Sabtu, 7 Mac 2026

BAB 20 - JIKA HARI INI HARI TERAKHIR

MINDA AKHIRAT 3.0 - SENI MELABUR UNTUK KEHIDUPAN ABADI 

BAB JIKA HARI INI HARI TERAKHIR

Jika hari ini hari terakhir dalam hidup kita, apakah yang paling kita kesalkan? 

Siapakah yang akan menghantar kita ke kuburan? Ramaikah yang datang menziarah? Adakah mereka berkata baik mengenai diri kita atau sebaliknya? Adalah kita telah meninggalkan kesan dalam hati mereka yang mengenali kita?

Soalan ini jarang ditanya dengan jujur. Kita merancang esok seolah-olah esok pasti milik kita. Kita menyusun jadual bulanan malah objektif sepuluh tahun ke hadapan seolah-olah ajal masih jauh. Namun hakikatnya, tiada seorangpun yang diberi jaminan untuk dapat melihat matahari terbit esok hari. Lagi 10 minitpun tiada siapa yang tahu. Seorang insan yang berminda akhirat tidak hidup dalam ketakutan tetapi hidup dalam kesedaran bahawa setiap hari mungkin merupakan hari terakhir sebelum bertemu Allah SWT. Lidah mereka mudah menyebut InsyaAllah bila bercakap tentang masa depan kerana sedar dirinya tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Semuanya diserahkan kepada Allah SWT.

Apabila membayangkan hari ini merupakan hari terakhir, keutamaan hidup akan berubah serta-merta. Perkara remeh yang selama ini memenuhi fikiran tiba-tiba terasa kecil. Pertelingkahan yang dipanjangkan terasa tidak berbaloi. Harta yang dikejar tanpa henti tidak lagi kelihatan sepenting hubungan yang retak dan ibadah yang tertangguh. Minda akhirat menjadikan bayangan kematian sebagai alat meluruskan fokus. Membetulkan keutamaan.

Cuba perhatikan di sekeliling kita berapa ramai orang yang menyesal berselisih, tak tegur sapa, tak berhubungan dalam jangkamasa yang lama tiba-tiba mendapat tahu yang orang itu telah meninggal dunia. Penyesalan pasti akan menerjah jiwa. Kenapalah aku tak bermaafan, menyesal kerana tak sempat minta maaf dan sebagainya. Bukankah ini sudah terlambat? Mungkin keadaan ini pernah terjadi kepada anda? Tapi kalau anda pula yang meninggal dulu macamana pula agaknya?

Jika hari ini hari terakhir kita, adakah solat kita sudah dijaga dengan sebaiknya? Adakah ada kewajipan yang masih dilengah-lengahkan? Adakah kita ada hutang dengan Allah SWT yang belum tunaikan?

Seorang insan yang berminda akhirat tidak menunggu sakit atau tua untuk memperbaiki ibadah. Dia memperlakukan setiap solat seolah-olah itu solat terakhirnya. Kesungguhan itu lahir bukan daripada panik tetapi daripada kesedaran.

Jika hari ini hari terakhir, adakah hati kita bersih daripada dendam dan hasad? Ramai orang membawa beban emosi bertahun-tahun tanpa disedari. Dalam bayangan hari terakhir, memaafkan menjadi lebih mudah daripada memendam. Ego tidak lagi penting. Yang penting ialah bertemu Allah SWT dengan hati yang ringan dan tidak sarat dengan iri hati, hasad dengki, dendam dan kebencian.

Ia umpama membawa batu-batu beban di dalam guni di atas bahu yang semakin bertambah saban tahun. Semakin lama semakin berat. Bukankah ia lebih mudah untuk kita lepaskan sahaja. Maafkan sahaja. Lupakan sahaja. Teruskan perjalanan.

Jika hari ini hari terakhir, bagaimana dengan rezeki pendapatan yang kita kumpulkan? Adakah ia bersih dan halal? Adakah ada hak orang lain yang belum ditunaikan? Harta yang banyak tidak mampu menebus satu kezaliman yang belum diselesaikan. Seorang insan yang berminda akhirat sentiasa berusaha melangsaikan hutang, memohon maaf dan menyelesaikan amanah sebelum terlambat.

Bayangan hari terakhir juga mengubah cara kita melihat masa lapang. Tidak ada lagi ruang untuk kelalaian yang panjang. Hiburan yang berlebihan terasa sia-sia. Setiap detik menjadi berharga. Ibadah dan zikir yang dahulu ditangguh menjadi lebih bermakna. Doa yang dahulu jarang diucap menjadi lebih kerap meniti bibir dan hati.

Namun demikian, memikirkan hari terakhir bukan bererti hidup dalam tekanan. Ia melahirkan ketenangan yang unik. Apabila seseorang sudah bersedia untuk pergi, dia akan hidup dengan lebih jujur dan lebih ikhlas. Dia tidak terlalu terikat dengan pujian manusia. Dia tidak terlalu takut kehilangan dunia. Hatinya lebih bebas kerana matlamatnya jelas.

Perbezaan antara minda dunia dan minda akhirat sangat ketara dalam bab ini. Minda dunia menolak fikiran tentang kematian kerana dianggap negatif malah mereka akan menukar topik atau langsung tak mahu membincangkannya. Minda akhirat pula menjadikan topik kematian ini sebagai cermin untuk memperbaiki diri. Minda dunia menangguhkan taubat. Minda akhirat menyegerakan perubahan seumpama dirinya akan mati sebentar lagi.

Jika hari ini hari terakhir, soalan paling penting bukan berapa banyak yang kita miliki tetapi dalam keadaan apa kita akan bertemu Allah SWT. Adakah kita datang dengan hati yang bersih tenang dan sejahtera, amal yang diusahakan dengan niat yang diluruskan? Atau kita datang dengan penyesalan demi penyesalan yang belum sempat ditebus?

Seorang yang benar-benar menghayati hakikat ini tidak menunggu hari terakhir untuk berubah. Dia menjadikan setiap hari sebagai peluang terakhir untuk memperbaiki diri. Dengan kesedaran itu, hidupnya menjadi lebih bermakna, lebih fokus dan lebih tenang. Jika hari ini bukan hari terakhir sekalipun, dia tetap bersedia dan jika benar hari ini penutupnya, dia berharap dapat kembali kepada Allah SWT dalam keadaan hati yang reda dan sejahtera.

Sekian dulu,

Ikhlas,

 

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

 

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat.

Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? 

http://groupsahamFY.wasap.my/  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampaikan di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELEBIHAN MELAWAT ORANG SAKIT

MINDA AKHIRAT KELEBIHAN MELAWAT ORANG SAKIT Melawat orang sakit dalam Islam bukan sekadar adat kemanusiaan, bahkan ia adalah ibadah yang...