Khamis, 26 Februari 2026

Bab 4 - Simptom Keempat - Budaya Menunjuk Yang Merosakkan Hati

MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bab 4

Simptom Keempat

Budaya Menunjuk Yang Merosakkan Hati


Dalam dunia yang semakin terbuka dan saling terhubung dengan penciptaan media sosial, budaya menunjuk menjadi satu kelaziman. Apa juga yang dimiliki mahu dipamerkan. Apa yang dicapai mahu diumumkan. Apa yang dibuat mahu dipersembahkan. Kemana pergi dan di mana kita berada ingin diberitahu kepada khalayak. Ia berlaku secara halus dan berterusan sehingga menjadi norma masyarakat kini. Ia bukan hanya berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Media sosial menjadi pemudahcara bagi budaya menunjuk ini dan orang kita umpama lalang yang mengikuti arah angin.

Pada zahirnya, ia kelihatan seperti perkongsian biasa. Namun apabila diteliti, budaya ini perlahan-lahan membentuk cara hati bertindak dan bekerja. Cara hati menunjukkan nilai sebenar pegangan seseorang itu.

Manusia mula melakukan sesuatu bukan hanya kerana ia baik tetapi kerana ia boleh dilihat. Amal yang sepatutnya menjadi rahsia antara hamba dan Allah SWT bertukar menjadi kandungan atau content di media sosial. Kejayaan yang sepatutnya disyukuri dalam diam bertukar menjadi simbol perbandingan.

Masalahnya bukan pada berkongsi semata-mata. Kadangkala perkongsian boleh memberi inspirasi. Namun garis antara inspirasi dan pertunjukkan sangat halus. Apabila hati mula menunggu reaksi, views, likes dan share di situlah niat mula terpesong.

Budaya menunjuk membuka pintu kepada penyakit ujub. Ujub ialah rasa kagum terhadap diri sendiri. Apabila pencapaian sering dipaparkan dan dipuji, hati mula merasakan bahawa kejayaan itu hasil sepenuhnya daripada kebolehan diri sendiri. Pergantungan kepada Allah SWT semakin mengecil, rasa bangga terhadap diri sendiri pula semakin membesar.

Lebih halus daripada ujub ialah riak. Riak berlaku apabila amal dilakukan supaya dilihat dan dipuji. Ia tidak selalu jelas. Seseorang mungkin masih menyebut nama Allah SWT dalam perkongsian tetapi dalam hatinya ada keinginan untuk dihargai. Riak tidak membatalkan perbuatan secara zahir tetapi boleh mengosongkan nilainya di sisi Allah SWT.

Budaya ini juga melahirkan perbandingan yang tidak sihat. Apabila kehidupan orang lain sentiasa dipaparkan dalam versi terbaik, hati mudah merasa kurang. Apa yang ada terasa kecil. Apa yang belum dicapai terasa mendesak. Ketenangan menjadi sukar ditemui.

Lama-kelamaan, kehidupan berubah menjadi persembahan. Seseorang bukan lagi hidup untuk menjalani amanah tetapi untuk mengekalkan imej. Dia berfikir tentang bagaimana dilihat, bukan bagaimana ia dinilai di sisi Allah SWT.

Dalam suasana seperti ini, niat menjadi sangat mudah rosak.

Nabi Muhammad SAW mengingatkan bahawa perkara yang paling dibimbangi terhadap umat ialah syirik yang kecil, iaitu riak. Ia halus dan sukar dikesan. Amal yang besar boleh menjadi ringan jika dicampur dengan niat untuk dipuji.

Minda Dunia memandang pertunjukkan sebagai strategi. Minda Akhirat memandang niat sebagai asas. Dunia mengukur nilai melalui reaksi manusia. Akhirat mengukur nilai melalui keikhlasan hati. Melalui nawaitu.

Minda Akhirat tidak melarang kejayaan. Tidak melarang perkongsian. Namun ia mendidik hati supaya sentiasa diperiksa. Jika tiada siapa yang tahu, adakah kita masih mahu melakukannya? Jika tiada pujian, adakah kita masih mahu berbuat baik?

Soalan itu menjadi penapis niat.

Akhirnya, budaya menunjuk mungkin memberi kepuasan sementara tetapi ia boleh merosakkan sesuatu yang paling mahal dalam kehidupan seorang Muslim iaitu keikhlasan.

Oleh yang demikian, apabila keikhlasan terjejas, walaupun amal banyak mana sekalipun, hati tetap tidak akan tenang.

Jangan lupa share blog ini andai bermanfaat.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI - MELIHAT KEHIDUPAN DENGAN CAHAYA ILMU

MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI Melihat Kehidupan dengan Cahaya Ilmu MUKADDIMAH ANDA MELAYU, BARAT, ISLAM? Sebagai seorang yang lahir berbangs...