Bab 6
Normalisasi Dosa
Atas Pelbagai Alasan
Dosa jarang bermula dengan penolakan
yang terang-terangan terhadap agama. Ia selalunya bermula dengan alasan. Alasan
yang kecil. Alasan yang kedengaran munasabah. Alasan yang diulang-ulang
sehingga akhirnya kesalahan menjadi biasa.
Inilah yang dinamakan normalisasi
dosa.
Pada awalnya, hati terasa berat
apabila melanggar batas. Ada rasa bersalah. Ada rasa takut. Namun apabila
perkara yang sama dilakukan berulang kali, atau dilihat dilakukan oleh ramai
orang lain, sensitiviti itu semakin berkurang. Apa yang dahulu terasa salah
kini terasa biasa.
Salah satu alasan yang sering
digunakan ialah alasan zaman. “Zaman sekarang memang begini.” Seolah-olah
perubahan masa boleh mengubah hukum Allah SWT. Riba dianggap sistem biasa.
Penipuan kecil dianggap strategi perniagaan. Pergaulan bebas dianggap kebebasan.
Lama-kelamaan, hati tidak lagi tersentak, terkejut dan terasa.
Ada juga alasan keperluan. Tekanan
ekonomi dijadikan justifikasi. Kos sara hidup yang meningkat dijadikan sebab.
Keadaan mendesak dijadikan pelindung. Tidak dinafikan bahawa kehidupan moden
mempunyai cabaran yang berat, namun kesempitan tidak menghalalkan yang haram.
Dalam konteks yang lebih jelas, dewasa
ini rasuah sering dinormalisasikan melalui bahasa yang diperhaluskan. Ia
dipanggil “duit kopi”, komisyen, hadiah dan pelbagai istilah lagi. Ia juga disebut
sebagai “cara mempercepat urusan”. Ia dianggap budaya kerja yang sukar
dielakkan. Istilah diubah supaya dosa tidak terasa berat.
Padahal rasuah bukan sekadar
pertukaran wang. Ia pengkhianatan terhadap amanah. Ia merosakkan keadilan. Ia
menzalimi mereka yang tidak mampu membayar. Namun apabila ia menjadi kebiasaan,
hati pemberi mahupun penerima berhenti terkejut.
Alasan perbandingan juga sering
digunakan. “Orang lain buat lebih teruk” atau “kalau aku tak buat orang lain
akan buat.” Kesalahan sendiri diringankan dengan melihat kesalahan orang lain.
Ini menenangkan ego tetapi tidak meringankan hisab di sisi Allah SWT.
Media dan persekitaran turut
memainkan peranan. Apabila maksiat dipaparkan tanpa rasa malu, ia
perlahan-lahan diterima sebagai sebahagian daripada kehidupan. Dari rasa marah ia
bertukar menjadi neutral. Dari rasa neutral menjadi kelaziman. Dari kelaziman ia
menjadi tabiat.
Bahaya terbesar normalisasi dosa
ialah hilangnya rasa bersalah. Selagi hati masih terasa berat apabila melakukan
kesalahan, itu tanda iman masih hidup. Namun apabila dosa dilakukan tanpa
getaran jiwa, itu tanda hati sudah mula mengeras.
Nabi Muhammad SAW memberi amaran
tentang dosa kecil yang dikumpulkan sehingga membinasakan. Ia seperti
titik-titik hitam yang sedikit demi sedikit menutup hati. Tidak sekaligus
tetapi secara beransur-ansur.
Minda Dunia melihat dosa sebagai isu
teknikal yang boleh dirunding. Minda Akhirat melihat dosa sebagai
pelanggaran terhadap hubungan dengan Allah SWT. Ia bukan sekadar kesalahan
undang-undang tetapi kecederaan rohani.
Apabila dosa dinormalisasikan,
masyarakat kehilangan kompas moralnya. Garis halal dan haram menjadi kabur.
Integriti menjadi fleksibel. Prinsip boleh dibawa ke meja rundingan.
Minda Akhirat hadir
untuk memulihkan sensitiviti hati. Jika tersalah, segera kembali. Jika
terjatuh, segera bertaubat. Jangan biarkan alasan menjadi penenang yang
mematikan kesedaran.
Ini kerana dosa yang paling
berbahaya bukan yang besar dan jelas tetapi yang kecil dan dianggap biasa.
Oleh yang demikian, apabila sesuatu
yang salah terasa biasa, di situlah susunan prinsip dan nilai yang sepatutnya
dipegang utuh sudah jauh tersasar.
Ikhlas,
Haji
Faizal Yusup
0166667430
Minda
Akhirat
Hidup
Kena Cool, Hati kena Mulia...
PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian
dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya
sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan
membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak
percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua
pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;
https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link
atau
di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau
di Tik Tok, layari ;
https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1
Haji
Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA
Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA
UITM Shah Alam
Top
Performing Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Mantan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang
7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis
12 buah buku
Buku
Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih
30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya
Sekuriti
Blog
saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung
Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar
Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp
Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.
Ingin
masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/
atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian
saham disampai di sana setiap hari!
Berikut
adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk
mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
https://manrempit.blogspot.com/
Novel
paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
https://manrempit2.blogspot.com/
Kisah
anak Pak Gad bernama FY layari -
https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/
Ingin
dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
https://motivasiku.blogspot.com/
Ingin
baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti
FY di Youtube
Ikuti
FY di Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment