

Kebanyakan kita dikurniakan mulut dan suara yang boleh mengeluarkan berjuta-juta patah dan ayat. Dikurniakan akal yang juga boleh menyampaikan pelbagai pengisian. Namun demikian jarang yang memikirkan akan nilai kata-kata yang dikeluarkan itu. Ramai yang menyalahgunakan suara dan media pengisian ini sesuka hati tanpa hemah. Ini kerana menghukum dan menilai adalah lebih mudah dari berfikir. Lagipun tak ada sesiapa yang pernah menerangkannya sepanjang kehidupan.

Tahukah anda sesuatu yang anda perkatakan atau dengari dalam apa juga media sekalipun itu ada nilai di dalamnya? Berharga atau sia-sia?

Dalam prinsip sekular pengisian atau input hanya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kategori seperti berikut sama ada ia ;

-      Kategori baik atau
-      
Kategori yang tak baik
 
Namun demikian ia sebenarnya begitu subjektif dan sukar digolongkan. Contohnya lucu dan hiburan berada dalam kategori yang baik, lucah dan sensasi pula boleh masuk dalam kedua-dua kategori. Baik bagi seorang tak baik bagi seorang yang lain. Penipuan dan hipokrit bagaimanapun tetap berada dalam kategori yang tak baik tapi dalam sesetengah keadaan ia tetap dibenarkan.

Apapun dalam Islam ia terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut hukum. Di sini saya huraikan lebih kurang.

Pengisian Peringkat Pertama

Bagi saya pengisian yang paling berharga dan bernilai adalah pengisian dalam rangkuman hukum fardhu. Pengisian dakwah, pengisian menyampaikan syiar Islam, pengisian ilmu yang mana ia boleh memberi kefahaman kepada orang lain tentang kehidupan dunia dan hubungannya dengan hari akhirat.

Pengisian Peringkat Kedua

Pengisian yang kedua utama ialah berkenaan dengan merapatkan hubungan dengan Allah dengan mengaji Al Quran, berzikir, bertahmid, bertakbir, wirid dan sebagainya. Pengisian ini adalah makanan hati yang baik kerana ia membersihkan jiwa, menjauhkan maksiat, menutup rongga dan ruang untuk setan masuk bertandang dan sebagainya.

Pengisian Peringkat Ketiga

Pengisian yang ketiga terpenting bagi saya ialah pengisian yang melibatkan hubungan baik sesama manusia dengan bertanya khabar, bersilaturrahim, nasihat menasihati, tegur menegur dan sebagainya.

Pengisian Peringkat Keempat

Pengisian harus yang melibatkan perihal hal ehwal semasa, sukan, ekonomi, perniagaan, akademik, kerjaya dan sebagainya.

Pengisian Peringkat Kelima

Bayangkanlah pengisian makruh seperti cerita sensasi artis dan politik, lucu, hiburan, yang mengkhayalkan dan sebagainya mungkin merupakan makanan kepada nafsu tetapi ia bukan makanan hati. Pada hakikatnya ia mengotorkan hati.

Pengisian Peringkat Keenam

Seterusnya pengisian yang bersifat haram malah dari segi etika kemasyarakatan juga ia merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima. Cerita lucah, penipuan, mengadu domba, melaga-laga, mencarut, memaki hamun, tohmah, fitnah dan sebagainya.

Kalau pokok menerima yang buruk dan mengeluarkan yang baik dalam proses fotosintesis, kalau ikan makan najis sekalipun namun isinya halal dan sedap dimakan kenapa pula manusia tak boleh berbuat demikian. Adakah hanya kerana kita dikurniakan akal fikiran maka kita punya “lesen besar” untuk mengeluarkan yang negatif dari dalam diri?

Dalam hal ini gunakanlah akal untuk kalahkan nafsu.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN BLOG MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah ke ...