Saturday, March 7, 2026

BAB 5 - PELABURAN TENAGA

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

BAB 5 - PELABURAN TENAGA

Kurniaan seterusnya – Tenaga.

Pelaburan tenaga seorang insan yang berminda akhirat bukan sekadar soal kuat atau lemah fizikal tetapi soal ke mana tenaga itu disalurkan. Tenaga juga ialah amanah daripada Allah SWT. Setiap kudrat, setiap degupan jantung, setiap langkah kaki akan dipersoalkan. Seorang yang sedar hakikat ini tidak akan membazirkan tenaganya pada perkara yang sia-sia apatah lagi pada perkara yang mendatangkan dosa.

Tenaga adalah matawang kehidupan yang sentiasa susut. Apabila usia meningkat, tenaga semakin berkurang. Seorang insan yang berminda akhirat tidak akan menunggu saat lemah untuk beramal. Dia menggunakan masa kuatnya untuk berkhidmat, membantu, membina dan memperbaiki. Tubuh yang sihat dilihat sebagai peluang, bukan sekadar satu nikmat untuk dinikmati secara bebas tanpa garispanduan. Setiap peluh yang menitis dalam jalan kebaikan menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak.

Jika dia mampu melakukan kerja yang bermanfaat maka tenaganya akan difokuskan ke situ. Dia tidak memilih kerja berdasarkan glamor atau pujian manusia tetapi berdasarkan nilai manfaatnya. Menolong keluarga, membimbing anak-anak, menulis ilmu, berdakwah, menyantuni masyarakat atau bekerja mencari rezeki halal dengan amanah; semuanya menjadi ladang pahala ibadah apabila diniatkan ikhlas kerana Allah SWT. Tenaga fizikal dan mental digerakkan dengan sedar bukan dibiarkan bebas tanpa objektif yang jelas.

Jika tidak mampu melakukan sesuatu yang besar, dia tidak menjadikan alasan itu sebagai tiket untuk bermalas-malasan. Tenaga kecil yang ada tetap digunakan untuk perkara baik. Senyuman, membantu mengangkat barang, menjawab mesej dengan kaya-kata yang menenangkan atau mendengar masalah orang lain dengan penuh perhatian; semua itu memerlukan tenaga. Seorang insan yang berminda akhirat faham bahawa nilai bukan pada saiz perbuatan tetapi kepada keikhlasan dan kesungguhan.

Tenaga juga termasuk tenaga emosi. Ramai orang keletihan bukan kerana kerja fizikal tetapi kerana emosi yang tidak terurus. Minda akhirat mengajar supaya tenaga emosi tidak dihabiskan dengan kemarahan yang berpanjangan, dengki yang membakar atau dendam yang merosakkan hati. Dia memilih untuk memaafkan, bersabar dan menyerahkan urusan kepada Allah SWT. Tenaga emosi yang dijaga akan menjadi kekuatan dalaman yang luar biasa.

Ada ketika tubuh penat dan kemampuan terbatas. Pada saat itu, tenaga hati pula memainkan peranan. Dia mungkin tidak mampu berdiri lama untuk beribadah tetapi hatinya tetap hidup dengan niat dan keinginan untuk taat. Dia mungkin tidak mampu berlari membantu ramai orang tetapi doanya untuk orang lain terus mengalir. Dalam keadaan lemahpun, tenaga rohaninya masih boleh dilaburkan.

Seorang insan yang berminda akhirat juga tahu bahawa tenaga perlu diurus dengan hikmah. Rehat bukan pembaziran jika diniatkan untuk memulihkan kekuatan bagi kembali berkhidmat. Makan yang seimbang, tidur yang cukup dan senaman yang sederhana menjadi sebahagian daripada strategi ibadah. Tubuh yang dijaga dengan baik lebih mampu berkhidmat lebih lama dalam jalan Allah SWT.

Perbezaan antara minda dunia dan minda akhirat jelas dalam soal tenaga. Minda dunia menggunakan tenaga 24/7 untuk mengejar pengiktirafan dan kepuasan diri semata-mata. Minda akhirat menggunakan tenaga untuk mencari reda Allah SWT. Minda dunia mudah letih apabila usahanya tidak dihargai, sedangkan minda akhirat tetap istiqamah walaupun tidak dipuji kerana dia melakukannya ikhlas kerana Allah SWT dan bukan untuk pengiktirafan manusia.

Pelaburan tenaga beginilah yang melahirkan kehidupan yang bermakna. Penatnya tidak sia-sia, letihnya tidak kosong. Setiap usaha, walaupun kecil, terasa bernilai. Seorang yang hidup dengan prinsip ini sentiasa bertanya sebelum menggunakan tenaganya: adakah ini mendekatkan aku kepada Allah SWT atau menjauhkan aku? Soalan itulah yang menjadi kompas, agar setiap kudrat yang dipinjamkan akhirnya kembali sebagai cahaya di akhirat kelak. InsyaAllah. Ini kerana dia yakin tiada apa yang dilakukan walaupun kecil akan sia-sia.

Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

 

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment

KANDUNGAN - MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

KANDUNGAN MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI Pembuka Bicara Hidup Adalah Portfolio   BAHAGIAN I Kesedaran & ...