Saturday, August 21, 2021

BAB 38 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - PENERAPAN SEKULAR VS ISLAM



PENERAPAN SEKULAR VS ISLAM

Semenjak kita dilahirkan dan dikurniakan akal saban hari kita akan bertembung dengan persimpangan dilema nilai. Persimpangan dilema nilai? Tak pernah dengar pun FY. Persimpangan Nilai nak menuju ke Sepang tahulah.

Begini. Biar saya terangkan. Pesimpangan itu hanya terbahagi kepada dua jalan untuk dipilih iaitu nilai Sekular / Moral dan satu lagi nilai Islam / Akhlak.

Dalam sistem sekular atau barat nilainya hanya terbahagi kepada dua iaitu sama ada ia baik atau ia buruk sahaja tetapi dalam Islam ia terbahagi kepada lima kategori nilai iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram sepertimana yang pernah saya terangkan dalam bab yang sebelum ini. Contohnya kalau kita dapat duit yang banyak nilai sekular membolehkan kita berbuat apa sahaja dengan duit itu tetapi nilai Islam ada hukum hakam yang perlu diikuti. 

Yang wajib ialah membayar hutang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji, yang sunat bersifat derma, sedekah dan infaq, yang harus ialah makan dan minum serta mengelakkan yang makruh seperti pembaziran, rokok dan akhir sekali yang haram, berjudi, membeli arak dan dadah, bagi rasuah dan sebagainya.

Nilai Moral /  Minda Dunia

Kita ambil contoh membantu orang yang dalam kesusahan, ia dilakukan kerana ia merupakan nilai umum norma kehidupan. Namun ada juga yang melakukannya kerana mahukan sesuatu sebagai pulangan atau ganjaran. Mahu dilihat orang , mahu diambil video dan dimasukkan dalam  media sosial dan sebagainya. Selalunya dalam nilai ini bantuan yang dihulurkan mahu diganjari dalam bentuk nama, pangkat duit, mahu menjadi terkenal, mahu dilihat manusia dan sebagainya. Sekali lagi mereka membantu kerana mengikut orang lain oleh sebab ia nilai umum yang diterima manusia sejagat.

Masalahnya ada diantara mereka akan menggunakan semua pertolongan dan bantuan ini sebagai senjata. Mereka akan mengungkit semua ini bila berlaku perselisihan pendapat dengan orang yang pernah mereka bantu.

Seperkara lagi, bila orang telah terhutang budi maka mudahlah mereka menjerut leher mempergunakan orang tersebut untuk kepentingan dirinya.

Nilai Islam / Minda Akhirat

Sebenarnya bezanya hanya satu. Iaitu apa juga yang kita lakukan dalam hidup bergantung kepada NIAT!  Nilai Islam Minda Akhirat akan melakukan apa juga dengan NAWAITU tak lain dan tak bukan hanya kerana Allah Taala.

Seorang muslimin itu membantu dengan ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan kerana mereka melakukannya hanya untuk mendapat reda Allah Taala. Mereka mengharapkan keberkatan dari Allah dalam amalan yang mereka jalankan itu. Ini kerana mereka tahu yang inilah yang disarankan Islam sepertimana yang dikisahkan dalam Al Quran mahupun yang dizahirkan oleh Rasullullah SAW.

Ketahuilah hakikatnya yang ketenangan hanya akan datang kepada mereka yang mengingati Allah dan mereka yang dekat dengan Allah Taala akan merasa bahagia dalam menjalani kehidupannya. Mereka tak perlu untuk pergi mencari outlet atau jalan keluar yang lain demi untuk mencari ketenangan diri. Mereka tak perlu menjerit, menangis, melompat bungee jumping, melakukan maksiat, berhibur, pergi ke kelab-kelab malam dan konsert, bawa kereta laju-laju, bersukan, bermain games, mencederakan diri sendiri mahupun membunuh diri demi untuk mencari ketenangan tersebut.

Contohnya semasa tsunami, gempa bumi, wabak Covid 19, kemerosotan ekonomi yang teruk dan sebagainya, adakah manusia mencari ketenangan dengan berhibur dan bersuka ria? Pastinya tidak. Tahu kemana mereka pergi? Kebanyakannya tak kira apa ugamanya akan pergi ke tempat-tempat ibadah kembali mencari Tuhan.

Sukarkah ini untuk difahami?

Kalaupun anda tak percayakan hari akhirat dan percaya yang bila kita mati kita hanya akan hilang dari muka bumi dan digantikan dengan manusia baru dalam generasi yang seterusnya lantas membolehkan anda berbuat sesuka hati di muka bumi mengikut nafsu namun demikian ini sebenarnya adalah satu perjudian. Ini kerana sekiranya Akhirat itu benar dan bila kita mati maka kita akan dimasukkan ke dalam Neraka buat selama-lamanya, bukankah itu bakal menjadi satu penyesalan. Janganlah memperjudikan nasib begitu. Pada saya adalah lebih baik kita bersedia dengan melakukan ibadah kepada Allah pada setiap masa dan ketika selagi kita mampu dan terdaya.

Oleh itu perhatikanlah setiap pengisian yang diterima dan keluar dari diri kita. Ia sebenarnya hanya terdiri dari dua kategori iaitu sama ada ia bernilai Sekular atau ia bernilai Islamik. Pilihlah yang terbaik!

APAKAH PEGANGAN ANDA?
Dikemaskini 7 Mei 2022

Anda boleh memilih untuk tak percaya kepada mana-mana Tuhan sepertimana kepercayaan Athies tapi anda memilih untuk percaya kepada Allah Taala.
Anda boleh untuk tak percaya kepada para Nabi dan Rasul tapi anda memilih untuk percaya.
Anda boleh percaya yang manusia datang dari beruk tapi anda percaya manusia dijadikan Allah dari segumpa tanah.
anda boleh percaya yang manusia mati begitu sahaja umpama tidur atau mati kemudian reincarnation sepertimana kepercayaan agama lain tapi anda tak percaya semua tu.
Anda boleh sahaja tak solat, puasa, mengeluarkan zakat dan sebagainya tapi anda memilih untuk menurut.
Anda boleh sahaja makan yang haram tapi anda memilih untuk makan yang halal.
Anda boleh sahaja memilih untuk jadi orang jahat tapi anda memilih untuk jadi insan yang baik.
Anda boleh sahaja memilih untuk khayal dengan arak dan dadah tapi anda tidak berbuat demikian.
Anda boleh sahaja memilih untuk membuka aurat dan bergaul bebas tapi anda memilih untuk mengelakkan semua itu.
Anda boleh sahaja memilih untuk kurang ajar kepada ibubapa, guru dan orang tua tapi sebaliknya anda menghormati mereka.
Anda boleh sahaja menipu dan memanipulasi tapi anda tidak berbuat demikian.
Sebenarnya anda boleh percaya apa sahaja.

Sekiranya anda tak buat semua ini walaupun anda bebas untuk berbuat demikian maka jelaslah yang anda adalah seorang yang beriman dan memegang prinsip Keislaman!

Kalau difikirkan sejak lahir anda BEBAS untuk memilih apa sahaja nilai dan prinsip kehidupan yang anda ingin pegang tapi sedar tak yang hakikatnya fitrah kita sebagai makhluk manusia ialah untuk berbuat baik, untuk mengasihani dan menyayangi. Kalau semua orang yang lahir ke dunia fitrahnya jahat maka pastinya dunia tak akan aman. Peperangan, pembunuhan, rompak, samun, rogol dan bermacam maksiat akan berleluasa namun ini tak berlaku kerana kebaikan jauh lebih banyak dari kejahatan.

Dalam huraian ini jelas yang agama Islam memberikan panduan lengkap kehidupan  seorang manusia dengan penjelasan dalam Al Quran juga penzahiran oleh Nabi Muhammad SAW. Kita hanya perlu mengikutinya rapat-rapat maka InshaAllah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN BLOG MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah ke ...