Sunday, August 8, 2021

BAB 61 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - MATA LEBAH


Mereka yang berminda akhirat ini bermata lebah. Kerana lebah adalah satu serangga yang matanya fokus kepada pencarian bunga-bunga dengan tujuan untuk mendapatkan madu. Lebah ini bermata positif kerana hanya memandang kepada bunga-bungaan yang bewarna warni dan tidak langsung memandang kepada sampah sarap. Ia tidak seperti mata lalat yang tidak memandang kepada madu yang manis itu tetapi lebih memandang kepada kekotoran dan sampah sarap. Lebah yang dicampak ke dalam tong besar yang penuh dengan sampah sekalipun tetap akan cuba mencari bunga di kalangan sampah. Lalat yang dicampak ke dalam sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan tetap akan cuba mencari sampah.
 
Dalam hal ini apa yang cuba saya sampaikan ialah kita hendaklah bermata lebah iaitu memandang kepada perkara-perkara yang positif. Fokus kepada perkara yang membawa manfaat dalam apa juga yang kita lihat. Contohnya kalau kita pergi ke sebuah restoran kita pandang kepada apa yang baik tentang restoran tersebut dan bukannya fokus kepada apa yang tidak baik yang ada di dalam restoran tersebut.

Bagi mereka yang bermata lebah ini mereka sebenarnya berminda akhirat, mereka sentiasa bersangka baik dalam setiap kejadian dan peristiwa. Ini kerana mereka percaya yang setiap kejadian dan peristiwa itu berlaku atas kehendak dan ketentuan Allah Taala. Jadi mereka tahu yang setiap kejadian dan peristiwa itu yang berlaku terhadap dirinya yang datang daripada Allah itu adalah yang terbaik buatnya. Tak kiralah samaada ia berupa kejayaan atau perkara-perkara yang baik atau sebaliknya sekiranya ia merupakan kegagalan atau perkara-perkara yang tidak baik. Mereka reda dan percaya kepada Qada dan Qadar Allah sepenuhnya. Yang negatif pun pada kacamata mereka positif apatah lagi yang positif.

Berbeza dengan mereka yang berminda dunia mereka bermata lalat yang fokus kepada perkara-perkara yang negatif, fokus kepada mencari kesalahan dan kesilapan. Dalam hal ini semua benda boleh jadi salah kepada mereka, Tuhan salah, pemimpin salah, kerajaan salah, majikan salah, kawan-kawan salah, ibu bapa salah, guru-guru salah, dalam ertikata lain tidak ada satu pun yang betul. 
Mungkin mereka sahaja yang betul kot?

Lebah ini adalah makhluk yang memberi manfaat dalam bentuk madu untuk manusia. Madu pula merupakan salah satu makanan yang paling sihat dan boleh memberikan antibodi yang kuat bagi menghalang penyakit lantas memberikan kita kesihatan yang baik dengan izin Allah sedangkan lalat pula diketahui membawa kuman dan kekotoran yang mana boleh menyebabkan kemudaratan kepada kita manusia. 

Lalat kita halau tapi lebah ada orang yang membelanya kerana mereka ingin mendapatkan madunya. Pernah ke anda nampak orang bela lalat?

Jom kita pasang mata lebah dan pandang kepada perkara yang baik sahaja!

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN BLOG MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah ke ...