Thursday, August 5, 2021

BAB 65 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - SATU ANALISIS



SATU ANALISIS

Analisis antara dua orang tua Abu dan Ali.

ABU BERMINDA DUNIA

Siapa Abu?

Abu seorang tua yang menjalani hidup mudanya dengan cara sekular keduniaan. Liberal. Banyak melanggar perintah Allah. Melakukan maksiat dan sebagainya. Dalam ertikata lain berminda dunia.

KEADAAN DI MASA TUA

Allah ambil kesihatan dan digantikan dengan kesakitan yang berpanjangan. Allah ambil keupayaan mata untuk melihat, keupayaan telinga untuk mendengar, keupayaan seksual dan sebagainya. Abu kelihatan lebih tua dari umur sebenarnya.

Dipinggir keluarga, anak-anak dan isteri. Semua ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan menjauhkan diri dan tidak menghormatinya. Mereka merasakan yang Abu satu beban atau liabiliti dalam kehidupan mereka.

Otaknya sudah mula lembab, ingatannya kurang, nyanyuk, pelupa dan sebagainya.

Menghadapi pelbagai masalah dan tekanan yang melampau. Punya masalah kewangan yang meruncing, dibuang kerja, kalau ada perniagaan, perniagaan itu tidak berjaya, mempunyai hutang keliling pinggang dan sebagainya.

RUTIN KEHIDUPAN DI MASA TUANYA

Masih fokus pada dunia suka menghabiskan masa dengan aktiviti keduniaan, melepak, menonton rancangan hiburan, buang masa di kompleks-kompleks membeli belah, melakukan perbuatan yang makruh dan haram dan sebagainya.

KESIMPULAN

Dibogel dan dimalukan.


ALI BERMINDA AKHIRAT

Siapa Ali?

Ali seorang tua yang menjalani hidup mudanya dengan cara Islam berminda akhirat. Patuh kepada perintah Allah Taala dan menjauhkan larangan Allah. Memberikan teladan yang baik, menjalankan usaha dakwah dan sebagainya.

KEADAAN DI MASA TUA...

Ali masih dengan kesihatan yang agak baik dengan mata yang terang dan pendengaran telinga yang jelas, awet muda mungkin kerana rutinnya hidupnya yang selalu aktif, menjaga makan minumnya, sentiasa ingat Allah, beribadah dan mengaji Al Quran.

Ali pula disayangi semua orang anak, menantu dan cucu. Pantang ada sebarang keperluan pasti akan dipenuhi. Dihormati rakan taulan dan masyarakat.

Akalnya masih baik, masih boleh berfikir secara rasional dan penuh kebijaksanaan dan ilmu untuk dikongsikan.

Ali yang memulakan perniagaan yang sama satu ketika dahulu pula menjadi senang dan hidup tanpa masalah kewangan, tenang dan sejahtera. Kalau Ali bekerja dia dapat bekerja hingga pencen tanpa sebarang masalah.

RUTIN KEHIDUPAN DI MASA TUANYA

Fokus pada akhirat dengan menghabiskan masa di masjid, menunaikan haji dan umrah, membuat amalan kebajikan serta ibadah.

KESIMPULAN

Lengkap berpakaian siap dengan perhiasan.


Anda punya sampel yang sedemikian berdekatan dengan anda? Saya yakin ada. Apapun cubalah ambil iktibar darinya.

Inilah yang saya namakan dibogelkan oleh Allah Taala di hujung perjalanan hingga hidup merempat tak berumah, hatinya mati, sakit, tak berduit, tiada tempat hendak pergi, tiada tempat nak mengadu dan silap-silap haribulan mati dalam keadaan yang hina dan dina. Pada umur ini kita dah tak berdaya untuk bangun dan melawan. Tenaga sudah tidak berdaya, modal telah tiada, akal fikiran telah lemah.

Di sini saya mengingatkan diri saya sendiri khususnya dan anda semua di luar sana amnya. Jom kita kembali ke jalan Allah Taala. Jalan yang lurus dan pastinya benar. InshaAllah dengan demikian itu kita taklah dibogelkan bila kita tua nanti. Maksiat yang dilakukan di masa muda dibalas Allah di masa tua. Di masa tua kita tak punya daya lagi untuk mengambil tindakan untuk mengatasi dugaan-dugaan yang melanda diri kita itu.

Saya cukup yakin kita telah berkali-kali ditemukan dengan orang-orang yang memberi peringatan namun kita tak mempedulikan mereka dan kali ini sekali lagi anda diberi peringatan dan blog ini sebagai perantaraNya. Pesanan saya sekali lagi ambillah iktibar daripada peringatan Allah ini. 

Buatlah perubahan dan kembalilah ke jalan Allah, jalan yang pasti benar!


Dikemaskini pada 8 Ogos 2022

Sekiranya Abu masih lagi tak sedar akan kesilapannya dan masih lagi sombong menongkat langit, masih belum kembali ke jalan Allah maka kesusahan dan dugaan akan terus-terusan hadir tanpa henti sampai ke penghujung hidupnya. Dugaan yang akan membawa penderitaan demi penderitaan dalam kehidupannya. Dalam hal ini kita mungkin tak perasan kesalahan Abu dari luarannya. Ia mungkin tak kelihatan dari segi tindakan dan percakapan tetapi kesalahan dan kesilapan itu berada dalam fikiran dan hati bilamana kita bersangka buruk, membenci, iri hati, mengadu domba dan sebagainya. Dalam hal ini Abu perlu membersihkan segalanya disamping mencari jalan pulang ke jalan Allah.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



No comments:

Post a Comment

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

MUKADDIMAH Umur 36 Tahun: Hari Susunan Nilai dan Prinsip pegangan diri serta Perspektif Pandangan Itu Berubah Bukan dunia yang salah. Su...