MINDA
AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI
BAB 4 - PELABURAN MASA
Dalam kehidupan di dunia ini kurniaan masa dari Allah SWT
adalah antara kurniaan yang paling berharga. Apa yang paling penting dengan
masa ialah pengisiannya. Adakah kita mengisinya dengan sesuatu yang berharga
atau kita biarkan ia berlalu sia-sia sahaja.
Pelaburan masa seorang insan yang berminda akhirat
bukan sekadar mengisi ruang waktu dengan aktiviti tetapi memastikan setiap
detik mempunyai nilai di sisi Allah SWT. Masa bukan sekadar angka pada jam,
sebaliknya modal kehidupan yang tidak boleh diulang tayang. Seorang yang sedar
hakikat ini akan memandang sehari yang berlalu sebagai satu transaksi; samaada
ia menjadi aset pahala yang berkembang atau liabiliti yang membebankan di
akhirat kelak.
Insan yang berminda akhirat memahami bahawa tidak semua
perkara perlu dilakukan, walaupun mampu dilakukan. Ukurannya bukan pada
keseronokan, bukan juga pada pujian manusia tetapi pada manfaat dan reda Allah
SWT. Jika ada peluang melakukan sesuatu yang bermanfaat, maka dia akan
melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Manfaat itu luas maknanya; memberi
ilmu, membantu orang susah, menulis perkara yang mengingatkan manusia kepada
Tuhan atau bekerja mencari nafkah yang halal demi keluarga.
Jika tidak mampu melakukan sesuatu yang besar, maka
lisannya dijaga agar hanya mengucapkan yang baik. Sabda Rasulullah SAW
mengingatkan supaya berkata baik atau diam. Lisan yang dikawal adalah tanda
jiwa yang terdidik. Kebanyakan kita rugi bukan kerana kurang amal tetapi kerana
banyaknya kata-kata sia-sia. Seorang insan yang berminda akhirat sedar bahawa
setiap perkataan dicatat, maka dia memilih untuk bercakap perkara yang membina,
menenangkan dan menghubungkan manusia dengan Allah SWT.
Ada ketika tangan tidak mampu berbuat dan lisan tidak
perlu berkata. Pada saat itu fikirannya pula menjadi medan pelaburan. Dia
berfikir tentang kebesaran Allah SWT, tentang nikmat yang tidak terhitung,
tentang dosa yang perlu diinsafi dan tentang kematian yang pasti mendatangi. Fikir
yang benar mampu mengubah arah hidup. Fikir yang jujur mampu melahirkan taubat
dan tekad baru. Minda akhirat menjadikan proses berfikir sebagai ibadah, bukan
sekadar angan-angan kosong.
Jika hati terasa kosong dan fikiran tidak tahu mahu
merenung apa, maka zikir menjadi tempat kembali. Zikir bukan sekadar ulangan
lafaz tetapi latihan kesedaran bahawa Allah SWT sentiasa memerhati. Dalam zikir
ada ketenangan, dalam zikir ada kekuatan dan dalam zikir ada penyucian jiwa. Seorang
yang membiasakan diri dengan zikir tidak akan mudah hanyut dalam kelalaian walaupun
berada di tengah kesibukan dunia.
Prinsip ini sebenarnya sangat praktikal. Ia tidak
memerlukan pentas besar atau jawatan tinggi. Ia boleh diamalkan oleh seorang
usahawan, seorang pekerja pejabat, seorang suri rumah, bahkan seorang pelajar. Setiap
masa yang terluang boleh diisi dengan membaca, menulis, membantu, menasihati,
berfikir atau berzikir. Hidupnya sentiasa dalam mod memberi, berkhidmat bukan
sekadar menerima.
Ramai orang merasakan mereka tiada masa untuk berubah. Hakikatnya,
masa tetap sama dua puluh empat jam. Perbezaannya terletak pada cara pelaburan.
Terletaknkepada pengisiannya. Minda dunia mencari hiburan apabila lapang,
sedangkan minda akhirat mencari keberkatan. Minda dunia melihat masa sebagai
ruang untuk melepaskan tekanan, sedangkan minda akhirat melihat masa sebagai
peluang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Pelaburan masa beginilah yang melahirkan ketenangan
luar biasa. Jiwa tidak resah walaupun sibuk dan hati tidak kosong walaupun
bersendirian. Setiap detik terasa bermakna. Seorang yang hidup dengan prinsip
ini tidak menunggu saat tua untuk menjadi hamba yang taat. Dia memulakan hari
ini juga, dengan apa yang mampu. Jika boleh buat yang bermanfaat, dia lakukan. Jika
boleh berkata yang baik, dia ucapkan. Jika boleh berfikir yang membawa kepada
insaf, dia renungkan. Jika tiada apa-apa, dia berzikir menyebut nama Allah SWT.
Walaupun dia sedang berjalan, berjogging, bermain bowling,
menonton televisyen, memandu dan sebagainya dia tetap akan berzikir. Padanya
daripada mendengar lagu dan menyanyi ketika memandu adalah lebih baik mendengar
ceramah agama, berfikir atau berzikir. Malah ketika bertemu dengan orang lain di
kedai mamak sekalipun dan sekiranya dia sedang mendengar sekalipun dia akan
berzikir. Berzikir dapat menjalinkan hubungan dengan Allah SWT. Ia jauh lebih
baik dari membiarkan masa mendengar itu kosong sahaja.
Itulah pelaburan masa seorang yang benar-benar berminda
akhirat. Dia sedar dengan kurniaan masa yang dikurniakan Allah SWT itu.
Kalau tak boleh bertindak, dia bercakap, kalau dia tak
ada apa yang hendak dicakapkan dia berfikir dan kalau tak ada yang hendak difikirkan
maka dia berzikir. Dia tak akan membiarkan masa itu kosong dan dibiarkan berlalu
sia-sia.
Ikhlas,
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca
semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya
saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala.
Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda
tak percaya, bacalah! Share blog
Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal
membuka hati dan minda berada di dalamnya.
PSS - Anda juga boleh menonton
semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.
Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama
penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan
di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment