Saturday, March 7, 2026

BAB 2 - HIDUP INI SATU PELABURAN

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

BAB 2 - HIDUP INI SATU PELABURAN

Makna “pelaburan” dalam konteks blog ini bukan sekadar istilah kewangan tetapi satu kerangka berfikir tentang kehidupan. Pelaburan di sini bermaksud meletakkan sesuatu yang kita miliki hari ini demi mendapatkan pulangan yang lebih besar pada masa hadapan. Bezanya, masa hadapan yang dimaksudkan bukan sekadar lima atau sepuluh tahun akan datang tetapi kehidupan selepas mati. Seorang insan yang berminda akhirat melihat seluruh hidupnya sebagai portfolio yang sedang dibina sebagai persiapan bertemu Allah SWT kelak.

Pelaburan menuntut kesedaran bahawa sumber adalah terhad. Masa di dunia ini terhad, tenaga terhad, perhatian terhad, usia terhad. Umat Nabi Muhammad SAW mungkin hidup sekitar 60-80 tahun sahaja. Lepas tu mati. Apabila menyedari yang semua sumber ini terhad maka ia tidak boleh dibelanjakan secara sembarangan. Dalam dunia kewangan, orang bijak akan membuat kajian yang mendalam sebelum membuat tindakan pelaburan. Mereka tak mahu rugi. Begitu juga dalam kehidupan, seorang insan yang berminda akhirat juga perlu menilai sedalamnya sebelum mengambil tindakan. Dia akan bertanya tentang risiko dosa dan pulangan pahala sebelum mengambil tindakan.

Pelaburan juga membawa makna pengorbanan jangka pendek demi keuntungan jangka panjang. Seorang pelabur sanggup menahan diri daripada berbelanja demi membina aset. Begitu juga seorang insan yang berminda akhirat sanggup menahan hawa nafsu, menangguhkan keseronokan dan meninggalkan perkara syubhah demi keselamatan dan kejayaan di akhirat. Dia faham bahawa tidak semua yang menyeronokkan itu menguntungkan.

Dalam konteks perkongsian dalam blog ini, pelaburan bermaksud kesengajaan. Hidup tidak dibiarkan berlaku secara automatik. Setiap anggota badan, setiap lintasan hati dan setiap peluang dilihat sebagai modal. Jika digunakan dengan betul, ia menjadi aset pahala. Jika disalahguna, ia menjadi liabiliti dosa. Kesedaran ini menjadikan hidup bermatlamat yang jelas dan tidak sekadar mengikut arus.

Pelaburan juga melibatkan disiplin dan konsistensi. Keuntungan besar jarang datang daripada tindakan sekali-sekala. Ia datang daripada amalan kecil yang dilakukan berterusan. Seorang insan yang berminda akhirat tidak meremehkan amal yang kecil. Senyuman, zikir ringkas, sedekah yang sedikit dan doa yang kerap; semua ini seperti dividen kecil yang terkumpul menjadi besar di sisi Allah SWT.

Makna pelaburan dalam blog ini turut menekankan aspek risiko. Setiap pilihan membawa risiko dunia dan akhirat. Minda dunia hanya menilai risiko kerugian material. Minda akhirat menilai risiko kemurkaan Allah SWT dan kerugian abadi. Penilaian risiko inilah yang membezakan antara keputusan yang nampak bijak di dunia tetapi merugikan di akhirat, dengan keputusan yang mungkin sederhana di dunia tetapi menyelamatkan di sana.

Pelaburan juga bermaksud visi. Seorang pelabur yang berjaya mempunyai gambaran jelas tentang matlamatnya. Tentang risiko dan pulangannya. Begitu juga seorang insan yang berminda akhirat mempunyai kesedaran tentang syurga, tentang pertemuan dengan Allah SWT dan tentang kehidupan yang kekal. Gambaran ini memberi motivasi untuk terus berusaha walaupun dia tidak dapat melihat ganjaran segera di dunia ini.

Akhirnya, pelaburan dalam konteks blog ini ialah cara melihat hidup sebagai amanah yang bernilai tinggi. Setiap detik adalah transaksi. Setiap keputusan adalah kontrak. Seorang yang hidup dengan kefahaman ini tidak akan membiarkan harinya berlalu tanpa nilai. Dia sentiasa bertanya; apakah yang aku tambah dalam portfolio akhiratku hari ini? Soalan itu menjadikan hidupnya bukan sekadar perjalanan biasa tetapi satu strategi besar menuju reda Allah SWT dan kejayaan yang kekal abadi.

Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

 

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup


No comments:

Post a Comment

KANDUNGAN - MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

KANDUNGAN MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI Pembuka Bicara Hidup Adalah Portfolio   BAHAGIAN I Kesedaran & ...