BAB 26
PERUBAHAN DARIPADA MINDA DUNIA KEPADA MINDA AKHIRAT
Apabila seseorang berada dalam zon minda dunia, banyak
perkara dalam kehidupannya berlaku tanpa kesedaran yang mendalam. Dia mungkin
mengetahui bahawa sesuatu itu salah tetapi TETAP melakukannya kerana dorongan
nafsu dan kebiasaan. Kehidupan berjalan mengikut arus tanpa banyak pertimbangan
tentang akibat di akhirat. Dari situlah banyak kesilapan atau dalam ertikata
lain pengumpulan dosa berlaku tanpa disedari.
Dalam keadaan seperti ini, dosa kadang-kadang menjadi sesuatu
yang biasa dalam kehidupan. Perkara yang sepatutnya dielakkan mungkin dilakukan
berulang kali tanpa rasa bersalah yang mendalam. Hati menjadi kurang peka
terhadap peringatan. Kesedaran tentang Allah SWT dan akhirat masih ada, tetapi
tidak cukup kuat untuk membentuk tingkah laku. Dosa terus-terusan dikumpul.
Namun apabila seseorang mula masuk ke dalam zon minda akhirat,
sesuatu akan berubah dalam dirinya. Cara dia melihat kehidupan tidak lagi sama
seperti dahulu. Dia mula menyedari bahawa setiap perbuatannya akan dihisab di
akhirat kelak. Kesedaran ini perlahan-lahan mengubah cara dia berfikir dan
bertindak. Dia akan cuba meningkatkan usaha untuk menambah kebaikan dengan
harapan saham akhiratnya bertambah dengan keizinan Allah SWT sambil berusaha mengelakkan
perkara yang mungkar.
Seseorang yang berminda akhirat akan mula berusaha untuk
mengelakkan perkara yang dilarang dalam Islam. Dia tidak lagi melihat dosa sebagai sesuatu
yang kecil atau remeh. Sebaliknya dia melihat dosa sebagai sesuatu yang memberi
kesan kepada hubungannya dengan Allah SWT. Dari situlah lahir keinginan untuk
menjaga diri dan mengelakkan diri dari melakukan perkara yang salah.
Dalam masa yang sama, dia juga akan berusaha untuk meminimumkan
dosa dalam kehidupannya. Dia sedar bahawa manusia tidak sempurna dan tetap
melakukan kesilapan. Namun dia berusaha untuk mengurangkan kesilapan tersebut
sebanyak mungkin. Setiap kesilapan diikuti dengan taubat dan usaha untuk
memperbaiki diri.
Pada masa yang sama, seseorang yang berminda akhirat akan
berusaha untuk memaksimumkan pahala. Dia melihat setiap peluang sebagai ruang
untuk melakukan kebaikan. Perkara kecil seperti membantu orang lain, memberi
senyuman atau berzikir menjadi sesuatu yang bernilai. Kehidupan dipenuhi dengan
usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Perubahan ini tidak berlaku kerana paksaan daripada orang
lain. Ia lahir daripada kesedaran dalam hati yang semakin hidup. Hati yang
hidup akan membimbing seseorang untuk memilih jalan yang lebih baik dalam
kehidupan. Dari situlah perubahan ke arah kebaikan akan mula berlaku dalam
kehidupan dengan izin Allah SWT.
Apabila seseorang hidup dalam keadaan ini, kehidupannya
menjadi lebih tenang dan bermatlamat. Dia tidak lagi hidup sekadar mengikut arus dunia.
Setiap tindakan mempunyai tujuan yang lebih besar. Dari situlah lahir kehidupan
yang dipandu oleh minda akhirat. Biarpun selepas itu pelbagai ujian yang mendatang
namun hatinya tetap akan berpegang kepada prinsip minda akhirat kerana dia
begitu yakin yang dia berada dalam kebenaran juga yakin yang kejayaan bakal
menjadi miliknya kelak.
Namun demikian sekiranya kita masih tidak sedar dan masih tetap berada dalam zon dunia maka kita akan terus-terusan mengumpul dosa saban hari tanpa kita sedari. Keadaan ini pula akan membawa kepada pembalasan demi pembalasan dari Allah SWT yang tidak sudah kerana kesalahan diri kita yang tak berhenti membuat dosa. Kita masih bersangka buruk, masih membenci, masih tak menjaga aurat, masih bergaul bebas, masih menjalankan zina dan maksiat dan pelbagai lagi perkara-perkara yang mungkar. Fikir-fikirkanlah. Semua ini perlu dihentikan dan kita mesti berusaha untuk kembali ke pangkal jalan untuk mencari kehidupan yang sejahtera.
0166667430
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan