Merujuk kepada paparan yang di atas, ketahuilah yang semuanya berada di bawah kuasa Allah Taala.
Sepertimana yang telah diterangkan di dalam bab-bab yang lalu yang semua makhluk, kejadian dan ciptaan Allah adalah di bawah kekuasaanNya. Allah yang berkuasa untuk menurunkan hujan, Allah yang berkuasa untuk memerintahkan kilat untuk menembak lampu isyarat, Allah yang berkuasa untuk menyebabkan lampu isyarat mahupun kereta untuk berhenti berfungsi, Allah yang menentukan keadaan lalulintas lancar mahupun tidak, Allah jugalah yang mendatangkan penyakit dan dia jugalah yang memberikan penawarnya. Pada masa yang sama Allah juga yang menentukan masa yang tepat bila dan di mana isteri anda akan bersalin. Allah juga yang menentukan samaada anda mendapat anak lelaki mahupun perempuan. Allah juga yang menentukan samaada yang bayi itu sempurna sifat juga sihat mahupun sebaliknya. Semua ini hakikatnya adalah di dalam rangkuman ketentuan Allah Taala.
Jadi kepada mereka yang faham dan berminda akhirat, mereka reda dan tenang menghadapi semua keadaan kerana mereka tahu tak lain semua ini adalah ujian dan dugaan yang datang dari Allah Taala. Mereka juga tahu yang semua ujian dan dugaan tugasnya tak lain iaitu untuk menguji keimanan hambaNya. Mereka juga tahu kisah para sahabat Nabi SAW yang merasa tak keruan andai mereka lama tak sakit. Pada pandangan mereka sakit itu adalah petanda yang Allah Taala ingat kepada mereka.
Semua yang terjadi mereka menjawab dengan ungkapan Alhamdulillah kerana mereka bersyukur menerima ujian dari Allah Taala itu. Dengan harapan ujian itu akan meningkatkan keimanan mereka dengan harapan yang ujian itu dapat menebus dosa-dosa mereka yang lalu. Itulah pegangan mereka.
Perkataan “KALAU” juga tidak ada dalam hati mereka. Ini kerana mereka tahu perkataan “KALAU” ini hanya akan membuka pintu syaitan. Jadi mereka menutupnya rapat-rapat sepertimana menutup mulut semasa menguap. Mereka ini yakin dengan penuh yakin kepada Qada dan Qadar ketentuan Allah Taala. Kepercayaan dan keyakinan inilah yang bakal meningkatkan keimanan. InshaAllah.
Selepas mendapat berita yang isteri beliau akan bersalin, dia pulang dalam keadaan yang tenang, perjalanan lancar, hari tak hujan, lampu isyarat hijau sepanjang jalan, kereta elok sahaja hinggakan dia sempat sampai dan membawa isterinya ke hospital. Cahayamatanya disambut dengan seruan azan mahupun iqamat.
Lebih baik lagi, pada hari tersebut, beliau memang bercuti. Jadi beliau langsung tak perlu mengambil masa untuk pulang ke rumah. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah anak itu dilahirkan. Anak yang cantik, sempurna sifat dan dalam keadaan sihat.
Begitulah keadaannya sekiranya kita berada di dalam lindungan Allah Taala. Semuanya menjadi mudah.
Persoalannya ialah adakah anda merasakan hidup anda mudah atau susah? Kalau masih susah, masih tertekan, masih sempit, saranan saya apa kata kita usaha untuk meningkatkan keimanan juga meningkatkan amal soleh dengan harapan Allah memasukkan kita dalam golongan hambaNya yang berada di bawah naunganNya. InshaAllah. Sebagai permulaan apa kata anda baca blog ini bermula dari bab yang pertama hingga ke penghujungnya.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;
atau di Tik Tok, layari ;
0166667430
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
No comments:
Post a Comment