Saturday, September 4, 2021

BAB 11 - MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH - ALLAH TAALA PENCIPTA MAKHLUK



ALLAH MAHA ESA

Dalam hal ini sebagai seorang Islam, saya yakin anda percaya kepada Tuhan yang satu, saya percaya anda yakin kepada kewujudan Allah Taala. Kita percaya yang tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah SWT. Kita percaya yang Allah Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui akan segalanya yang berlaku di langit dan bumi pada hari ini, hari-hari sebelumnya dan hari-hari yang akan datang. Dia tidak lahir dan tidak dilahirkan. Dia Maha Ada.
 
Percaya kepada Allah SWT, Tuhan yang satu ini merupakan cabang Rukun Iman yang pertama dan paling utama bagi seorang Islam. Cumanya mungkin tahap keyakinan dan keimanan kita sebagai manusia kepada Allah SWT yang berbeza kedudukannya. Ada yang di peringkat tinggi namun ada juga yang di tahap rendah dan bagi bukan Islam ada juga yang langsung tidak mempercayai akan kewujudan Allah Taala.
 
Saya tak mahu menghuraikan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut lagi  mengenai kewujudan Allah SWT, Tuhan yang berkuasa atas segalanya ini kerana sebagai seorang Islam, kita wajib meyakini dan mempercayainya dengan sepenuh hati dan jiwa raga.

Sebagai seorang Islam kita juga percaya yang Allah Maha Mencipta, Allah yang mencipta segala-galanya yang ada di tujuh petala langit dan bumi. Cukup dengan berfirman “Jadi, maka jadilah”. Maka terbentuklah apa juga yang ingin diciptaNya. Sesuatu yang dicipta Allah Taala ini namanya makhluk.

Maka dalam hal ini Allah SWT wajib diletakkan di tempat yang paling teratas. Nombor 1. Segala apa yang kita lakukan dalam hidup ini mestilah dengan niat tak lain kerana Allah SWT. Kita mesti sentiasa ingat Allah SWT dalam apa juga yang kita kerjakan. Kita kena faham yang kita ini adalah makhluk kerdil, makhluk yang serbia hina, bodoh dan miskin. Hakikatnya tanpa bantuan Allah SWT kita tak punya apa. Ingatlah kita dilahirkan bermula dari setitis air mani. Andai Allah SWT tak pilih kita diantara berjuta sperma itu maka kita tak akan dilahirkan. Andai Allah SWT tak jodohkan kita dengan kedua ibubapa yang menjaga dan memelihara kita sejak bayi lagi kita dah lama kita mati. Jadi tak ada apa yang perlu kita banggakan dalam kehidupan ini. Sesungguhnya kita tak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah SWT.
 
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekian alam, tempat kita berserah, bergantung dan memohon pertolongan, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT. 

Kita sambung topik makhluk pula dalam bab yang akan datang.
 

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN BLOG MINDA AKHIRAT MENCARI HIDAYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah ke ...