Hatinya Dengan Allah SWT Sentiasa Hidup
Dia akan menjadi seorang yang sentiasa mengingati Allah Taala pada setiap ketika. Hati mereka akan sentiasa berzikir walau dimana sahaja dan dalam apa juga yang sedang mereka lakukan.
Sangat Beradab Dengan Allah SWT
Dia akan mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Bertakwa dan sangat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukan. Baik cetusan hati, pemikiran, perkataan, percakapan mahupun tindakan dan perbuatan. Mereka hidup dalam dalam rangkuman syariat.
Reda Dengan Ketentuan Allah SWT
Dia reda dengan apa juga dugaan dan ketentuan Allah Taala tak kira baik atau buruk kerana tahu semua ujian itu adalah sebagai menguji keimanan.
Sabar Dengan Ujian
Dia punya sifat sabar dan tabah dengan segala ujian kerana tahu yang ujian itu datang dari Allah dan penawar itu juga datang dari Allah. Mereka hanya perlu bersabar, terus berikhtiar, berusaha dan berdoa.
Jiwanya Bersih Hingga Hatinya Terpimpin
Dia punya jiwa yang bersih, punya sifat yang bersih yakni sifat Mahmudah. Oleh yang demikian hatinya akan terpimpin untuk melakukan kebajikan dan juga perkara-perkara yang bermanfaat kerana Allah Taala.
Jiwanya Hidup Sangat Peka
Jiwanya hidup sangat peka. Peka kepada apa sahaja yang berlaku kepada keadaan dan peristiwa yang berlaku di sekelilingnya lantas mengambil tindakan sekiranya perlu, mengambil iktibar dan pengajaran dari semua itu.
Ibadah Terutamanya Sembahyang Sangat Berdisiplin
Dia juga amat berdisiplin dalam menjalankan amal ibadah terutamanya solat yang dilakukan berjemaah di awal waktu. Mereka merasakan hidup ini tak sempurna sekiranya mereka tertinggal mengerjakan solat.
Kalau Dia Memimpin Sangat Dikasihi Dan Disegani
Dia merupakan seorang pemimpin yang disegani dan dikasihi kerana kepimpinan yang dinamik, amanah, bertanggungjawab, adil dan saksama.
Kelihatan Orangnya Tenang
Dia juga sentiasa tenang, bila berduka tidak terlalu duka dan bila suka tidak terlalu suka dalam apa juga keadaan dan situasi biarpun dalam keadaan yang begitu genting.
Wibawanya Tinggi
Orangnya berwibawa, berprinsip, berkarisma, sentiasa positif dan punya daya penarik.
Akhlaknya Mulia Hingga Disegani Orang
Dia punya budi pekerti yang tinggi, penuh dengan sopan santun dan punya akhlak yang baik lagi terpuji.
Kerja-Kerja Tersusun Dan Teratur
Dalam menjalankan kerja, dia menjalankannya dengan adab, peraturan dan tertib. Menjalankan usaha berdasarkan apa yang telah dirancang dan melaksanakannya dengan baik.
Tenang, Tidak Gopoh Dan Berdisiplin
Dalam menjalankan tugas, dia tenang, tidak tergopoh gopoh dan berdisiplin.
Pandai Bergaul Dengan Manusia
Insan itu juga akan pandai bergaul dengan manusia, punya sifat prihatin dan tahu adab pergaulan. Mereka ini disenangi sesiapa pun juga.
Berhadapan Dengan Orang Penuh Dengan Bijaksana Dan Lemah Lembut
Bila berhadapan dengan orang mereka sangat bijaksana dan lemah lembut. Mereka membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain malah berkata-kata dengan penuh hikmah dan tidak menyakitkan hati pihak yang satu lagi.
Mengutamakan Orang Lain Lebih Dari Dirinya
Andai dia ada dua biji mangga, maka dia akan berikan mangga yang elok kepada orang lain dan mangga yang kurang elok untuk dirinya sendiri. Dia menjaga orang lain seumpama dia jaga dirinya sendiri.
Bertimbang Rasa Dengan Manusia
Dia juga sangat bertimbangrasa, bertoleransi dan sudi berkongsi dengan sesiapa pun juga.
Sangat Bersimpati Dengan Orang Yang Susah Dan Mendapat Kemalangan
Bila ada orang yang menghadapi kesusahan atau kemalangan maka dialah antara orang yang pertama yang akan menghulurkan bantuan dan datang untuk menziarah untuk memberikan kata-kata semangat dan sebagainya.
Suka Berkhidmat Dengan Manusia
Dia juga sentiasa sedia untuk berkhidmat dengan sesiapa pun juga apabila mereka memerlukan pertolongan. Mereka ini sanggup menjadi sukarelawan walaupun tanpa upah dan gaji kerana mereka melakukannya ikhlas kerana Allah.
Ini adalah diantara ciri-ciri insan berminda akhirat. Hakikatnya ada banyak lagi. Insan berminda akhirat ini sebenarnya TELAH mendapat petunjuk dan hidayah serta mendapat apa yang dinamakan sebagai KEFAHAMAN DALAM AGAMA. Kefahaman inilah yang bakal memelihara dirinya dan membentuk pembawakan dirinya. Dia menjaga hubungan dengan Allah dan pada masa yang sama menjaga hubungan sesama manusia.
Mereka ini akan mengikut aturan dan hukum hakam yang disarankan dalam Islam walau dimana mereka berada, walau dalam apa juga yang mereka lakukan. Mereka menjadi sahabat yang baik di kala suka mahupun duka. Mereka memudahkan dan bukan menyusahkan. Mereka menjadi ketua keluarga yang baik, menyediakan segala kelengkapan keluarga termasuk rumah tempat tinggal, makan minum, pakaian dan sebagainya. Mereka menjadi ibubapa yang baik yang mengajarkan ilmu-ilmu keugamaan dan ilmu kehidupan demi kejayaan anak-anak mereka di dunia dan di akhirat. Kalau menjadi pemimpin mereka memimpin dengan adil lagi amanah. Mereka tak khianat, tidak zalim dan tidak mementingkan diri sendiri.
Mereka yang berminda akhirat hidup di dunia umpama berjalan dengan berhati-hati dalam satu kawasan yang beronak duri. Mereka amat berhati-hati bergerak untuk mengelakkan diri dari terpijak duri tersebut. Mereka berhati-hati dalam perbuatan, mereka berfikir sebelum berkata-kata bagi mengelakkan kata-kata dari menyinggung orang lain, mengelakkan kata-kata dusta dan nista, hinaan dan tohmahan, fitnah dan mengadu domba, mengutuk dan mengumpat dan sebagainya. Mereka menjaga hati dan memastikan kebersihannya untuk tidak bersangka buruk, bersifat ehsan dan prihatin dan sebagainya. Mereka memastikan apa juga yang mereka lakukan saban masa dan hari tidak mengundang kemurkaan Allah SWT tetapi membawa kepada restu dan keredaan Allah Taala terhadap mereka.
Bagi mereka yang faham, aturan inilah yang bakal membawa kejayaan kepada pengikutnya baik di dunia dan InshaAllah di akhirat nanti namun demikian ramai yang tak mahu mengikut semua ini. Bila semua ini tidak diikuti maka dugaan demi dugaan yang akan mengambil tempat. Isteri yang lebih berkuasa dari suaminya, anak yang derhaka terhadap kedua ibubapanya, masalah dalam pekerjaan dan perniagaan, mendapat pemimpin yang gila kuasa, tidak berlaku adil dan saksama, mementingkan dunia dan segala isinya akan hanya membawa kerosakan kelak.
Hakikatnya semua binatang, malaikat dan semua makhluk ikut dan patuh kepada aturan yang telah ditetapkan Allah terhadap mereka. Lembu makan rumput, malaikat patuh beribadah, api dengan sifatnya yang panas jadi kenapa pula kita tak mahu patuh akan aturan Allah ini sepertimana makhluk yang lain itu? Sebenarnya nikmat ketenangan, kebahagiaan, kesenangan dan segalanya kebaikan dikurniakan Allah Taala hanya kepada mereka-mereka yang patuh.
Jom sama-sama kita jadi insan berminda akhirat! Kejayaan bakal menjadi milik kita!
Faizal Yusup Al Haj
0166667430Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
Haji Faizal Yusup @ FY Al Hajwww.faizalyusup.netBBA Finance University Of Nebraska Lincoln0166667430DIIA UITM Shah AlamTop Performing RemisierKenanga Investment Bank BerhadMantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera MalaysiaPemenang 7 Anugerah Bursa MalaysiaPenulis 12 buah bukuBuku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.Bekas Speaker Bertauliah InvestSmartSuruhanjaya SekuritiBlog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa MalaysiaSeminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FYWhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -Ikuti FY di Youtube Ikuti FY di Facebook
#mindaakhirat#faizalyusup
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
#mindaakhirat
#faizalyusup

No comments:
Post a Comment