MINDA
AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI
BAB 6
PELABURAN MATA DAN PENGLIHATAN
Beruntunglah kita yang dilahirkan dengan mata dan
penglihatan kerana ada orang dilahirkan buta dengan pandangan yang gelap gelita.
Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan Allah SWT yang amat besar ini. Kalau anda
diberi RM1 juta sekalipun untuk sebelah mata anda, saya yakin anda tak akan menerimanya. Penglihatan labih berharga.
Pelaburan mata dan penglihatan seorang insan yang
berminda akhirat bukan sekadar soal apa yang boleh dilihat tetapi apa yang
patut dilihat. Mata ialah pintu hati. Apa yang masuk melalui penglihatan akan
turun ke jiwa, lalu membentuk fikiran dan akhirnya menentukan tindakan. Seorang
yang sedar bahawa mata adalah amanah daripada Allah SWT tidak akan menggunakan
mata dan penglihatannya secara bebas tanpa garispanduan.
Penglihatan bukan sekadar fungsi fizikal tetapi saluran
nilai. Seorang insan yang berminda akhirat akan bertanya dirinya sendiri sebelum
memandang; adakah pandangan ini membawa manfaat atau mudarat? Jika apa yang
dilihat menambah ilmu, meningkatkan iman atau memberi inspirasi kebaikan, kalau
jawapannya ya, maka dia melihat dengan penuh kesyukuran. Jika apa yang di
hadapan berpotensi merosakkan hati, dia segera mengalihkan pandangan.
Mata boleh menjadi sebab naiknya darjat atau jatuhnya
maruah. Ramai orang memandang perkara yang tidak sepatutnya lalu tanpa disedari
hatinya menjadi kotor dan gelap sedikit demi sedikit. Pandangan yang berulang
akhirnya menormalisasi dosa. Seorang insan yang berminda akhirat faham bahawa
menjaga mata lebih mudah daripada merawat hati yang telah rosak. Dia memilih
untuk menutup pintu lebih awal sebelum keburukan masuk dan bersarang.
Pelaburan mata juga bermaksud memilih bahan yang
dilihat dengan cermat. Dalam dunia digital yang sarat dengan imej dan video,
disiplin ini menjadi semakin penting. Dia tidak membiarkan jarinya melayari
tanpa arah. Setiap paparan yang dilihat adalah input kepada jiwa. Seorang insan
yang berminda akhirat memilih untuk melihat perkara yang menambah ilmu,
menguatkan kefahaman agama atau memberi inspirasi untuk menjadi lebih baik.
Jika tidak ada perkara bermanfaat untuk dilihat, dia
tidak merasa rugi dengan memalingkan wajah daripada skrin. Dia boleh
menggunakan mata untuk membaca Al-Quran, meneliti buku yang membina pemikiran
atau memerhati alam sebagai tanda kebesaran Allah SWT. Langit yang luas, pohon
yang menghijau dan perjalanan hidup manusia semuanya menjadi ayat-ayat yang
mengingatkan hati kepada Pencipta.
Penglihatan juga berkait rapat dengan rasa syukur. Seorang
insan yang berminda akhirat melihat nikmat, bukan melihat kekurangan. Dia
melihat kebaikan pasangan dan reda dengan sebarang kelemahan. Dia melihat
potensi anak-anak dan reda dengan kenakalan mereka. Cara melihat menentukan
cara menilai. Cara menilai menentukan cara bertindak. Namun dia akan cuba beri
nasihat dan didikan kepada apa yang boleh diperbaiki. Dia bermata lebah dan bukan
bermata lalat yang sentiasa fokus kepada yang buruk dan busuk.
Ada ketika mata melihat perkara yang menyakitkan;
kezaliman, kemiskinan atau penderitaan. Pada saat itu, penglihatan tidak
berhenti pada simpati kosong. Ia mendorong tindakan dan doa. Mata yang melihat
kesusahan orang lain lalu menggerakkan tangan untuk membantu adalah mata yang
dilaburkan dengan betul. Penglihatan menjadi pencetus amal, bukan sekadar
tontonan. Dia tahu itu tahap iman yang paling rendah.
Perbezaan antara minda dunia dan minda akhirat jelas
dalam cara memandang. Minda dunia mencari hiburan tanpa batas, sedangkan minda
akhirat mencari keberkatan dalam setiap pandangan. Minda dunia terpikat pada sesuatu
yang melempias nafsu, rupa yang cantik dan kemewahan, sedangkan minda akhirat
melihat kepada hakikat dan nilai.
Apa yang dilihat mungkin sama tetapi tafsirannya berbeza
mengikut mata mana yang melihat.
Pelaburan mata yang terjaga melahirkan hati yang bersih.
Hati yang bersih melahirkan fikiran yang jernih. Fikiran yang jernih melahirkan
tindakan yang baik. Seorang insan yang berminda akhirat sentiasa sedar bahawa
setiap pandangan dicatat. Dia memilih untuk melihat yang baik, menolak yang
merosakkan dan menggunakan penglihatannya sebagai jalan mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Dengan cara itu, mata bukan sekadar alat melihat dunia tetapi
menjadi jambatan menuju akhirat.
Ikhlas,
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca
semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya
saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala.
Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda
tak percaya, bacalah! Share blog
Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal
membuka hati dan minda berada di dalamnya.
PSS - Anda juga boleh menonton
semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.
Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama
penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan
di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment