MINDA
AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI
BAB 7 - PELABURAN TELINGA DAN PENDENGARAN
Seterusnya kita masuk kepada bab pelaburan kurniaan
telinga dan pendengaran yang Allah SWT kurniakan buat kita. Mata boleh tutup
tapi telinga tak boleh tutup. Ini bermakna lebih banyak pengisian yang masuk
melalui pendengaran kalau dibandingkan dengan penglihatan.
Pelaburan telinga dan pendengaran seorang insan yang
berminda akhirat bukan sekadar soal apa yang didengar tetapi apa yang dipilih
untuk masuk ke dalam hati. Telinga ialah pintu yang halus. Bunyi yang masuk
tidak kelihatan namun kesannya boleh mengubah jiwa. Boleh membersih mahupun mengotorkan
hati. Seorang yang sedar bahawa pendengaran adalah amanah daripada Allah SWT
akan berhati-hati dalam memilih suara yang dibenarkan masuk ke dalam hatinya.
Pendengaran membentuk kebersihan hati, kebersihan hati
membentuk cara fikir, cara rasa dan cara bertindak. Kata-kata yang baik boleh
melembutkan hati, manakala kata-kata yang kotor, keras, nista dan sebagainya boleh
mengeraskan jiwa. Seorang insan yang berminda akhirat memilih untuk mendengar pengisian
yang menambah iman, memperluas ilmu dan menguatkan sahsiah diri. Kuliah,
nasihat, bacaan Al-Quran, perbincangan yang membina; semuanya menjadi sumber makanan
rohani. Pengisian keimanan dan keislaman.
Jika tidak mampu menghadiri majlis ilmu, dia masih
boleh memilih audio yang bermanfaat. Dunia hari ini menyediakan pelbagai bahan
untuk didengar. Soalnya bukan pada ketiadaan pilihan tetapi kepada disiplin
memilih. Seorang insan yang berminda akhirat tidak membiarkan telinganya
dipenuhi gosip, umpatan atau hiburan melampau yang melalaikan. Dia sedar bahawa
setiap bunyi yang diulang-ulang akan membentuk kecenderungan hati.
Pendengaran juga berkait rapat dengan adab terhadap
manusia. Dia tidak gemar mendengar aib orang lain. Jika perbualan mula
menyentuh perkara yang menjatuhkan maruah seseorang, dia cuba menukar topik
atau beredar dengan hikmah. Telinga yang dijaga daripada mendengar keburukan
akan membantu lidah daripada menyebarkannya. Apa yang tidak masuk ke telinga
lebih mudah untuk tidak keluar dari mulut.
Seterusnya ada ketika dia diuji dengan kata-kata yang
menyakitkan. Kritikan, sindiran atau fitnah mungkin singgah di pendengaran. Minda
akhirat mengajarnya supaya tidak semua yang didengar perlu disimpan dalam hati.
Dia menapis, menilai dengan tenang dan menyerahkan urusan kepada Allah SWT. Tenaga
emosi tidak dibazirkan untuk membalas setiap suara dan kata-kata yang tidak
menyenangkan.
Pelaburan telinga juga bermaksud menjadi pendengar yang
baik kepada orang lain. Ramai orang hanya mahu didengari tetapi sedikit yang
benar-benar mahu mendengar. Mereka self centered dan hanya mementingkan diri
sendiri. Seorang insan yang berminda akhirat menggunakan pendengarannya untuk
menyantuni hati manusia. Dia mendengar dengan empati, bukan untuk mencari
kesalahan tetapi untuk memahami. Pendengaran yang penuh perhatian boleh menjadi
ibadah apabila diniatkan untuk membantu dan menenangkan.
Jika tiada perkara bermanfaat untuk didengar, dia tidak
merasa kekosongan. Dia boleh memperlahankan suasana, mengurangkan kebisingan
dan memberi ruang kepada hati untuk berzikir. Dalam diam ada ketenangan. Dalam
ketenangan ada ruang untuk suara hati memanggil nama Allah SWT. Tidak semua
masa perlu dipenuhi dengan bunyi; kadangkala sunyi lebih mendidik jiwa.
Perbezaan antara minda dunia dan minda akhirat jelas
dalam hal pendengaran. Minda dunia cenderung mencari gosip sensasi, hiburan dan
drama, sedangkan minda akhirat mencari hikmah dan kebenaran. Minda dunia mudah
terpengaruh dengan suara majoriti, sedangkan minda akhirat setia kepada suara
wahyu dan nasihat yang sahih.
Pelaburan telinga yang bermatlamat melahirkan hati yang
seimbang. Hati yang seimbang melahirkan tindakan yang matang. Seorang yang
hidup dengan prinsip ini sentiasa sedar bahawa setiap apa yang didengar akan
dipersoalkan. Dia memilih untuk mendengar yang benar, menolak yang merosakkan
dan menggunakan pendengarannya sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dengan cara itu, telinga bukan sekadar alat menerima bunyi tetapi menjadi
wasilah menuju reda Ilahi.
Ikhlas,
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca
semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya
saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala.
Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda
tak percaya, bacalah! Share blog
Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal
membuka hati dan minda berada di dalamnya.
PSS - Anda juga boleh menonton
semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.
Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama
penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan
di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment