Tuesday, August 17, 2021

BAB 41 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - LEARN , UNLEARN, RELEARN


LEARN, UNLEARN AND RELEARN

Baiklah kita telahpun sampai ke bab untuk menyampaikan pengisian-pengisian keislaman dan keimanan yang boleh menjadikan anda seorang yang memandang dari sudut kacamata seorang yang berminda akhirat. Setakat ini saya telahpun menghuraikan tentang makhluk dan kejadian, tentang sifat dan sikap dan sebagainya. Saya percaya pengisian-pengisian yang anda dapat dalam bab yang terdahulu sedikit sebanyak telah membuka minda anda. Kali ini saya ingin menceritakan tentang bagaimanakah seseorang yang mempunyai minda akhirat menjalankan kehidupan sehariannya.

Tak kisahlah siapa anda yang dijodohkan  dengan blog ini,  tak kira sama ada anda muda ataupun tua, apa yang pasti di dalam diri anda telahpun ada pengetahuan ataupun ilmu yang terdahulu yang telah menjadi prinsip pegangan kehidupan anda. Dalam hal ini memandangkan ilmu yang bakal anda terima ini merupakan ilmu yang memandang daripada satu perspektif yang berbeza maka apa yang telah anda pelajari mungkin terpaksa anda keluarkan dan digantikan dengan pelajaran yang baru atau dalam bahasa Inggerisnya Learn, Unlearn and Relearn. 

Dalam hal ini kita kena faham yang kita yang dilahirkan sebagai seorang melayu walaupun beragama Islam namun belum tentu kita telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT. Kenapa begitu kerana kalau kita seorang Melayu Islam sudah mendapat hidayah kenapa kita tidak beramal soleh? Kenapa kita tak menutup aurat? Kenapa kita makan rasuah? Kenapa kita menagih dadah? Mengapa kita menipu dan memfitnah? Mengapa kita masih lagi melakukan pelbagai maksiat saban hari?

Petunjuk dan hidayah dari Allah SWT ini amat mahal tiada harganya. Priceless! Ia hanya dikurniakan kepada mereka yang berakal, mereka yang berfikir dan mereka yang mencari. Kalau anda tak percaya cuba tonton kisah-kisah orang yang dahulunya kafir kemudiannya dikurniakan Allah SWT dengan cahaya hidayah. Apa yang terjadi kepada mereka? Mereka yang dahulunya jahat, gangster, penjenayah malah membenci Islam sekalipun bila dikurniakan Allah SWT dengan taufiq, petunjuk dan hidayahNya bakal menjadi orang yang tunduk dan patuh, menjadi manusia yang tenang, meninggalkan maksiat lantas menjalankan amal soleh. Menjadi seorang yang berminda akhirat. 

Harapan saya pengisian dan pelajaran baru dalam blog ini yang masukkan dalam diri anda akan dapat dihayati dan seterusnya diamalkan di sepanjang kehidupan anda. InshaAllah ia akan membawa kebaikan yang banyak buat diri anda di masa-masa mendatang  baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



No comments:

Post a Comment

PROLOG - MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

PROLOG Umur 36 Tahun: Hari Susunan Nilai dan Prinsip pegangan diri serta Perspektif Pandangan Itu Berubah Bukan dunia yang salah. Susuna...