Sabtu, 7 Mac 2026

BAB 13 - PELABURAN DOA

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI

PELABURAN DOA

“Doa adalah senjata orang Muslim.”

Pelaburan doa seorang insan yang berminda akhirat ialah pelaburan yang paling sunyi tetapi paling berkuasa. Doa tidak memerlukan modal harta, tidak menuntut tenaga yang besar dan tidak bergantung kepada kedudukan. Namun nilainya di sisi Allah SWT sangat tinggi. Seorang insan yang berminda akhirat memahami bahawa doa bukan pilihan terakhir setelah segala usaha gagal, sebaliknya ia adalah strategi utama sebelum, semasa dan selepas berusaha.

Doa ialah pengakuan kehambaan. Apabila seseorang berdoa, dia sedang mengiktiraf kelemahan dirinya dan kekuasaan Allah SWT. Pengakuan ini bukan tanda lemah tetapi tanda iman. Seorang insan yang berminda akhirat tidak merasa malu untuk meminta. Dia sedar bahawa setiap kejayaan, keselamatan dan ketenangan datang daripada izin Allah SWT, bukan semata-mata hasil kepintaran dan perancangannya.

Pelaburan doa bermula dengan doa untuk perkara yang besar; hidayah, keampunan, keteguhan iman dan husnul khatimah. Doa kedua adalah untuk urusan dunia seperti keuntungan, kenaikan pangkat atau keselesaan hidup namun tetap akan beralaskan akhirat dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Keutamaan doanya mencerminkan keutamaan hidupnya yang mementingkan akhirat. Apa yang sering dipinta menunjukkan apa yang paling bernilai dalam hatinya. Doa terbaik ialah doa yang dianjurkan Nabi SAW yakni memohon kejayaan di dunia dan di akhirat yang secara dasarnya merangkumi semua perkara.

Doa juga menjadi pengiring kepada setiap usaha. Sebelum melangkah ke mesyuarat, dia berdoa agar dipandu kepada keputusan yang benar. Sebelum berbicara, dia memohon agar kata-katanya memberi manfaat. Sebelum membuat keputusan besar, dia memohon petunjuk agar tidak tersasar. Doa menjadikan setiap tindakan lebih sedar dan lebih rendah hati kerana dia tahu yang setiap ketentuan adalah bergantung penuh kepada Allah SWT. Manusia merancang Allah SWT yang menentukan.

Seorang insan yang berminda akhirat tidak hanya berdoa untuk dirinya. Dia melaburkan doa untuk ibu bapa, keluarga, adik beradik, pasangan, anak-anak, saudara mara, sahabat, rakan taulan, para guru dan umat keseluruhannya. Atas dasar kasih sayang sesama insan kalau boleh dia mahu semua orang diberkati Allah SWT dan diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Doa untuk orang lain ini hakikatnya boleh melembutkan hatinya dan menghapuskan hasad. Apabila dia mendoakan kebaikan orang lain, sebenarnya dia sedang membersihkan jiwanya sendiri. Dia tidak membenci mana-mana makhluk Allah SWT malah sentiasa menyayangi dan memaafkan.

Pelaburan doa juga menuntut kesabaran. Tidak semua doa dimakbulkan segera. Ada yang ditangguhkan, ada yang diganti dengan sesuatu yang lebih baik dan ada yang disimpan sebagai ganjaran di akhirat. Seorang insan yang berminda akhirat tidak cepat berputus asa. Dia percaya bahawa setiap doa didengar oleh Allah SWT walaupun jawapannya tidak selalu seperti yang diharapkan. Bila doanya dimakbulkan dia bersyukur, kalau belum dia reda, bersabar dan terus berdoa kerana dia tahu Allah yang Maha Mengetahui.

Doa menjadi kekuatan diri ketika diuji. Dalam saat tiada siapa mampu membantu, doa menjadi talian terus kepada Tuhan. Hatinya tidak runtuh walaupun keadaan sukar kerana dia yakin Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik. Keyakinan ini melahirkan ketenangan yang tidak mudah digoncang oleh keadaan luar.

Perbezaan antara minda dunia dan minda akhirat jelas dalam bab doa. Minda dunia cenderung bergantung sepenuhnya kepada usaha, strategi dan keputusan. Bila gagal mereka marah, mereka kecewa, mereka putus asa. Minda akhirat pula menggunakan strategi tetapi tetap menggantungkan ketentuan kepada Allah SWT. Minda dunia geram apabila perancangan tidak menjadi. Minda akhirat tetap tenang kerana percaya kepada hikmah Ilahi.

Pelaburan doa yang konsisten menjadikan kehidupan sentiasa terhubung dengan langit. Hatinya tidak kering walaupun sibuk dan jiwanya tidak sunyi walaupun bersendirian. Seorang yang hidup dengan kesedaran ini sentiasa meluangkan masa untuk merayu, memohon dan berharap kepada Allah SWT. Dia yakin bahawa doa bukan sekadar lafaz di bibir tetapi senjata orang beriman dan jambatan menuju kejayaan dunia serta keselamatan akhirat.

Jom kita sambung perbincangan dalam bab yang akan seterusnya…

Sekian dulu…

Kongsikanlah blog ini andai anda rasa ia bemanfaat… Terima kasih…


Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

 

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELEBIHAN MELAWAT ORANG SAKIT

MINDA AKHIRAT KELEBIHAN MELAWAT ORANG SAKIT Melawat orang sakit dalam Islam bukan sekadar adat kemanusiaan, bahkan ia adalah ibadah yang...