Sabtu, 4 September 2021

BAB 12 - MAKHLUK CIPTAAN ALLAH


 

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH
Dalam bab ini kita mulakan dengan membahagikan makhluk ciptaan Allah ini kepada tiga kelompok. Kelompok pertama terdiri pada manusia, jin, malaikat dan iblis. Kitapun tahu akan kisah bagaimana manusia dicipta. Yang pastinya dalam Islam manusia bukannya datang dari keturunan beruk! Manusia pertama yang dicipta adalah Nabi Adam A.S. yang dicipta Allah dari segumpal tanah. Kemudian dari rusuk Adam terciptanya manusia kedua iaitu Hawa seorang perempuan. Allah SWT muliakan makhluk mulia dan dikurniakannya dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang tiada pada malaikat dan makhluk lain. Inilah antara sebab kenapa iblis memberontak lantas dilaknat Allah hingga ke akhir zaman kerana dia merasakan dirinya lebih mulia. Kerana katanya dia dicipta dari api yang lebih mulia kedudukannya.

Kemudian makhluk lain dalam kelompok pertama ini ialah Malaikat, Iblis, Syaitan dan Jin. Semua makhluk ini ghaib di kacamata manusia namun kita wajib mempercayai akan kewujudannya. Dalam hal ini ia bukan hantu, polong, jembalang, pontianak dan sebagainya sebab dalam Al Quran tidak ada langsung disebutpun pasal semua hantu-hantu ini. Jadi tak perlulah kita sebagai seorang Islam mempercayai hantu-hantu ini. Cukuplah kita percaya kepada kewujudan malaikat, jin dan iblis sepertimana yang dikisahkan dalam Al Quran. Untuk pengetahuan anda, sebelum kehadiran manusia, Iblis atau nama lainnya adalah Azazil adalah ketua malaikat tapi beliau bukan malaikat, beliau adalah dari keturunan jin. Sebab itulah dia boleh memilih untuk taat ataupun tidak. Malaikat pula adalah makhluk Allah yang dicipta dari cahaya dan merupakan golongan makhluk yang hanya taat dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Kelompok kedua adalah makhluk-makhluk yang lain iaitu segala yang ada di langit dan di bumi, gunung, bukit, tanah, binatang, haiwan, serangga, burung, logam, air, angin, api dan sebagainya. Kita semua tahu yang semua ini adalah ciptaan Allah. Kita juga tahu yang mereka semua bertasbih kepada Allah. Mereka semua tertakluk kepada perintah Allah Taala dengan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Masing-masing ada fungsinya yang tersendiri.

Kemudian dari kelompok yang kedua inilah manusia membina darinya. Manusia mengambil dari sumber-sumber yang ada di muka bumi ini, sumber-sumber yang dicipta Allah Taala lantas dijadikan benda-benda dan binaan yang digunakan untuk memudahkan kehidupan manusia itu sendiri.  Dari sumber di bumi inilah manusia membina kereta, motor, basikal, kapal terbang, lori dan sebagainya. Manusia juga membina pelbagai gajet, pakaian, kasut, handbag, ubat, radio, TV, makanan, minuman dan sebagainya.  Semakin lama semakin banyak benda-benda yang direka dan dibina. Semuanya untuk kemudahan manusia itu sendiri,  semakin lama ia semakin canggih.

Seterusnya kelompok yang ketiga iaitu makhluk yang Allah cipta tapi jarang-jarang kita ambil berat, jarang-jarang kita perhatikan, jarang-jarang kita terbuka minda untuk memikirkannya. Sedangkan semua makhluk ini adalah makhluk-makhluk ciptaan Allah Taala juga. Cumanya makhluk ini tidak kelihatan secara fizikal tetapi ia tetap wujud.  Perasaan @ emosi bosan, gembira, kecewa, sedih, putus asa, stress, nafsu dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk yang Allah cipta. Makhluk emosi ini merupakan sifat yang datang bersama manusia, jin mahupun binatang. Malah makhluk mati, ilmu, penyakit dan sebagainya juga adalah makhluk yang tertakluk kepada perintah Allah SWT. 

Tahukah anda yang makhluk mati mahupun makhluk penyakit tak wujud di syurga. Kenapa? Sebab mana ada orang yang akan sakit mahupun mati lagi bila di syurga kelak sebab mereka akan hidup selama-lamanya di sana nanti. Begitu juga dengan makhluk bosan, stress, tertekan dan putus asa dan sebagainya. Mereka tidak wujud di dalam syurga. Ini sebab di syurga semua orang di dalamnya hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera penuh dengan kasih dan sayang. Mereka hanya akan ada sifat mahmudah yakni sifat dan sikap yang ada pada Rasulullah SAW.

Tidak mengapa, saya akan menghuraikan tentang perihal makhluk-makhluk ini dengan lebih lanjut dan mendalam lagi dalam bab-bab yang akan datang. 

Haji Faizal Yusup
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY
www.faizalyusup.net
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MINDA AKHIRAT 4.0 - TEORI MENCARI HIDAYAH

MINDA AKHIRAT 4.0 - TEORI MENCARI HIDAYAH   KANDUNGAN   PRAKATA   BAHAGIAN 1 REALITI MANUSIA: MINDA DUNIA Dilahirkan Islam Belu...