Khamis, 26 Februari 2026

Bab 2 - Simptom Kedua - Susunan Nilai dan Prinsip Yang Salah dan Bercelaru



MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bab 2

Simptom kedua

Susunan Nilai dan Prinsip Yang Salah dan Bercelaru

Setiap kehidupan dibentuk oleh satu susunan. Apa yang diletakkan di atas akan menentukan apa yang berada di bawah di kira atas di kanan. Ia mesti diletakkan di tempat yang betul. Apa yang dijadikan paksi akan menentukan apa yang berputar di sekelilingnya. Jika susunannya betul, kehidupan akan stabil. Jika susunannya terbalik, walaupun kelihatan berjaya, dalaman akan tetap goyah.

Analoginya seumpama menyusun jigzaw puzzle dalam diri. Bagaimanakah kita akan kenal diri kita sendiri apatah lagi mengenal Allah SWT andai kepingan-kepingan jigzaw puzzle itu berterabur tidak tersusun dalam diri kita sendiri. Bagaimana pula sekiranya kepingan itu tak mencukupi? Tak lengkap?

Seba itulah ada yang mengikut prinsip Barat yang nak "retire rich retire young", ada pula yang dalam hal ini yang berserah sahaja kepada nasib dengan pegangan "rezeki secupak takkan jadi segantang" mengikut budaya Melayu. Sedangkan dalam aspek ini prinsip Islam adalah "berusahalah kamu seakan-akan kamu hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seakan kamu akan mati esok hari..." Bukankah ketiga-tiga prinsip yang masuk ke dalam diri kita seorang Melayu Islam ini membuatkan kita keliru? Hingga tak tahu mana nak pilih atau kita langsung memilih pilihan prisip yang salah untuk dimasukkan ke dalam diri?

Bagi yang faham dan sedar maka pastinya dia akan memilih prinsip Islam kerana ia akan menyelamatkan dirinya di dunia dan di akhirat nanti. Seorang yang berminda akhirat akan memegang prinsip tauhid kepada keesaan Allah SWT menentukan nilai. Sunnah Nabi SAW dijadikan ikutan, Hukum menentukan sempadan. Akhirat menentukan arah. Dunia menjadi alat. Inilah susunan yang perlu ada dalam diri kita.

Namun yang sering berlaku hari ini ialah susunan kepingan jigzaw puzzle pegangan nilai dan prinsip dalam diri itu berterabur.

Dunia menentukan arah. Status menentukan nilai. Tekanan sosial menentukan keputusan. Agama disesuaikan selepas itu.

Perubahan ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia berlaku perlahan-lahan melalui budaya, pendidikan dan persekitaran. Kita membesar dalam suasana yang mengangkat pencapaian dunia sebagai ukuran utama. Kejayaan akademik diraikan secara besar-besaran. Kenaikan pangkat menjadi simbol kebanggaan keluarga. Rumah dan kenderaan menjadi lambang kemajuan.

Inilah pengisian yang kita lihat saban hari di media sosial malah dimana sahaja sejak kita kecil. Pendidikan di sekolah dan universiti yang dibawa penjajah tidak membantu. Lama kelamaan ia menjadi kepercayaan diri.

Apabila ia menjadi paksi, sesuatu yang lebih besar telah telah terlepas pandang.

Apabila dunia menentukan arah, keputusan hidup akan sentiasa berpaksikan keuntungan, peluang dan kedudukan. Soalan pertama yang muncul bukan lagi “adakah ini diredhai Allah SWT?” tetapi “adakah ini menguntungkan?” atau “apa orang akan fikir?”

Apabila status menentukan nilai, manusia mudah terperangkap dalam perbandingan. Nilai diri naik apabila dipuji, turun apabila diabaikan. Penghormatan manusia menjadi bahan bakar keyakinan. Tanpa pengiktirafan, hati merasa kosong.

Apabila tekanan sosial menentukan keputusan, prinsip menjadi longgar. Seseorang mungkin tahu sesuatu itu tidak sesuai tetapi tetap melakukannya kerana tidak mahu dilihat ketinggalan. Dalam keadaan ini, agama tidak lagi memimpin tetapi mengikut.

Agama hadir selepas keputusan dibuat. Ia dijadikan justifikasi, bukan panduan.

Susunan yang salah ini melahirkan kegelisahan yang berpanjangan. Dunia sentiasa berubah. Status sentiasa terancam. Tekanan sosial sentiasa meningkat. Jika semua itu menjadi pusat, hati akan sentiasa tidak stabil.

Sebaliknya, apabila tauhid menjadi paksi, nilai diri tidak bergantung kepada dunia. Hukum menjadi pagar yang jelas, bukan garis yang boleh dipadam dan dilukis semula. Akhirat menjadi arah yang memberi perspektif jangka panjang. Dunia tetap diusahakan tetapi sebagai alat, bukan tujuan.

Inilah perbezaan yang halus tetapi menentukan segalanya.

Susunan yang salah tidak selalu kelihatan salah pada pandangan luar. Seseorang boleh kelihatan berjaya, dihormati dan stabil. Namun dalam diam, dia mungkin bergelut dengan tekanan yang tidak pernah reda.

Apabila susunan diperbetulkan, perubahan pertama bukan pada luaran tetapi pada dalaman. Hati menjadi lebih tenang. Keputusan menjadi lebih jelas. Tekanan menjadi lebih terkawal.

Kita tidak perlu membuang dunia. Kita hanya perlu meletakkannya di tempat yang betul. Teruskan membaca kerana dalam bab-bab yang seterusnya kita akan membincangkannya secara kritis dan InsyaAllah meghuraikan cara menyusun semua jigzaw puzzle ini. InsyaAllah.

Kalau anda dapati blog ini bermanfaat kongsikanlah yer. Semoga ia membawa manfaat buat semua. 

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI - MELIHAT KEHIDUPAN DENGAN CAHAYA ILMU

MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI Melihat Kehidupan dengan Cahaya Ilmu MUKADDIMAH ANDA MELAYU, BARAT, ISLAM? Sebagai seorang yang lahir berbangs...