Wednesday, September 8, 2021

BAB 5 - SEJARAH DIRI KITA - MELAYU DI MALAYSIA

  


Nama anak saya Ammar bin Faizal bin Yusup bin Jamal bin Md Noh. Kalau ditanya, samaada dia kenal moyangnya jawapannya tidak. Walhal datuk nenek moyangnya juga pernah singgah di mukabumi ini. Nanti bila kita telah meninggalkan dunia ini, bila orang bertanya kepada cucu cicit kita mereka juga bakal memberikan jawapan yang sama. Mereka tak kenal kita malah sesilap kubur kita yang dah berlalang tu pun tidak diketahui dimana letaknya.

Begitu juga sekiranya saya tanya anda soalan-soalan berikut ini.

Siapakah moyang anda? Anda kenal ke tidak? Tanpa moyang anda anda tak ada datuk, tanpa datuk anda tak ada bapa dan begitulah seterusnya. Adakah moyang anda kaya? Adakah dia seorang ahli perniagaan? Doktor? Lawyer? Apakah ilmu yang telah disampaikan kepada anda? Dimanakah letaknya kubur beliau? Saya yakin anda juga tak tahu jawapannya. Yang pastinya rata-rata moyang kita adalah seorang peneroka tanah. Orang susah. Ilmu pengetahuannya juga sedikit.

Moyang suruh datuk kerja kerajaan kerana ada pencen katanya. Datuk suruh bapa kerja bank kerana ada bonus dan gajinya besar nasihatnya. Bapa sarankan kita dapatkan ijazah suruh kita jadi doktor, pilot, lawyer dan engineer. Datang pandemik Covid 19 semua pening kepala. Engineer, pilot dan lawyer tak ada pekerjaan dan doktor pula kerja 24 jam sehari semalam. Jadi apakah yang akan kita sarankan kepada anak cucu kita nanti?

Ia berbeza dengan bangsa Cina. Moyangnya berniaga dan mengajarkan ilmu perniagaan kepada anaknya. Datuk mengembangkan perniagaan tersebut, bapa pula terus memajukannya. La ni anak cucu mereka semua kaya raya kerana mereka semua terlibat dengan perniagaan. Kalau dibuat perbandingan ia jauh dari berbeza dengan bangsa Melayu. Berbeza dari banyak segi.

Zaman moyang kita ilmunya terhad, ilmu pengetahuan belum lagi berkembang seperti sekarang. Mana ada moyang kita yang ajarkan ilmu pelaburan, ilmu pemasaran, ilmu pelaburan Bitcoin dan cryptocurrency dan sebagainya. Malah Bitcoinpun belum wujud lagi. Zaman ini ilmu berada di hujung jari. Pun begitu masih ramai yang tak berilmu kerana tidak menggunakan segala kemudahan yang ada untuk mencari ilmu tersebut.

Kesimpulan am pengisian ini ialah sebenarnya tamadun kita masih muda dan mentah dan banyak lagi yang perlu dilalui sebelum kita boleh menjadi negara maju dengan minda tahap pertama. Kesimpulan khusus pula ialah alang-alang singgah hidup di dunia tinggalkanlah tanda. Tulis buku, tanam pokok durian atau cipta sesuatu yang boleh digunakan dan membawa manfaat kepada generasi yang mendatang. Hidup ini sekali, nak jadi biasa boleh sahaja tapi kan lebih baik jadi luarbiasa!

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup




2 comments:

  1. Arwah mak saya dulu pun mmg sarankan anak2 dpt keje gomen..ada pencen..hakikat sebenar mak ayah tak nak anak2 dia hidup susah..sedangkan yg beri rezeki Allah...saya suka tanam pokok..ingat pesan arwah mak saya..moga memberi manafaat pada kehidupan lain..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah… InshaAllah… dulu macam tulah…

    ReplyDelete

PROLOG - MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

PROLOG Umur 36 Tahun: Hari Susunan Nilai dan Prinsip pegangan diri serta Perspektif Pandangan Itu Berubah Bukan dunia yang salah. Susuna...