MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI
BAHAGIAN 4
Bab 19
Mengurus Masa
Sebagai Amanah
Antara kurniaan terbesar Allah SWT kepada manusia ialah masa. Harta boleh bertambah. Tenaga boleh dipulihkan. Namun masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Setiap detik yang pergi membawa sebahagian daripada umur kita bersamanya. Masa hidup di dunia ini sebagai umat Nabi Muhammad SAW pendek sahaja. Purata sekitar 60-70 tahun atau sekitar 25000 hari sahaja. Setiap hari yang berlalu akan mengurangkan masa kita hidup di dunia.
Ramai orang bercakap tentang
pengurusan masa tetapi sedikit yang melihat masa sebagai amanah akhirat.
Apabila masa dilihat sekadar sumber produktiviti, fokusnya ialah kecekapan dan kepantasan itu menyiapkan sesuatu. Namun apabila masa dilihat sebagai amanah, fokusnya ialah kebertanggungjawaban.
Minda Dunia melihat masa sebagai
peluang untuk mencapai lebih banyak itu ini untuk kepentingan diri. Minda Akhirat pula melihat masa sebagai peluang untuk mengumpul lebih banyak saham akhirat. Kedua-duanya
mungkin kelihatan serupa pada zahir tetapi niat dan arah membezakan hasilnya.
Masa tidur, masa bekerja, masa
bersama keluarga dan masa bersendirian semuanya akan ditanya. Akan dihisab. Bukan semata-mata
berapa lama tetapi bagaimana digunakan. Tidur menjadi ibadah apabila diniatkan
untuk memulihkan tenaga agar mampu beramal. Kerja menjadi ibadah apabila
dilakukan dengan amanah dan integriti dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.
Ramai yang merasa tidak cukup masa.
Hakikatnya, sering kali yang kurang bukan masa tetapi susunan keutamaan.
Apabila dunia menjadi paksi, masa banyak dihabiskan untuk perkara yang
menaikkan imej dan status. Apabila akhirat menjadi arah, masa lebih
berhati-hati diagihkan.
Minda Akhirat melatih
disiplin dalam perkara kecil. Datang tepat waktu. Menyiapkan tugas dengan baik
pada percubaan pertama. Mengelakkan pembaziran masa menunggu tanpa sebab.
Mengurangkan pengunaan masa terhadap perkara yang tidak memberi nilai. Contohnya Mandi,
buang air dan bersiap yang mengambil masa terlalu lama. Mencapai sesuatu matlamat mengambil masa yang begitu lama.
Bukan kerana terlalu obses dengan
produktiviti tetapi kerana sedar setiap saat adalah sebahagian daripada umur
yang akan dipersoalkan. Kemudian ada pula yang terlalu obses dengan gajet, dengan hiburan, dengan online game, dengan kenderaan, dengan kekasih dan sebagainya sedangkan ia bersifat makruh malah menuju ke haram. Namun inilah fokus generasi kini. Hakikatnya ada penyakit di hati mereka yang mereka sendiri tak sedari.
Nabi Muhammad SAW menunjukkan
keseimbangan dalam mengurus masa. Ada waktu untuk ibadah kepada Allah SWT. Ada
waktu untuk keluarga. Ada waktu untuk urusan masyarakat. Tiada masa yang
dibiarkan kosong tanpa tujuan. Allah SWT pula suka kepada hambaNya yang melakukan pekerjaan dalam rangkuman yang wajib dan sunat.
Mengurus masa dengan Minda
Akhirat bukan bermaksud hidup dalam tekanan. Ia bermaksud hidup dalam
kesedaran. Rehat tetap perlu. Santai tetap perlu. Namun semuanya dalam kerangka
yang seimbang.
Apabila masa dihargai sebagai
amanah, hidup menjadi lebih teratur. Keutamaan menjadi lebih jelas. Perkara
yang sia-sia semakin berkurang. Kita akan menjadi insan yang membawa manfaat bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain dan juga kepada agama.
Ini kerana masa bukan sekadar dibiarkan berlalu begitu sahaja. Dalam zon minda akhirat, setiap saat berlalu dalam sedar kerana kita menukarkan masa tersebut dengan sesuatu yang bermanfaat dan disukai Allah SWT.
Ia sedang membentuk jawapan kita di
hadapan Allah SWT. Fikir-fikirkanlah.
Ikhlas,
Haji
Faizal Yusup
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian
dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya
sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan
membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak
percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua
pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji
Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA
Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA
UITM Shah Alam
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/
atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian
saham disampai di sana setiap hari!
Berikut
adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan