Sabtu, 2 Mei 2026

KITA NAMPAK, KITA TAK NAMPAK

KITA NAMPAK

Kita nampak dia berjaya

Tapi kita tak nampak usaha penat lelah dan jatuh bangun dirinya. Kita tak nampak kegigihan dan sifat istiqomah yang ada padanya.

Kita nampak dia kaya

Tapi kita tak nampak apa yang diusahakannya. Kita tak nampak sedekah amal jariah yang dia jalankan ikhlas kerana Allah SWT.

Kita nampak dia bahagia
Tapi kita tak nampak yang mereka berhubungan kerana Allah Taala, kita tak nampak toleransi, saling memaafkan, gurau senda dan pengorbanan dalam perhubungan mereka.

Kita nampak dia berilmu
Tapi kita tak nampak dia sentiasa mencari ilmu ke seluruh dunia, menulis dan menyampaikan ilmu dimana sahaja ikhlas kerana Allah SWT.

Kita nampak dia dapat pelbagai kebaikan
Tapi kita tak nampak yang itu adalah pengesahan dan pemberian dari Allah SWT atas hasil usaha yang dia jalankan.

Yang nampak akan nampak yang tak nampak akan terus tak nampak.
Minda dunia tak nampak tapi minda akhirat akan nampak.

Jom berminda akhirat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILA MATA HATI BUTA

BILA MATA HATI BUTA Bila mata hati buta , manusia tidak dapat melihat kebenaran walaupun ia terbentang jelas di hadapan mata. Mata fizikal...