Friday, August 13, 2021

BAB 55 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - MEMBERI DAN MENERIMA



MINDA AKHIRAT – MEMBERI DAN MENERIMA

Dalam hal ini memberi adalah lebih baik daripada meminta, meminta lebih baik daripada mengambil dan mengambil lebih baik daripada mencuri. Minda akhirat berpegang kepada prinsip yang sedekah atau memberi itu akan membawa kepada kebaikan dan rezeki yang lebih banyak lagi sedangkan minda dunia merasakan yang meminta, mengambil malah dalam keadaan yang ekstrem mencuri boleh menjadikan mereka lebih kaya dan berharta. Bak kata orang Barat “Get rich or die trying!”. Dikala Minda Akhirat  membawa sifat pemurah, minda dunia pula membawa sifat kedekut, tamak dan haloba. Minda Akhirat tahu dan faham akan pengisian yang sesungguhnya Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Minda Akhirat mengelakkan dari mengambil yang bukan hak, apatah lagi mencuri hak orang lain. Kalau terjumpa dengan duit dia tepi jalan mereka akan mencari siapakah empunya duit tersebut dan sekiranya tidak bertemu maka duit itu akan dimasukkan ke dalam tabung masjid. Mereka tidak sama sekali mahu mengambilnya kerana mereka tahu yang duit itu bukan hak mereka tak kiralah sedikit mahupun banyak. Sedangkan bagi yang berminda dunia akan merasakan berjumpa dengan duit itu merupakan satu keuntungan yang besar kepada mereka. Lantas mereka mengatakan itu satu rezeki yang menjadi hak mereka yang boleh dibelanjakan dengan sesuka hati. Bak kata mat saleh “Finder’s keepers” katanya.

Dalam hal ini, Allah Taala melarang kita menipu timbangan. Mengambil lebih dan memberikan yang kurang. Namun inilah yang terjadi dewasa ini. Menipu timbangan menjual di pasar itu satu hal tapi menipu dalam hal harta pusaka contohnya, ramai adik beradik, keluarga dan saudara mara dewasa ini yang bergaduh dan bertikai kerana duit, rumah dan tanah. Hukum Allah, hukum Faraid di tolak ketepi. Ada yang mengambil dan mengeluarkan duit dari bank ibubapa yang meninggal dunia tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain, ada yang mengambil tanah dengan membina rumah atas tanah yang bukan haknya. Ada yang sanggup mengalih batu sempadan dan sebagainya. Inilah pembawakan mereka yang berminda dunia. Ketahuilah semua ini hanya membawa kepada kemurkaan Allah Taala.

Minda Akhirat akan hanya meminta apabila dalam keadaan terdesak atau dalam keadaan darurat yang menyebabkan mereka terpaksa berbuat demikian. Ini kerana mereka tahu tangan yang memberi adalah baik dari tangan yang meminta atau tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang berada di bawah. Begitupun mereka ini akan cuba sedaya upaya untuk membayar kembali hutang yang mereka pinjam itu kerana mereka tahu hutang itu amat berat hukumnya. Kepada yang dipinta pula mereka akan menghulurkan bantuan kerana tahu yang si peminta telah menurunkan airmuka maruahnya sehingga terpaksa meminta.

Inilah bezanya.  

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



No comments:

Post a Comment

MINDA AKHIRAT 4.0 - TEORI MENCARI HIDAYAH

MINDA AKHIRAT 4.0 - TEORI MENCARI HIDAYAH   KANDUNGAN   PRAKATA   BAHAGIAN 1 REALITI MANUSIA: MINDA DUNIA Dilahirkan Islam Belu...