Thursday, February 26, 2026

Bab 37 -Jika Suatu Hari Nanti

Bab 37

Jika Suatu Hari Nanti

Jika suatu hari nanti pengisian atau buku ini sampai ke penghujung hayat saya, saya tidak tahu sejauh mana ia telah pergi. Saya tidak tahu berapa ramai yang membacanya. Saya tidak tahu berapa ramai yang berubah kerananya. Itu tak penting.

Apa yang saya tahu, saya telah cuba menyampaikannya sebaik mungkin Lillahitaala.

Saya pernah hidup dengan Minda Dunia. Saya pernah mengejar, membanding dan membuktikan. Saya pernah merasa puas seketika, kemudian kosong kembali. Saya pernah menyusun hidup dengan meletakkan dunia di atas dan akhirat di bawah namun Alhamdulillah pada umur 36 tahun, Allah SWT memberi saya peluang untuk melihat susunan itu dengan hati yang lapang dan dada yang terbuka. Bukan lagi dengan mata kasar dan mata akal tetapi dengan mata hati. Semasa pengisian ini ditulis saya telahpun berumur 56 tahun.

Ia bukan kerana saya lebih baik. Ia bukan kerana saya lebih alim. Mungkin ia taufiq dan hidayah yang Allah SWT kurniakan tapi saya tak layak mendakwa apa-apa.

Sejak itu saya faham, hidup bukan tentang siapa paling cepat. Bukan tentang siapa paling tinggi. Bukan tentang siapa paling dikenali.

Hidup ialah tentang siapa yang paling benar susunan keutamaan prinsip dan nilai pegangan dirinya.

Kita semua akan kembali. Semua kita pasti mati. Gelaran akan ditinggalkan. Jawatan akan dilepaskan. Keluarga akan meratapi. Harta akan diwariskan. Rumah akan dihuni orang lain. Nama mungkin diingati atau mungkin dilupakan.

Namun susunan pegangan hidup kita akan menentukan bagaimana kita berdiri di hadapan Allah SWT.

Jika dunia berada di atas, kita akan sibuk mempertahankan alasan. Jika tauhid yang berada di atas, kita akan berdiri dengan lebih tenang.

Saya tidak menulis untuk mencipta pengikut. Saya tidak menulis untuk membina jenama. Saya tidak menulis untuk menjadi tokoh.

Saya menulis kerana saya melihat kekeliruan yang sama pernah ada dalam diri saya.

Oleh yang demikian, saya percaya, jika saya seorang Melayu Muslim yang lahir dalam sistem biasa yang sama seperti anda boleh menyusun semula hidup, InsyaAllah orang lain juga boleh.

Perjalanan ini bukan sehari. Ia bukan sebulan. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun. Ia memerlukan kesabaran. Ia memerlukan istiqamah. Ia memerlukan doa yang tidak putus.

Namun satu perkara pasti – Taufik, petunjuk dan hidayah adalah hakmilik Allah SWT.

Tugas kita bukan memaksa orang berubah. Tugas kita hanyalah untuk menyampaikan yang benar dengan sabar tak kiralah berapa lama masa yang diambil.

Jika pengisian ini membuat seseorang berhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya paksi hidup aku?” maka ia sudah memadai.

Jika pengisian ini membuat seorang ayah menyusun semula keutamaannya, seorang ibu memperkukuhkan tauhid di rumahnya, seorang profesional menolak rasuah, seorang anak muda berani menjaga prinsip - itu sudah dikira bonus..

Minda Akhirat bukan slogan. Ia pilihan harian.

Pilihan ketika melihat. Pilihan ketika mendengar. Pilihan ketika bercakap. ilihan ketika memperoleh dan membelanjakan. Pilihan ketika diuji.

Namun demikian, pada akhirnya, hidup ini bukan tentang siapa yang paling berjaya di mata manusia.

Hidup ini tentang siapa yang kembali dengan hati yang tenang dan sejahtera di hadapan Allah SWT.

Jika suatu hari nanti saya ditanya tentang usaha ini, saya hanya berharap dapat menjawab:

“Saya telah cuba menyampaikannya dengan sebaik mungkin.”

Bukan dunia yang salah.

Susunan keutamaan pegangan kita yang salah.

Oleh yang demikian, jika kita berani menyusunnya semula, insyaAllah hidup akan jadi lebih tenang, lebih bersih dan lebih terarah menuju Allah SWT.

Ikhlas,

Faizal Yusup Al Haj

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

No comments:

Post a Comment

Bab 1 - Diagnosis Sebenar

Bab 1 Diagnosis Sebenar Orang Melayu Islam hari ini bukan tidak solat. Bukan tidak percaya kepada hari akhirat. Bukan juga tidak cinta k...