Khamis, 26 Februari 2026

BAHAGIAN 5 - Bab 35 - Misi Minda Akhirat

MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

BAHAGIAN 5

Bab 35

Di Sini Letaknya Misi Minda Akhirat


Minda Akhirat bukan gerakan untuk menjadikan manusia miskin. Ia bukan ajakan untuk mematikan cita-cita. Ia bukan seruan untuk menjauhkan kemajuan. Ia bukan anti-dunia.

Minda Akhirat tak lain hanyalah adalah sekadar usaha membetulkan susunan dan keutamaan dalam diri seorang Melayu Islam.

Dunia tidak perlu dibuang. Dunia perlu diletakkan di tempatnya.

Hari ini ramai Melayu Islam keliru dengan nilai pegangan diri. Pendidikan di sekolah membawa kerangka Barat yang menekankan pencapaian dan persaingan. Pendidikan di rumah membawa budaya Melayu yang menekankan maruah dan kedudukan. Pengisian agama pula hadir sebagai lapisan rohani.

Semua ini bercampur tanpa susunan yang jelas.

Akibatnya, lahirlah generasi yang rajin tetapi gelisah. Berjaya tetapi kosong. Beragama tetapi tidak tersusun. Mereka mahu dunia dan akhirat tetapi tidak tahu mana yang harus menjadi paksi.

Gerakan Minda Akhirat ini hadir untuk menyusun kekeliruan ini.

Tauhid sebagai paksi. 

Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai model. 

Hukum sebagai pagar. 

Hisab sebagai kesedaran. 

Dunia sebagai ladang sepertimana yang telah dihuraikan dalam topik yang mendalam sebelum ini.

Apabila susunan ini jelas difahami, dihayati dan diamalkan maka budaya Melayu boleh kekal dengan adabnya. Kemajuan Barat boleh dimanfaatkan dengan ilmunya. Dunia boleh diusahakan dengan strateginya. Namun semuanya tunduk kepada tauhid kepada Ilahi.

Inilah pembaharuan nilai yang sebenar.

Ini bukan revolusi politik. Bukan slogan kosong. Akan tetapi ia revolusi dalaman. Revolusi dalam diri yang bakal membentuk luaran diri yang penuh integriti.

Misi Minda Akhirat bukan bermula di pentas besar. Ia bermula dalam diri kita sendiri. Apabila seorang individu menyusun semula hidupnya, keluarganya akan berubah. Apabila keluarga berubah, masyarakat akan terkesan. InsyaAllah. Begitulah niatnya dengan harapan dan doa semoga Allah SWT membantu memudahkan perjalanan gerakan ini.

Minda Akhirat juga bukan sekadar pengisian dalam blog, website dan buku. Ia kerangka fikir. Ia cara melihat dunia. Ia cara membuat keputusan. Ia cara mengukur kejayaan dari perspektif yang betul. Bukan perspektif dunia tetapi perspekif akhirat.

Kami tidak menolak kemajuan. Kami mahu kemajuan yang bersih. Kami tidak menolak kekayaan. Kami mahu kekayaan yang diberkati. Kami tidak menolak kejayaan. Kami mahu kejayaan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Inilah misi.

Bukan dunia yang salah.

Susunan nilai, prinsip dan keutamaan kita yang bercelaru.

Oleh yang demikian, apabila ia diperbetulkan dan disusun semula, kekeliruan akan reda. Tekanan akan berkurang. Jiwa akan lebih stabil. InsyaAllah.

Melayu Islam tidak perlu memilih antara maju atau beriman.

Kita hanya perlu menyusun semula.

Sekali lagi ditegaskan, penyusunan keutamaan kehidupan itu bermula dari dalam diri kita sendiri. Semoga sedikit sebanyak perkongsian bisu dalam blog ini dapat memberikan pencerahan mengenai semua isu ini.

Perjuangan diteruskan. Semoga anda juga bersama-sama kami dalam perjuangan Minda Akhirat ini.


Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI - MELIHAT KEHIDUPAN DENGAN CAHAYA ILMU

MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI Melihat Kehidupan dengan Cahaya Ilmu MUKADDIMAH ANDA MELAYU, BARAT, ISLAM? Sebagai seorang yang lahir berbangs...