MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI
Bab 20
Mengurus Tenaga
Sebagai Kurniaan
Tenaga bukan hanya fizikal. Ia
merangkumi tenaga emosi, tenaga mental dan tenaga rohani. Ada orang mempunyai
masa tetapi keletihan emosi membuatkan dia tidak mampu fokus. Ada yang kuat
fizikalnya tetapi lemah rohaninya sehingga mudah putus asa.
Minda Dunia sering menggunakan tenaga untuk mengejar sebanyak mungkin pencapaian. Selagi mampu bekerja, selagi itu diperah sepenuhnya. Rehat dianggap kelemahan. Perlahan dianggap ketinggalan. Malah ada yang menganggap solat sebagai sesuatu yang membuang masa.
Namun Minda Akhirat melihat
tenaga sebagai kurniaan yang perlu dijaga, bukan diperah tanpa batas.
Tubuh mempunyai hak. Nabi Muhammad
SAW mengingatkan bahawa jasad mempunyai hak untuk berehat. Ibadah yang
berlebihan sehingga memudaratkan tubuh juga tidak dituntut. Keseimbangan
menjadi prinsip.
Mengurus tenaga bermaksud tahu bila
perlu bekerja keras dan bila perlu berhenti. Ia bermaksud menjaga kesihatan
supaya mampu beribadah dalam jangka panjang. Ia bermaksud mengelakkan emosi
yang melesukan kekuatan dalaman.
Tenaga emosi sering habis bukan
kerana kerja berat tetapi kerana perbandingan, kemarahan, cemburu, dengki, stress dan
tekanan status. Hati yang sentiasa cemburu, geram, kecewa dan gelisah akan cepat letih. Dalam hal ini apabila tauhid menjadi paksi, tenaga emosi lebih terkawal kerana hati lebih tenteram.
Tenaga mental pula perlu diisi
dengan ilmu dan disiplin berfikir. Fikiran yang bercelaru akan melemahkan
keputusan. Minda Akhirat melatih fokus kepada perkara yang memberi
nilai, bukan kepada gosip dan isu remeh.
Tenaga rohani adalah yang paling
penting. Zikrullah, solat dan tadabbur memberi kekuatan yang tidak terlihat dengan
mata kasar tetapi sangat nyata. Tanpa kekuatan rohani, tenaga fizikal dan mental
mudah runtuh ketika diuji.
Ramai orang berjaya pada usia muda
tetapi keletihan pada usia pertengahan kerana tenaga digunakan tanpa susunan.
Mereka bekerja tanpa menjaga kesihatan. Mereka berusaha tanpa menjaga hati. Ini boleh menyebabkan mereka tua sebelum masanya. Dalam hal ini kita boleh jumpa orang umurnya masih muda tetapi sudah kelihatan tua, lemah dan punya banyak masalah kesihatan. Sedangkan mereka yang berminda akhirat vitalnya nampak lebih baik kalau dibandingkan dengan rakan sebayanya. Mereka masih aktif, masih cergas dan cerdas, masih bersukan, masih berbakti walaupun umur mereka sudah banyak.
Minda Akhirat melihat
kehidupan sebagai perjalanan panjang menuju Allah SWT. Maka tenaga dan tubuh badan perlu diurus
untuk jangka panjang, bukan untuk pecutan sementara.
Bekerja bersungguh-sungguh itu baik.
Namun bekerja tanpa menjaga kesihatan dan keluarga bukan keseimbangan. Berehat
itu perlu. Namun berehat tanpa tujuan juga pembaziran.
Apabila tenaga diurus dengan baik,
masa dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan. Apabila tenaga dijaga kerana
Allah SWT, setiap usaha menjadi lebih berkualiti.
Ini kerana kurniaan tenaga juga akan ditanya.
Oleh yang demikian, orang yang bijak
bukan yang paling kuat bekerja tetapi yang paling bijak menggunakan kekuatannya
untuk perkara yang bernilai di sisi Allah SWT.
Sekian dulu,
Jom kita sambung dalam bab yang akan datang…
Sampaikanlah apa yang anda baca ini andai ia bawa manfaat kepada anda. Pay it forward.
Ikhlas,
Haji
Faizal Yusup
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian
dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya
sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan
membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak
percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua
pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji
Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA
Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA
UITM Shah Alam
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/
atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian
saham disampai di sana setiap hari!
Berikut
adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan