Saturday, March 7, 2026

PEMBUKA BICARA - MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

PEMBUKA BICARA


Setiap dari kita sebenarnya sedang melabur, samaada dia sedar atau tidak. Setiap hari kita menukar masa dengan sesuatu; duit, ilmu pengetahuan, pengalaman, hubungan, hiburan atau pencapaian. Kita bangun pagi dengan perancangan, berusaha dengan harapan dan tidur dengan keletihan. Namun jarang sekali kita bertanya satu soalan besar; apakah sebenarnya yang sedang kita bina dengan kehidupan ini?

Sejak kecil kita dididik dan diajar untuk bertanyakan apakah cita-cita yang ingin kita capai bila kita besar kelak. Ada yang nak jadi doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Dari situ kita belajar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti demi untuk mengejar cita-cita tersebut. Semua ini demi pencapaian di dunia namun persoalannya bagaimana pula persiapan kita untuk akhirat? Pengisian dunia akan hanya menajamkan mata dunia kita tetapi mata akhirat kita menjadi kabur.

Seterusnya dunia mengajar kita tentang pelaburan harta. Kita belajar tentang risiko dan pulangan, tentang untung dan rugi. Kita diajar supaya tidak membazir modal dan supaya memilih instrumen yang memberi pulangan terbaik. Namun kehidupan ini sendiri adalah modal yang jauh lebih besar daripada duit. Usia, tenaga, akal, hati dan peluang adalah aset yang tidak boleh diganti apabila habis. Seorang insan yang berminda akhirat melihat semua ini sebagai portfolio yang sedang dia urus setiap detik saban hari.

Perkongsian ini lahir daripada satu kesedaran; bahawa kejayaan dunia ini langsung tidak bermakna jika kita gagal di akhirat. Ramai orang kelihatan berjaya pada zahirnya tetapi hatinya kosong dan jiwanya resah. Ada pula yang biasa-biasa sahaja hidupnya tetapi hatinya tenang kerana tahu ke mana arah tuju perjalanan kehidupannya. Perbezaan ini bukan pada jumlah harta tetapi pada cara melihat hidup.

Minda akhirat bukan bermaksud meninggalkan dunia. Ia bermaksud meletakkan dunia pada tempatnya. Dunia menjadi alat, bukan matlamat. Harta menjadi wasilah, bukan tujuan. Kerjaya menjadi amanah, bukan identiti mutlak. Apabila susunan ini jelas, hidup menjadi lebih seimbang. Tekanan berkurang, keutamaan tersusun dan keputusan menjadi lebih matang.

Perkongsian ini tidak menawarkan teori yang jauh daripada realiti. Ia mengajak sidang pembaca melihat setiap aspek kehidupan sebagai pelaburan; masa yang digunakan, tenaga yang dikeluarkan, apa yang dilihat, didengar, diucap, difikir dan dirasa. Setiap anggota, pancaindera, sumber dan setiap peluang adalah modal. Soalnya bukan samaada kita sedang melabur atau tidak tetapi ke arah mana pelaburan itu ditujukan.

Ada pelaburan yang memberi pulangan segera tetapi merugikan jangka panjang. Ada pula pelaburan yang memerlukan kesabaran, namun hasilnya kekal dan berpanjangan. Minda akhirat memilih pulangan yang kekal. Dia sanggup menahan diri daripada keuntungan sementara demi keselamatan yang abadi. Pilihan ini selalunya tidak popular tetapi hakikatnya ia adalah pilihan yang paling selamat.

Sepanjang halaman-halaman berikut, kita akan meneliti bagaimana seluruh hidup boleh diurus sebagai portfolio persiapan saham akhirat. Kita akan melihat semula keutamaan, membetulkan niat dan menyusun semula fokus. Tujuannya bukan untuk menghukum atau memenjara diri tetapi untuk dengan harapan dapat menyedarkan dan memperbaiki. Setiap daripada kita masih diberi masa untuk menambah baik pelaburan masing-masing.

Akhirnya, perkongsian ini bukan tentang menjadi sempurna. Ia tentang kesedaran dengan harapan ia bakal membuka dan menajamkan mata hati. Sedar bahawa setiap detik ada nilainya dan tak boleh dibuang begitu sahaja. Sedar bahawa setiap keputusan ada kesannya baik dunia mahupun di akhirat. Sedar bahawa suatu hari nanti kita akan berdiri di hadapan Allah SWT dengan membawa seluruh portfolio kehidupan kita. Mudah-mudahan perkongsian ini menjadi panduan untuk mengurus kehidupan dengan lebih bijaksana, agar apabila tiba saat pertemuan itu, kita datang bukan dengan tangan kosong tetapi dengan bekalan yang bernilai dan diberkati. InsyaAllah.

Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

 

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup


No comments:

Post a Comment

KANDUNGAN - MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

KANDUNGAN MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI Pembuka Bicara Hidup Adalah Portfolio   BAHAGIAN I Kesedaran & ...