Khamis, 26 Februari 2026

Bab 17 - Pegangan Keempat - Hisab Sebagai Kesedaran

MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bab 17

Pegangan Keempat

Hisab Sebagai Kesedaran


Tauhid memberi paksi. Sunnah dijadikan model. Hukum memberi pagar. Namun ada satu elemen yang menjadikan semua itu hidup dalam jiwa - kesedaran bahawa setiap perbuatan besar atau kecil akan dihisab. Inilah pegangan keempat yang mesti ada dalam diri seorang yang berminda akhirat.

Hisab bukan sekadar konsep akhirat yang jauh. Ia kesedaran bahawa setiap keputusan hari ini mempunyai kesan di hadapan Allah SWT. Setiap ringgit yang diperoleh. Setiap kata yang diucapkan. Setiap amanah yang dipegang. Semuanya tidak terlepas daripada penilaian walau sebesar zarah sekalipun. Allah SWT mengetahui setiap sesuatu termasuklah apa yang disembunyikan di dalam hati.

Apabila kesedaran hisab lemah, manusia mudah cuai. Dia tahu hukum tetapi menangguh. Dia faham prinsip tetapi memberi alasan. Ini kerana tiada rasa yang mengugat dalam hatinya bahawa setiap perkara akan dipertanggungjawabkan.

Namun apabila hisab menjadi sedar dalam jiwa, keputusan menjadi lebih berhati-hati. Seseorang tidak hanya bertanya “apa untungnya” tetapi juga “apa jawapan yang akan diberikan bila berhadapan Allah SWT di akhirat nanti?”

Kesedaran hisab menukar cara melihat kejayaan. Kejayaan bukan lagi sekadar pencapaian dunia tetapi kejayaan menjawab di akhirat. Seseorang mungkin kaya tetapi jika sumbernya meragukan, beban hisabnya berat. Seseorang mungkin sederhana tetapi jika bersih dan amanah, hisabnya ringan.

Hisab juga menenangkan ketika diuji. Apabila dizalimi, dia tidak terlalu marah kerana tahu ada pengadilan yang lebih adil di akhirat kelak. Apabila terlepas peluang yang meragukan, dia tidak terlalu kecewa kerana tahu mengelak dosa juga akan dinilai.

Minda Dunia cenderung melihat kehidupan sebagai perlumbaan jangka pendek. Apa yang penting ialah hasil sekarang. Apa yang kelihatan dengan mata kasar. Keuntungan dunia yang bakal diperolehi. Minda Akhirat melihat kehidupan sebagai perjalanan menuju hari pembentangan amal. Minda Dunia yang terjumpa duit RM 100 akan rasa teruja terus mengambil dan membelanjakannya dan merasakan ia seakan rezeki terpijak sedangkan Minda Akhirat akan cuba sedaya upaya untuk mencari siapakah empunya duit tersebut untuk dipulangkan kerana mereka tahu ia bukan hakmiliknya.

Kesedaran hisab membentuk integriti walaupun tiada manusia melihat. Dia jujur bukan kerana takut ditangkap tetapi kerana sedar tidak ada yang dapat disembunyikan daripada pengetahuan Allah SWT. Dia menolak rasuah bukan kerana takut kepada audit tetapi kerana takut dihisab di akhirat kelak. Selain itu dia juga sedar yang setiap apa perbuatannya akan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa berada di kiri kanan bahunya.

Nabi Muhammad SAW sering mengingatkan tentang hari perhitungan. Bukan untuk menakutkan semata-mata tetapi untuk menyedarkan. Kesedaran itu membentuk generasi sahabat yang sangat berhati-hati dalam amanah.

Hisab juga melahirkan keseimbangan. Seseorang tidak menjadi terlalu sombong ketika berjaya kerana tahu kejayaan itu akan ditanya. Dia tidak menjadi terlalu putus asa ketika gagal kerana tahu usaha juga dinilai.

Apabila hisab menjadi kesedaran yang hidup, kehidupan menjadi lebih bermakna. Setiap tindakan mempunyai nilai. Setiap pilihan mempunyai implikasi. Tiada perkara yang benar-benar sia-sia. Dia akan menjaga tasauf. Menjaga hati, pemikiran, utur kata, perbuatan atau apa sahaja agar sentiasa berada dalam landasan yang betul.

Minda Akhirat berdiri di atas kesedaran ini. Dunia bukan tempat untuk sekadar menikmati. Dunia adalah tempat untuk mempersiapkan jawapan di hadapan Allah SWT kelak.

Oleh yang demikian, apabila seseorang sentiasa sedar bahawa dia akan kembali kepada Allah SWT, susunan hidupnya menjadi lebih berhati-hati, lebih jujur dan lebih terarah.

Ini kerana akhirnya, dunia dan segala isinya akan ditinggalkan.

Amal ibadah sahaja yang akan dibawa namun itu juga hakikatnya belum menjanjikan syurga. Fikir-fikirkanlah.

Jom berminda akhirat!

Sekian dulu,

Jom kita sambung perbincangan dalam bab selepas ini. Banyak lagi yang akan dikongsikan...

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI - MELIHAT KEHIDUPAN DENGAN CAHAYA ILMU

MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI Melihat Kehidupan dengan Cahaya Ilmu MUKADDIMAH ANDA MELAYU, BARAT, ISLAM? Sebagai seorang yang lahir berbangs...