MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI
Bab 3
Simptom Ketiga
Hakikat Yang
Lebih Dalam - Sistem Pendidikan Kerangka Barat
Sistem pendidikan di negara ini memainkan peranan besar dalam membentuk cara fikir. Pendidikan formal yang kita warisi banyak dipelopori oleh kerangka Barat moden yang dibawa penjajah dahulu. Dulu semasa di sekolah rendah saya ke sekolah memakai seluar pendek tanpa menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan. Kita belajar Sains, Matematik, Geografi , Sejarah dan lain-lain yang semuanya fokus kepada keduniaan. Kombinasi dengan ilmu akhirat terpisah sedangkan semua itu hakikatnya berada dalam rangkuman akhirat.
Penekanannya jelas - pencapaian akademik,
produktiviti, persaingan dan mobiliti sosial. Ukuran kejayaan menjadi angka,
gred dan kelayakan. Ia memisahkan pengisian dunia dengan pengisian ugama. Umpama air dan minyak yang terpisah. Kalau adapun pengisian ugama begitu minima.
Benar kerangka ini melahirkan kemajuan dan kemahiran. Namun ia jarang menyentuh soal susunan
nilai hidup secara menyeluruh. Pelajar dilatih menjadi kompeten tetapi tidak
selalu dilatih memahami untuk apa kompetensi itu digunakan. Soal untuk menyediakan diri kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ini tiada dalam mana-mana silibus di sekolah.
Pada saya kerangka pendidikan Barat ini perlu diperbaiki dengan memasukkan kurikulum minda akhirat yang membuka minda dan rohani dengan matlamat menjadi kita Khalifah di muka bumi Allah SWT yang memakmurkan bumi dan bukan merosakkannya. Membina insan yang bertakwa, yang berminda akhirat yang akhirnya membawa keberkatan dan kejayaan kepada diri, institusi keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Seterusnya ketika ini pendidikan di
rumah pula banyak dipengaruhi oleh budaya Melayu. Nilai hormat orang tua,
menjaga maruah keluarga dan adat setempat diajar sejak kecil. Budaya ini
membentuk identiti dan adab tetapi kadangkala tidak disusun dengan jelas
bersama kerangka tauhid yang mendalam.
Di satu sisi, anak belajar bersaing dan mengejar pencapaian. Di sisi lain, dia belajar menjaga imej dan kedudukan keluarga. Bak kata pujangga Melayu, biar papa asal bergaya.
Dalam masa yang sama, dia juga menerima pengisian Islam melalui
sekolah agama, kuliah dan ceramah.
Masalahnya bukan pada mana-mana satu
komponen. Masalahnya ialah percampuran, pertindihan, kekeliruan tanpa susunan
dan struktur.
Nilai Barat menekankan pencapaian
dan individualisme. Budaya Melayu menekankan kehormatan dan kedudukan sosial.
Pengisian Islam pula menekankan tauhid, hukum dan akhirat. Ketiga-tiganya masuk
ke dalam diri tanpa kerangka yang menyusun mana yang menjadi paksi.
Akibatnya, lahirlah kekeliruan yang sukar
dimengertikan.
Apabila berjaya dalam akademik, ia
diraikan sebagai kejayaan utama. Apabila gagal menjaga imej, ia dianggap
memalukan. Apabila bercakap tentang akhirat, ia dirasakan penting tetapi tidak
selalu menjadi penentu keputusan dalam kehidupan.
Anak-anak membesar dengan mesej yang
bercampur. Mereka diajar untuk menjadi yang terbaik dalam peperiksaan, menjaga
nama baik keluarga dan pada masa yang sama cuba mengutamakan akhirat. Namun jarang
sekali mereka dibimbing tentang bagaimana menyusun semua itu dalam satu
kerangka yang jelas.
Inilah punca kegelisahan generasi
hari ini.
Mereka bukan tidak mahu menjadi
baik. Mereka cuma keliru tentang apa yang paling utama. Dalam tekanan untuk
berjaya secara dunia, mereka cuba menyesuaikan agama agar tidak mengganggu
laluan. Dalam tekanan budaya, mereka cuba mengekalkan imej walaupun hati penat.
Apabila pendidikan sekolah
berteraskan pencapaian, pendidikan rumah berteraskan budaya dan pengisian Islam
hadir tanpa penyusunan tanpa struktur yang jelas, identiti menjadi bercampur. Keputusan dibuat
berdasarkan gabungan tekanan, bukan berdasarkan paksi tauhid yang tersusun.
Minda Akhirat bukan
menolak kemajuan Barat. Bukan menolak adat Melayu. Bukan menolak pendidikan
formal. Minda Akhirat menyusun semuanya berpaksikan garispanduan Islam.
Tauhid menjadi paksi. Nabi SAW menjadi ikutan. Hukum menjadi
pagar. Akhirat menjadi arah. Dunia menjadi alat.
Apabila susunan ini jelas,
kekeliruan berkurang. Pendidikan menjadi alat membina ummah, bukan sekadar
membina kerjaya. Budaya menjadi pelindung adab, bukan sumber tekanan status.
Agama menjadi pemimpin keputusan, bukan sekadar pelengkap identiti.
Hakikat yang lebih dalam ini perlu
difahami dengan jujur. Ini kerana selagi kita tidak menyedari bagaimana sistem
membentuk cara fikir, kita akan terus menyalahkan itu ini tanpa membetulkan
kerangkanya.
Oleh yang demikian, selagi susunan
tidak diperbetulkan, kitaran yang sama akan berulang. Harapan saya semoga perkongsian-perkongsian dalam blog ini bakal menjadi asbab membetulkan semua susunan yang bercelaru itu. InsyaAllah.
Ikhlas,
Haji
Faizal Yusup
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian
dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya
sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan
membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak
percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua
pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji
Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/
atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian
saham disampai di sana setiap hari!
Berikut
adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan