BAB
30
BAGAIMANA
HIDAYAH BERMULA
“Allah SWT memberi
petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus. ”
Surah Al-Baqarah
2:213
Kita mulakan bab ini dengan memahami 4 tahap ibadah ;
EMPAT TAHAP HIDAYAH
Hidayah Mengenal Agama
Ini ialah hidayah apabila seseorang diperkenalkan kepada
agama Islam. Seseorang mungkin dilahirkan dalam keluarga Muslim atau
diperkenalkan kepada Islam melalui dakwah. Pada tahap ini seseorang mengetahui
asas agama seperti tauhid, ibadah dan akhlak.
Ramai orang berada pada tahap ini kerana mereka mengenali
Islam sebagai identiti atau agama yang diwarisi sejak lahir.
Hidayah Bimbingan dan Penjelasan
Pada tahap ini seseorang mula memahami ajaran Islam dengan
lebih jelas. Dia mendapat bimbingan melalui Al-Quran, hadith, ulama atau guru
yang menyampaikan ilmu agama. Hidayah ini datang melalui penyampaian dan
penjelasan tentang kebenaran.
Para nabi, ulama dan pendakwah berperanan dalam memberikan
hidayah jenis ini kepada manusia.
Hidayah Untuk Menerima dan Mengamalkan
Ini ialah hidayah yang hanya diberikan oleh Allah SWT kepada
hati manusia. Pada tahap ini seseorang bukan sahaja memahami kebenarantetapi
juga diberi kekuatan untuk menerima dan mengamalkannya.
Ramai orang mengetahui kebenarantetapi tidak semua diberi
taufiq untuk mengikutinya. Oleh sebab itu taufiq merupakan satu kurniaan yang
sangat besar daripada Allah SWT.
Hidayah Untuk Kekal Di Jalan Yang Benar
Selepas seseorang menerima kebenaran, dia masih memerlukan
hidayah untuk terus kekal di jalan tersebut. Istiqamah bermaksud kekal teguh
dalam iman dan amal walaupun menghadapi ujian kehidupan.
Hidayah ini membantu seseorang terus berada di jalan Allah
SWT sehingga akhir hayatnya.
Ringkasan Tahap Hidayah
Secara ringkasnya perjalanan hidayah boleh difahami seperti
ini:
- Hidayah Ad-Din – mengenal Islam
- Hidayah Al-Irsyad – memahami kebenaran
- Hidayah At-Taufiq – mampu menerima dan mengamalkan
- Hidayah Al-Istiqamah – kekal di jalan Allah SWT
Hidayah Allah SWT
adalah nikmat yang sangat besar dalam kehidupan manusia. Tanpa hidayah, manusia
boleh hidup bertahun-tahun dalam keadaan lalai tanpa menyedari arah sebenar
kehidupannya. Walaupun seseorang memiliki ilmu dunia, harta dan kedudukan,
semua itu tidak menjamin bahawa dia berada di jalan yang benar. Hidayah adalah
cahaya yang membuka mata hati manusia untuk melihat kebenaran.
Dalam kehidupan masyarakat hari ini, ramai orang sebenarnya
telah sampai kepada tahap pertama hidayah iaitu mengenal Islam. Mereka
dilahirkan dalam keluarga Muslim, membesar dalam masyarakat Islam dan
mengetahui beberapa asas agama. Dari sudut identiti, mereka adalah orang Islam.
Namun perjalanan hidayah tidak berhenti pada tahap tersebut. Mengenal
Islam hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang. Seseorang perlu
bergerak kepada tahap memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam
kehidupannya.
Malangnya ramai orang berhenti pada tahap pertama tanpa
menyedarinya. Mereka merasakan bahawa kerana mereka sudah dilahirkan sebagai
Muslim, maka mereka telah memiliki hidayah sepenuhnya. Perasaan ini membuatkan
mereka tidak merasakan keperluan untuk mencari kefahaman yang lebih mendalam.
Apabila pencarian tidak berlaku, kefahaman tentang iman juga
tidak berkembang. Agama hanya berada pada tahap identiti dan beberapa amalan
asas. Kehidupan harian masih dipandu oleh nilai dunia. Dari situlah lahir
keadaan yang boleh digambarkan sebagai minda dunia dalam kehidupan seorang
Muslim.
Ramai juga yang
beranggapan bahawa hidayah datang secara tiba-tiba tanpa sebab. Mereka
merasakan bahawa jika Allah SWT mahu memberi hidayah kepada seseorang, maka
hidayah itu akan datang dengan sendirinya. Oleh sebab itu mereka tidak merasa
perlu untuk mencari dan memahami agama dengan lebih mendalam. Mereka hanya
menunggu tanpa melakukan apa-apa usaha.
Namun apabila kita
memerhati kehidupan manusia dengan lebih teliti, kita dapat melihat bahawa
hidayah biasanya bermula dengan satu perkara yang sangat penting. Perkara itu
ialah pencarian ilmu. Apabila seseorang mula mencari ilmu dengan hati yang
terbuka, pintu kesedaran dalam dirinya perlahan-lahan akan terbuka. Dari
situlah perjalanan hidayah biasanya bermula.
Ilmu mempunyai
kekuatan yang sangat besar dalam mengubah kehidupan manusia. Ilmu boleh
membuatkan seseorang berhenti seketika dan berfikir tentang kehidupannya. Dia
mula bertanya kepada dirinya sendiri tentang tujuan sebenar hidup di dunia. Soalan-soalan
seperti ini jarang muncul dalam fikiran seseorang yang tidak pernah mencari
ilmu.
Apabila seseorang
mula memahami perkara-perkara asas dalam agama, pandangannya terhadap kehidupan
akan berubah sedikit demi sedikit. Dia mula memahami hakikat tauhid dan
hubungan manusia dengan Allah SWT. Dia juga mula memahami bahawa kehidupan
dunia hanyalah sementara. Kesedaran ini membuka ruang baru dalam fikirannya.
Pada peringkat
awal, perubahan ini mungkin berlaku secara perlahan. Seseorang mungkin hanya
merasakan bahawa cara dia melihat kehidupan sedikit berbeza daripada sebelumnya.
Namun apabila dia terus mencari ilmu dan merenung tentang kehidupan, perubahan
itu akan menjadi semakin jelas. Dari situ lahir kesedaran yang lebih mendalam.
Dalam perjalanan
ini, seseorang juga akan mula menyedari bahawa banyak perkara yang sebelum ini
dianggap penting sebenarnya tidak membawa makna yang besar dalam kehidupan
akhirat. Dia mula melihat bahawa masa, amal dan hubungan dengan Allah SWT jauh
lebih penting daripada perkara dunia. Kesedaran ini perlahan-lahan mengubah
keutamaan dalam kehidupannya.
Hidayah juga sering
datang kepada mereka yang benar-benar mencari kebenaran dengan hati yang ikhlas.
Apabila seseorang ikhlas ingin memahami agama dan memperbaiki dirinya, Allah
SWT akan membuka jalan untuknya. Kadang-kadang jalan itu datang melalui ilmu,
kadang-kadang melalui pengalaman hidup dan kadang-kadang melalui pertemuan
dengan orang yang memberi peringatan.
Perjalanan hidayah
ini tidak berlaku dalam satu hari. Ia adalah satu proses yang berlaku sedikit
demi sedikit dalam kehidupan manusia. Setiap ilmu yang dipelajari, setiap
renungan tentang kehidupan dan setiap pengalaman hidup akan menambah kefahaman
dalam diri seseorang. Dari situlah pintu hidayah semakin terbuka.
Apabila seseorang
sampai ke tahap ini, dia akan mula melihat kehidupan dengan pandangan yang
sangat berbeza. Dunia tidak lagi menjadi pusat kehidupannya. Sebaliknya dia
mula melihat kehidupannya sebagai perjalanan menuju kepada Allah SWT. Dari
situlah bermula kehidupan yang dipandu oleh minda akhirat.
No comments:
Post a Comment