Bab 38
Penutup
Susunan Yang
Membawa Pulang
Hidup ini pada zahirnya kelihatan
seperti perjalanan mengejar sesuatu. Sejak kecil kita diajar untuk belajar
bersungguh-sungguh, bekerja kuat dan mencapai kejayaan. Kita membesar dengan
ukuran yang jelas - keputusan peperiksaan, jawatan, pendapatan dan pencapaian.
Tanpa sedar, ukuran-ukuran itu membentuk cara kita menilai diri sendiri.
Namun semakin jauh melangkah,
semakin ramai yang merasakan sesuatu yang sukar dijelaskan. Ada kejayaan,
tetapi tidak sepenuhnya tenang. Ada pencapaian, tetapi masih terasa kosong. Ada
agama, tetapi tidak benar-benar menjadi paksi diri.
Di sinilah hakikat yang sering
terlepas pandang - masalahnya bukan pada dunia, tetapi pada susunan jigzaw
puzzle yang salah dan bercelaru.
Dunia bukan musuh. Dunia adalah
medan. Ia tempat kita berusaha, membina dan memberi manfaat. Namun apabila
dunia diletakkan di atas, ia mula menguasai hati. Kita menjadi terlalu takut
kehilangan. Terlalu risau ketinggalan. Terlalu sensitif terhadap pandangan
manusia.
Apabila tauhid kembali menjadi
paksi, susunan itu berubah. Dunia masih diusahakan, tetapi tidak lagi menjadi
penentu nilai diri. Harta masih dicari, tetapi tidak lagi menjadi identiti.
Kerjaya masih diperkukuhkan, tetapi tidak lagi menjadi sumber harga diri.
Hati menjadi lebih stabil kerana
sandarannya bukan lagi manusia, tetapi kepada Allah SWT. Tuhan yang Maha Esa.
Perjalanan menyusun semula ini bukan
sesuatu yang berlaku dalam sehari. Ia memerlukan muhasabah yang jujur. Ia
memerlukan keberanian untuk mengakui bahawa selama ini mungkin kita terlalu
memberi kuasa kepada dunia. Ia memerlukan kesabaran untuk membina semula cara
berfikir dan membuat keputusan.
Ada waktu kita akan tergelincir
kembali. Ada waktu dunia terasa terlalu kuat tarikannya. Namun selagi kita
sedar arah yang sebenar, kita masih berada dalam jalan yang benar.
Minda Akhirat bukan
kesempurnaan. Ia kesedaran.
Kesedaran bahawa setiap hari kita
sedang menuju satu pertemuan. Kesedaran bahawa setiap pilihan meninggalkan
kesan. Kesedaran bahawa dunia ini bukan tempat terakhir, tetapi tempat
persediaan.
Apabila kesedaran itu hidup,
kehidupan menjadi lebih seimbang. Kita tidak lagi terlalu sombong ketika
berjaya dan tidak terlalu hancur ketika gagal. Kita tidak terlalu bergantung
kepada pujian dan tidak terlalu takut kepada kritikan. Kita bekerja, tetapi
tidak diperhambakan. Kita memiliki, tetapi tidak dimiliki.
Dunia di tangan. Akhirat di hati.
Itulah susunan yang benar.
Akhirnya yang akan menentukan bukan
berapa tinggi kita pernah naik tetapi bagaimana kita berdiri ketika dipanggil
pulang. Bukan berapa banyak yang pernah kita kumpulkan, tetapi apa yang kita
bawa menghadap Allah SWT.
Jika pengisian ini meninggalkan satu
kesan, biarlah ia menjadi soalan yang sentiasa berlegar dalam hati: Apakah yang
sedang menjadi paksi hidupku hari ini?
Ini kerana apabila paksi itu betul,
perjalanan akan lebih terarah dan apabila perjalanan terarah, hati akan lebih
tenang menunggu saat kembali.
Semoga Allah SWT menerima segala
usaha yang kecil ini dan menjadikannya asbab kebaikan yang berpanjangan. Amiinn
Ya Rabbal Alamin.
Wallahualam.
Ikhlas,
Faizal Yusup Al Haj
0166667430Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
Haji Faizal Yusup @ FY Al Hajwww.faizalyusup.netBBA Finance University Of Nebraska Lincoln0166667430DIIA UITM Shah AlamTop Performing RemisierKenanga Investment Bank BerhadMantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera MalaysiaPemenang 7 Anugerah Bursa MalaysiaPenulis 12 buah bukuBuku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.Bekas Speaker Bertauliah InvestSmartSuruhanjaya SekuritiBlog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa MalaysiaSeminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FYWhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -Ikuti FY di Youtube Ikuti FY di Facebook
#mindaakhirat#faizalyusup
0166667430
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
No comments:
Post a Comment