Tuesday, March 3, 2026

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke pengisian Minda Akhirat 2.0. Dunia di Tangan, Akhirat di Hati.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. Tahniah kerana dengan ketentuan Allah SWT anda berada di sini. 

MUKADDIMAH

Dalam diri kita seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam seakan ada 3 orang di dalam tubuh badannya iaitu Orang Melayu, Orang Barat dan Orang Islam. Kita boleh ucap selamat pagi kepada orang Cina, kita ucap "good morning" bila kita jumpa Mat Saleh dan kita ucap Assalamualaikum bila bertemu dengan Ustaz. Kita ada peratusan yang berbeza dalam diri mungkin 50% Melayu, 30% Islam dan 20% Barat sebagai contoh.

Apa kata kita pecah dan bahagikan 3 orang dalam diri kita ini. Apa kata kita buang semua pengisian Islam dan Barat dalam diri kita,

Katalah kita 100% Melayu maka...

Apakah yang akan kita lakukan bila kita bangun pagi? Pastinya kita tak solat subuh kerana Islam tak datang ke Tanah Melayu.

Mungki kita akan mengeliat, bangun, masuk bilik air, buang air, mandi, keluar bilik air, bersiap, bersarapan, naik kenderaan dan pergi kerja.

Adakah kita akan makan babi? Makan jer sepertimana kaum melayu yang hidup di Sulawesi, Indonesia sebagai contoh. Bukan hanya makan babi, malah kelawar, ular dan kala jengking juga dimakan mereka. Bagaimana pula cara membunuh binatang tersebut? Ketuk sahaja kepalanya?

Kemudian katalah kita 100% mengikut ajaran Barat. Bagaimana pula bila bangun pagi?

Rasanya lebih kurang sama sahaja. Sesilap mandi pun tak. Hidup dengan prinsip mahukan kesaksamaan dan kebebasan yang mutlak hinggakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Pergaulan bebas, Seks tanpa hubungan pernikahan, bertukar pasangan, pasangan sejenis dan sebagainya.

Dalam hal ini cuma penerapan Islam sahaja yang jauh berbeza. Ini kerana ia serba lengkap. Ia punya garispanduan, adab dan tertibnya dalam semua perkara yang kita lakukan. 

Bagaimana pula sebagai seorang Islam 100% Bila bangun pagi?

Baca doa, masuk bilik air dengan kaki kiri sambil berdoa, ikut adab dan tertib, buang air pakai alas kaki, tutup kepala, mandi tutup aurat, keluar langkah kanan sambil berdoa, pakai baju baca doa, tengok cermin baca doa,  solat subuh dan sebagainya. Makan, minum, tidur, keluar rumah, naik kenderaan, bekerja malah berhubungan kelamin semuanya ada doa adab dan tertibnya. Kalau dilihat ini bermakna secara dasarnya ulama terdahulu telah memikirkan segalanya dan dalam hal ini kita diminta mengingati Allah Taala dalam apa juga yang kita lakukan.

Pengisian dan penerapan Islam tidak boleh dinafikan serba lengkap dan menyeluruh sebagai garispanduan kehidupan sejak dahulu hingga sekarang tidak seperti pengisian Melayu dan Barat yang serba kekurangan.

INILAH SEBABNYA ANDA MESTI BACA BLOG MINDA AKHIRAT INI…

Untuk menyusun semula semua nilai dan prinsip yang bercelaru dalam kehidupan seorang Melayu beragama Islam di Malaysia ini.

Selamat membaca. Lapangkan dada dan minda. Kongsikan andai bermanfaat.

Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah SWT dan sebaliknya yang kurang adalah atas kelemahan diri saya sendiri insan yang serba lemah. Maafkan saya kalau ada bait-bait kata di dalam perkongsian ini yang menyinggung hati anda. Ini kerana saya tak berniat untuk berbuat demikian sama sekali dan terima kasih kerana sudi datang ke sini.

Doa saya semoga kita semua dikurniakan dengan taufik, petunjuk dan hidayah dari Allah SWT kelak.

Ikhlas dari Haji Faizal Yusup
Hamba Allah SWT


#hjfaizalyusup
#mindaakhirat

No comments:

Post a Comment

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke pengisian Minda Akhirat 2.0. Dunia di Tangan, Akhirat di...