Khamis, 26 Februari 2026

PROLOG - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI



MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

PROLOG

Umur 36 Tahun: Hari Susunan Nilai dan Prinsip pegangan diri serta Perspektif Pandangan Itu Berubah

Bukan dunia yang salah tapi perspektif kita yang bercelaru.

Saya mengambil masa 36 tahun untuk benar-benar memahaminya.

Saya dilahirkan di Malaysia. Seorang Melayu beragama Islam. Saya membesar dalam suasana yang mendengar dan mengenal azan, mengenal Ramadhan dan mengenal nama Allah SWT sejak kecil. Identiti Islam bukan sesuatu yang asing dalam hidup saya. Ia sebahagian daripada budaya dan persekitaran.

Namun dilahirkan dan membesar sebagai Muslim secara keturunan tidak secara automatik menjadikan susunan prinsip kehidupan dalam diri itu betul.

Saya tidak lahir dengan Minda Akhirat. Saya juga tidak membesar dengan kesedaran yang matang tentang paksi kehidupan. Seperti kebanyakan orang lain, saya belajar bahawa kejayaan itu diukur melalui pencapaian. Kerjaya menjadi ukuran nilai diri. Harta menjadi ukuran harga diri. Status, pangkat dan gelaran menjadi ukuran penghormatan.

Saya solat. Saya menutup aurat. Saya percaya kepada akhirat. Saya mencintai Nabi Muhammad SAW. Namun jika saya jujur terhadap diri sendiri ketika itu, neraca utama hidup saya masih keduniaan. Zon dunia. Minda Dunia walaupun beragama Islam.

Saya tidak merasa saya melakukan kesalahan besar. Saya hanya hidup dalam sistem yang sama seperti masyarakat saya. Sama macam orang lain. Sistem yang menekankan prestasi. Sistem yang memuja pencapaian. Sistem yang secara halus mengajar bahawa dunia adalah paksi, manakala agama berada di pinggir sebagai pelengkap. Ditampal pada diri dan tertera dalam kad pengenalan. Itu sahaja.

Namun perjalanan perubahan itu tidak bermula pada umur 36. Benihnya mungkin sudah ditanam lebih awal.

Pada umur 27 tahun, seorang insan menghadiahkan saya dengan sebutir clicker iaitu alat kecil untuk mengira. Katanya untuk digunakan untuk kira zikir. Pada masa itulah pada tahun 1997 saya mula melazimi zikrullah dengan lebih konsisten. Ia bukan keputusan yang dramatik. Ia lahir daripada keperluan dalaman yang sukar dijelaskan. Dalam kesibukan mengejar sasaran dan membina kedudukan, hati saya terasa penat. Saya perlukan sesuatu yang lebih dalam daripada pencapaian.

Zikrullah memenuhi ruang sunyi di tengah kebisingan dunia. Dalam dunia yang sentiasa bergerak laju, zikrullah memperlahankan hati. Menenangkan jiwa. Saya tidak tahu apakah fadhilatnya pada ketika itu. Apa yang saya tahu hati menjadi lebih tenang setiap kali saya menyebut nama Allah SWT.

Beberapa tahun selepas itu, pada umur 35 tahun, Allah SWT mengurniakan saya rezeki durian runtuh yang pertama dalam hidup. Untung pelaburan saham. Rezeki itu tiadak saya gunakan untuk membeli barang mewah mahupun ke Eropah tetapi saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Dalam masa yang singkat itu saya kerjakan tujuh pusingan ibadah umrah dengan doa semoga Allah SWT kurniakan insan yang kecil ini dengan taufik, petunjuk dan hidayahNya.

Di hadapan Kaabah, manusia menjadi kecil. Kedudukan, pencapaian dan apa juga yang selama ini terasa besar tiba-tiba menjadi sangat kecil dan bersifat sementara. Dalam suasana itu, doa-doa dipanjatkan dengan jujur. Doa yang mungkin tidak pernah dilafazkan dengan penuh kesedaran sebelum itu.

Saya tidak tahu doa mana yang dimakbulkan. Saya tidak tahu amalan mana yang diterima. Saya tidak berani mendakwa apa-apa. Namun setahun kemudian, pada umur 36 tahun, sesuatu berubah dalam diri saya.

Ia bukan perubahan yang mendadak seperti kilat menyambar. Ia kesedaran yang semakin jelas. Saya mula melihat hidup saya dengan lebih jujur. Saya mula bertanya soalan yang tidak selesa:

Apakah yang sebenarnya sedang aku kejar? Jika semua ini berakhir hari ini, apa yang benar-benar bernilai? Siapa yang sebenarnya menjadi paksi dalam hidup aku?

Jawapannya tidak menyenangkan.

Saya sedar agama ada dalam hidup saya, tetapi bukan sebagai paksi. Dunia menentukan arah dan agama menyesuaikan diri selepas itu. Keputusan besar dibuat berdasarkan logik dunia, kemudian dicari justifikasi agama.

Susunan itu tak betul. Ia terbalik. Dunia didahulukan, akhirat dikemudiankan.

Apabila susunan dan kepercayaan itu terbalik, kegelisahan tidak akan pernah benar-benar hilang. Walaupun pencapaian bertambah, hati tetap mencari sesuatu yang tidak ditemui.

Kesedaran itu meruntuhkan ego. Ia memaksa saya melihat diri sendiri tanpa alasan. Namun dalam keruntuhan itu, ada rahmat. Allah SWT memberi peluang untuk penyusunan semula semua nilai, prinsip dan kepercayaan saya selama ini.

Saya tidak berubah menjadi manusia sempurna selepas itu. Saya masih belajar. Saya masih berjuang dengan kelemahan diri. Namun arah dan perspektif memandang kehidupan sudah sama sekali berubah.

Tauhid mula mengambil tempat sebagai asas paling utama. Sunnah Nabi SAW dijadikan teladan dan sandaran. Hukum bukan lagi pilihan tetapi sempadan yang wajib dihormati. Akhirat bukan lagi sekadar kepercayaan, tetapi arah hidup yang nyata. Dunia tidak dibuang, tetapi diletakkan di tempatnya.

Sejak itu saya memahami sesuatu yang besar:

Masalah utama kita bukan kerana kita tidak solat. ukan kerana kita tidak percaya akhirat. Bukan kerana kita tidak cinta Nabi Muhammad SAW.

Masalahnya ialah susunatur.

Dunia menjadi keutamaan. Agama menjadi lapisan luar. Pada masa itulah perspektif keduniaan saya bertukar kepada perspektif akhirat. Dari zon dunia sekarang saya melihat dengan pandangan mata hati. Pandangan zon akhirat dalam setiap apa yang saya lakukan dalam dunia ini.

Kehidupan diteruskan sehinggalah ke tahun 2018 bilamana saya dan isteri dijemput untuk menunaikan Fardhu Haji. Umur saya ketika itu 48 tahun. Biarpun dijemput sebagai jemaah muasasah tetapi saya mengambil keputusan untuk menukarnya kepada pakej berdua dengan Rayhar Travel. Lebih RM100,000 jumlah belanjanya. Fikiran saya mudah, kalau saya boleh pergi ke luar negara dan berbelanja begitu banyak kenapa bila bertemu Allah SWT dan baginda Rasulullah SAW saya nak berjimat? Nak kedekut? Akhirat dulu dunia letak kat belakang.

Di sana selama 47 hari saya memanjatkan pelbagai doa dan antaranya memohon Allah SWT kurniakan ilmu saham dan juga ilmu teori lengkap petunjuk dan hidayah agar saya boleh kongsikan ilmu yang bermanfaat ini kepada semua. Yelah saya tahu petunjuk dan hidayah adalah hakmilik Allah SWT jadi mendapatkan kefahaman mengenai perkara ini pun cukup baik bagi saya pada ketika itu.

Kemudian pada umur 51, semuanya terbuka dan saya semakin faham dan mula menulis buku Minda Akhirat yang pertama dan mula menjalankan gerakan Minda Akhirat yang sedang anda baca ini. Ini merupakan siri yang kedua. Buku Asas Minda Akhirat ada saya kongsikan dalam blog ini. Bacalah kalau anda nak tahu asas Minda Akhirat ini.

Saya tidak menulis buku ini sebagai orang yang lebih baik daripada orang lain. Saya menulis sebagai seorang Melayu Muslim yang lahir dalam sistem yang sama yang pernah mengejar dunia dengan sepenuh hati dan yang pernah merasa kegelisahan dan ketidaktuan itu sendiri.

Mungkin Allah SWT gerakkan saya untuk menyusun semula hidup pada umur 36 tahun, maka saya yakin perubahan itu tidak mustahil bagi sesiapa pun. Sudah 20 tahun berlalu dan sekarang saya berumur 56 tahun dan masih memegang utuh prinsip pegangan yang sama. Alhamdulillah, masih berada dalam zon Minda Akhirat. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi kisah mengenainya.

Pengisian ini bukan seruan untuk meninggalkan dunia. Ia bukan ajakan untuk menjadi miskin. Ia bukan seruan untuk mematikan cita-cita. Ia hanyalah usaha untuk membetulkan susunan. Dari pandangab mata dunia kepada pandangan mata akhirat. Maafkan saya kalau ada bait-bait ayat di dalamnya yang menyinggung diri anda. Saya langsung tak ada niat untuk berbuat demikian. Hakikatnya kebenaran itu pahit. Ubat itu pahit tapi ia menyembuhkan. Maka mungkin ada kata-kata dalam blog ini pahit tetapi ia InsyaAllah akan bawa kefahaman dan kebaikan buat diri anda.

Ini kerana bukan dunia yang salah. Susunan prinsip dan pegangan nilai kita yang salah. Fokus kepada dunia dan segala isinya.

Oleh yang demikian, saya percaya apabila susunan itu diperbetulkan, hidup menjadi lebih tenang. Jiwa menjadi lebih stabil. Kejayaan menjadi lebih bersih dan perjalanan menuju Allah SWT menjadi lebih jelas. InsyaAllah.

Perjalanan hidup saya masih berjalan. Pengisian dalam blog ini ini adalah sebahagian daripadanya.

Jika ia membantu walaupun seorang insan menyusun semula paksi hidupnya, maka ia sudah cukup besar bagi saya. InsyaAllah. Alhamdulillah. 

Jom kita mulakan…

Wallahu’alam.

Sesungguhnya semua yang baik adalah dari Allah SWT, yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri insan yang serba lemah.

 

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

BAHAGIAN 1 - Bab 1 - Simptom Pertama - Dilema Melayu Islam

MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

BAHAGIAN 1

Bab 1

Simptom Pertama

Dilema Melayu Islam


Orang Melayu Islam hari ini bukan tidak solat. Bukan tidak percaya kepada hari akhirat. Bukan juga tidak cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Identiti Islam masih jelas pada nama, pada budaya dan pada upacara dalam kehidupan. Azan masih berkumandang. Ramadan dan Aidil Fitri masih diraikan. Masjid masih berdiri. Namun di sebalik semua itu, ada sesuatu yang lebih halus sedang berlaku. Ia tersembunyi dalam diri.

Neraca atau paksi utama kehidupan yang condong kepada dunia.

Kerjaya menentukan nilai diri. Harta menentukan harga diri. Status menentukan penghormatan. Perbandingan menentukan kebahagiaan. Tanpa sedar, ukuran kejayaan menjadi sangat material dan menjadi pandangan utama sosial. Apa yang kelihatan di mata manusia lebih cepat mempengaruhi hati berbanding apa yang dinilai oleh Allah SWT.

Agama tidak ditinggalkan tetapi ditampal di lapisan luar. Ia tak masuk dan menyerap ke dalam jiwa. Ia hadir sebagai identiti dan simbol tetapi tidak selalu menjadi teras utama dalam membuat keputusan. Keputusan kerjaya dibuat berdasarkan gaji dan kedudukan terlebih dahulu, kemudian dicari justifikasi agama. Keputusan perniagaan dibuat berdasarkan keuntungan, kemudian dicari dalil untuk menenangkan hati.

Susunan ini kelihatan normal kerana ia sudah menjadi kepercayaan dan budaya.

Sejak kecil, kita diajar untuk berjaya dalam peperiksaan, mendapatkan pekerjaan yang baik dan meningkatkan taraf hidup. Semua itu tidak salah. Namun jarang sekali kita diajar untuk bertanya soalan yang lebih besar: untuk apa semua ini? Kemana matlamat akhirnya?

Apabila matlamat kabur dan tidak jelas, manusia bergerak laju tanpa destinasi yang difahami. Ramai yang mencapai banyak perkara tetapi masih gelisah. Ramai yang memiliki lebih daripada generasi terdahulu tetapi masih merasa kurang. Ramai yang dihormati tetapi tidak benar-benar tenang.

Masalahnya bukan kerana dunia itu jahat. Dunia adalah kurniaan Allah SWT. Dunia adalah medan ujian dan tempat menanam amalan. Namun apabila dunia dijadikan keutamaan dan akhirat diletakkan di pinggir, keseimbangan kehidupan pasti akan terganggu.

Krisis sebenar bukan semata-mata krisis ekonomi atau sistem. Ia adalah krisis susunan nilai, prinsip pegangan dan kepercayaan. Tauhid tidak lagi menjadi paksi utama dalam menilai sesuatu. Hukum tidak lagi menjadi pagar yang tegas. Akhirat tidak lagi menjadi matlamat yang menentukan prioriti.

Sebaliknya, dunia menentukan matlamat. Status menentukan nilai. Tekanan sosial menentukan keputusan. Agama di belakang.

Inilah diagnosis sebenar.

Selagi susunan ini tidak diperbetulkan, kegelisahan akan terus wujud walaupun pencapaian bertambah. Selagi dunia menjadi keutamaan kehidupan, hati tidak akan benar-benar stabil. Ini kerana hakikatnya, bukan dunia yang salah.

Hakikatnya serpihan jigzaw puzzle nilai dan pegangan kita yang salah dan bercelaru.

Sekian dulu buat kali ini…

Jom kita sambung perbincangan dalam bab yang akan datang…

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Bab 2 - Simptom Kedua - Susunan Nilai dan Prinsip Yang Salah dan Bercelaru



MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bab 2

Simptom kedua

Susunan Nilai dan Prinsip Yang Salah dan Bercelaru

Setiap kehidupan dibentuk oleh satu susunan. Apa yang diletakkan di atas akan menentukan apa yang berada di bawah di kira atas di kanan. Ia mesti diletakkan di tempat yang betul. Apa yang dijadikan paksi akan menentukan apa yang berputar di sekelilingnya. Jika susunannya betul, kehidupan akan stabil. Jika susunannya terbalik, walaupun kelihatan berjaya, dalaman akan tetap goyah.

Analoginya seumpama menyusun jigzaw puzzle dalam diri. Bagaimanakah kita akan kenal diri kita sendiri apatah lagi mengenal Allah SWT andai kepingan-kepingan jigzaw puzzle itu berterabur tidak tersusun dalam diri kita sendiri. Bagaimana pula sekiranya kepingan itu tak mencukupi? Tak lengkap?

Seba itulah ada yang mengikut prinsip Barat yang nak "retire rich retire young", ada pula yang dalam hal ini yang berserah sahaja kepada nasib dengan pegangan "rezeki secupak takkan jadi segantang" mengikut budaya Melayu. Sedangkan dalam aspek ini prinsip Islam adalah "berusahalah kamu seakan-akan kamu hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seakan kamu akan mati esok hari..." Bukankah ketiga-tiga prinsip yang masuk ke dalam diri kita seorang Melayu Islam ini membuatkan kita keliru? Hingga tak tahu mana nak pilih atau kita langsung memilih pilihan prisip yang salah untuk dimasukkan ke dalam diri?

Bagi yang faham dan sedar maka pastinya dia akan memilih prinsip Islam kerana ia akan menyelamatkan dirinya di dunia dan di akhirat nanti. Seorang yang berminda akhirat akan memegang prinsip tauhid kepada keesaan Allah SWT menentukan nilai. Sunnah Nabi SAW dijadikan ikutan, Hukum menentukan sempadan. Akhirat menentukan arah. Dunia menjadi alat. Inilah susunan yang perlu ada dalam diri kita.

Namun yang sering berlaku hari ini ialah susunan kepingan jigzaw puzzle pegangan nilai dan prinsip dalam diri itu berterabur.

Dunia menentukan arah. Status menentukan nilai. Tekanan sosial menentukan keputusan. Agama disesuaikan selepas itu.

Perubahan ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia berlaku perlahan-lahan melalui budaya, pendidikan dan persekitaran. Kita membesar dalam suasana yang mengangkat pencapaian dunia sebagai ukuran utama. Kejayaan akademik diraikan secara besar-besaran. Kenaikan pangkat menjadi simbol kebanggaan keluarga. Rumah dan kenderaan menjadi lambang kemajuan.

Inilah pengisian yang kita lihat saban hari di media sosial malah dimana sahaja sejak kita kecil. Pendidikan di sekolah dan universiti yang dibawa penjajah tidak membantu. Lama kelamaan ia menjadi kepercayaan diri.

Apabila ia menjadi paksi, sesuatu yang lebih besar telah telah terlepas pandang.

Apabila dunia menentukan arah, keputusan hidup akan sentiasa berpaksikan keuntungan, peluang dan kedudukan. Soalan pertama yang muncul bukan lagi “adakah ini diredhai Allah SWT?” tetapi “adakah ini menguntungkan?” atau “apa orang akan fikir?”

Apabila status menentukan nilai, manusia mudah terperangkap dalam perbandingan. Nilai diri naik apabila dipuji, turun apabila diabaikan. Penghormatan manusia menjadi bahan bakar keyakinan. Tanpa pengiktirafan, hati merasa kosong.

Apabila tekanan sosial menentukan keputusan, prinsip menjadi longgar. Seseorang mungkin tahu sesuatu itu tidak sesuai tetapi tetap melakukannya kerana tidak mahu dilihat ketinggalan. Dalam keadaan ini, agama tidak lagi memimpin tetapi mengikut.

Agama hadir selepas keputusan dibuat. Ia dijadikan justifikasi, bukan panduan.

Susunan yang salah ini melahirkan kegelisahan yang berpanjangan. Dunia sentiasa berubah. Status sentiasa terancam. Tekanan sosial sentiasa meningkat. Jika semua itu menjadi pusat, hati akan sentiasa tidak stabil.

Sebaliknya, apabila tauhid menjadi paksi, nilai diri tidak bergantung kepada dunia. Hukum menjadi pagar yang jelas, bukan garis yang boleh dipadam dan dilukis semula. Akhirat menjadi arah yang memberi perspektif jangka panjang. Dunia tetap diusahakan tetapi sebagai alat, bukan tujuan.

Inilah perbezaan yang halus tetapi menentukan segalanya.

Susunan yang salah tidak selalu kelihatan salah pada pandangan luar. Seseorang boleh kelihatan berjaya, dihormati dan stabil. Namun dalam diam, dia mungkin bergelut dengan tekanan yang tidak pernah reda.

Apabila susunan diperbetulkan, perubahan pertama bukan pada luaran tetapi pada dalaman. Hati menjadi lebih tenang. Keputusan menjadi lebih jelas. Tekanan menjadi lebih terkawal.

Kita tidak perlu membuang dunia. Kita hanya perlu meletakkannya di tempat yang betul. Teruskan membaca kerana dalam bab-bab yang seterusnya kita akan membincangkannya secara kritis dan InsyaAllah meghuraikan cara menyusun semua jigzaw puzzle ini. InsyaAllah.

Kalau anda dapati blog ini bermanfaat kongsikanlah yer. Semoga ia membawa manfaat buat semua. 

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Bab 3 - Simptom Ketiga - Sistem Pendidikan Kerangka Barat

MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bab 3

Simptom Ketiga

Hakikat Yang Lebih Dalam - Sistem Pendidikan Kerangka Barat


Mengejar dunia tanpa akhirat bukan kerana manusia itu jahat. Bukan kerana mereka membenci agama. Bukan kerana mereka sengaja mahu melanggar hukum. Hakikatnya lebih dalam dan lebih kompleks daripada itu.

Sistem pendidikan di negara ini memainkan peranan besar dalam membentuk cara fikir. Pendidikan formal yang kita warisi banyak dipelopori oleh kerangka Barat moden yang dibawa penjajah dahulu. Dulu semasa di sekolah rendah saya ke sekolah memakai seluar pendek tanpa menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan. Kita belajar Sains, Matematik, Geografi , Sejarah dan lain-lain yang semuanya fokus kepada keduniaan. Kombinasi dengan ilmu akhirat terpisah sedangkan semua itu hakikatnya berada dalam rangkuman akhirat.

Penekanannya jelas - pencapaian akademik, produktiviti, persaingan dan mobiliti sosial. Ukuran kejayaan menjadi angka, gred dan kelayakan. Ia memisahkan pengisian dunia dengan pengisian ugama. Umpama air dan minyak yang terpisah. Kalau adapun pengisian ugama begitu minima.

Benar kerangka ini melahirkan kemajuan dan kemahiran. Namun ia jarang menyentuh soal susunan nilai hidup secara menyeluruh. Pelajar dilatih menjadi kompeten tetapi tidak selalu dilatih memahami untuk apa kompetensi itu digunakan. Soal untuk menyediakan diri kita untuk menjadi khalifah di muka bumi ini tiada dalam mana-mana silibus di sekolah.

Pada saya kerangka pendidikan Barat ini perlu diperbaiki dengan memasukkan kurikulum minda akhirat yang membuka minda dan rohani dengan matlamat menjadi kita Khalifah di muka bumi Allah SWT yang memakmurkan bumi dan bukan merosakkannya. Membina insan yang bertakwa, yang berminda akhirat yang akhirnya membawa keberkatan dan kejayaan kepada diri, institusi keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. 

Seterusnya ketika ini pendidikan di rumah pula banyak dipengaruhi oleh budaya Melayu. Nilai hormat orang tua, menjaga maruah keluarga dan adat setempat diajar sejak kecil. Budaya ini membentuk identiti dan adab tetapi kadangkala tidak disusun dengan jelas bersama kerangka tauhid yang mendalam.

Di satu sisi, anak belajar bersaing dan mengejar pencapaian. Di sisi lain, dia belajar menjaga imej dan kedudukan keluarga. Bak kata pujangga Melayu, biar papa asal bergaya. 

Dalam masa yang sama, dia juga menerima pengisian Islam melalui sekolah agama, kuliah dan ceramah.

Masalahnya bukan pada mana-mana satu komponen. Masalahnya ialah percampuran, pertindihan, kekeliruan tanpa susunan dan struktur.

Nilai Barat menekankan pencapaian dan individualisme. Budaya Melayu menekankan kehormatan dan kedudukan sosial. Pengisian Islam pula menekankan tauhid, hukum dan akhirat. Ketiga-tiganya masuk ke dalam diri tanpa kerangka yang menyusun mana yang menjadi paksi.

Akibatnya, lahirlah kekeliruan yang sukar dimengertikan.

Apabila berjaya dalam akademik, ia diraikan sebagai kejayaan utama. Apabila gagal menjaga imej, ia dianggap memalukan. Apabila bercakap tentang akhirat, ia dirasakan penting tetapi tidak selalu menjadi penentu keputusan dalam kehidupan.

Anak-anak membesar dengan mesej yang bercampur. Mereka diajar untuk menjadi yang terbaik dalam peperiksaan, menjaga nama baik keluarga dan pada masa yang sama cuba mengutamakan akhirat. Namun jarang sekali mereka dibimbing tentang bagaimana menyusun semua itu dalam satu kerangka yang jelas.

Inilah punca kegelisahan generasi hari ini.

Mereka bukan tidak mahu menjadi baik. Mereka cuma keliru tentang apa yang paling utama. Dalam tekanan untuk berjaya secara dunia, mereka cuba menyesuaikan agama agar tidak mengganggu laluan. Dalam tekanan budaya, mereka cuba mengekalkan imej walaupun hati penat.

Apabila pendidikan sekolah berteraskan pencapaian, pendidikan rumah berteraskan budaya dan pengisian Islam hadir tanpa penyusunan tanpa struktur yang jelas, identiti menjadi bercampur. Keputusan dibuat berdasarkan gabungan tekanan, bukan berdasarkan paksi tauhid yang tersusun.

Minda Akhirat bukan menolak kemajuan Barat. Bukan menolak adat Melayu. Bukan menolak pendidikan formal. Minda Akhirat menyusun semuanya berpaksikan garispanduan Islam.

Tauhid menjadi paksi. Nabi SAW menjadi ikutan. Hukum menjadi pagar. Akhirat menjadi arah. Dunia menjadi alat.

Apabila susunan ini jelas, kekeliruan berkurang. Pendidikan menjadi alat membina ummah, bukan sekadar membina kerjaya. Budaya menjadi pelindung adab, bukan sumber tekanan status. Agama menjadi pemimpin keputusan, bukan sekadar pelengkap identiti.

Hakikat yang lebih dalam ini perlu difahami dengan jujur. Ini kerana selagi kita tidak menyedari bagaimana sistem membentuk cara fikir, kita akan terus menyalahkan itu ini tanpa membetulkan kerangkanya.

Oleh yang demikian, selagi susunan tidak diperbetulkan, kitaran yang sama akan berulang. Harapan saya semoga perkongsian-perkongsian dalam blog ini bakal menjadi asbab membetulkan semua susunan yang bercelaru itu. InsyaAllah.

Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah! Share blog Minda Akhirat ini andai bermanfaat kerana ada banyak pengisian yang bakal membuka hati dan minda berada di dalamnya. 

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY

www.faizalyusup.net

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

Bab 4 - Simptom Keempat - Budaya Menunjuk Yang Merosakkan Hati

MINDA AKHIRAT 2.0 - DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

Bab 4

Simptom Keempat

Budaya Menunjuk Yang Merosakkan Hati


Dalam dunia yang semakin terbuka dan saling terhubung dengan penciptaan media sosial, budaya menunjuk menjadi satu kelaziman. Apa juga yang dimiliki mahu dipamerkan. Apa yang dicapai mahu diumumkan. Apa yang dibuat mahu dipersembahkan. Kemana pergi dan di mana kita berada ingin diberitahu kepada khalayak. Ia berlaku secara halus dan berterusan sehingga menjadi norma masyarakat kini. Ia bukan hanya berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Media sosial menjadi pemudahcara bagi budaya menunjuk ini dan orang kita umpama lalang yang mengikuti arah angin.

Pada zahirnya, ia kelihatan seperti perkongsian biasa. Namun apabila diteliti, budaya ini perlahan-lahan membentuk cara hati bertindak dan bekerja. Cara hati menunjukkan nilai sebenar pegangan seseorang itu.

Manusia mula melakukan sesuatu bukan hanya kerana ia baik tetapi kerana ia boleh dilihat. Amal yang sepatutnya menjadi rahsia antara hamba dan Allah SWT bertukar menjadi kandungan atau content di media sosial. Kejayaan yang sepatutnya disyukuri dalam diam bertukar menjadi simbol perbandingan.

Masalahnya bukan pada berkongsi semata-mata. Kadangkala perkongsian boleh memberi inspirasi. Namun garis antara inspirasi dan pertunjukkan sangat halus. Apabila hati mula menunggu reaksi, views, likes dan share di situlah niat mula terpesong.

Budaya menunjuk membuka pintu kepada penyakit ujub. Ujub ialah rasa kagum terhadap diri sendiri. Apabila pencapaian sering dipaparkan dan dipuji, hati mula merasakan bahawa kejayaan itu hasil sepenuhnya daripada kebolehan diri sendiri. Pergantungan kepada Allah SWT semakin mengecil, rasa bangga terhadap diri sendiri pula semakin membesar.

Lebih halus daripada ujub ialah riak. Riak berlaku apabila amal dilakukan supaya dilihat dan dipuji. Ia tidak selalu jelas. Seseorang mungkin masih menyebut nama Allah SWT dalam perkongsian tetapi dalam hatinya ada keinginan untuk dihargai. Riak tidak membatalkan perbuatan secara zahir tetapi boleh mengosongkan nilainya di sisi Allah SWT.

Budaya ini juga melahirkan perbandingan yang tidak sihat. Apabila kehidupan orang lain sentiasa dipaparkan dalam versi terbaik, hati mudah merasa kurang. Apa yang ada terasa kecil. Apa yang belum dicapai terasa mendesak. Ketenangan menjadi sukar ditemui.

Lama-kelamaan, kehidupan berubah menjadi persembahan. Seseorang bukan lagi hidup untuk menjalani amanah tetapi untuk mengekalkan imej. Dia berfikir tentang bagaimana dilihat, bukan bagaimana ia dinilai di sisi Allah SWT.

Dalam suasana seperti ini, niat menjadi sangat mudah rosak.

Nabi Muhammad SAW mengingatkan bahawa perkara yang paling dibimbangi terhadap umat ialah syirik yang kecil, iaitu riak. Ia halus dan sukar dikesan. Amal yang besar boleh menjadi ringan jika dicampur dengan niat untuk dipuji.

Minda Dunia memandang pertunjukkan sebagai strategi. Minda Akhirat memandang niat sebagai asas. Dunia mengukur nilai melalui reaksi manusia. Akhirat mengukur nilai melalui keikhlasan hati. Melalui nawaitu.

Minda Akhirat tidak melarang kejayaan. Tidak melarang perkongsian. Namun ia mendidik hati supaya sentiasa diperiksa. Jika tiada siapa yang tahu, adakah kita masih mahu melakukannya? Jika tiada pujian, adakah kita masih mahu berbuat baik?

Soalan itu menjadi penapis niat.

Akhirnya, budaya menunjuk mungkin memberi kepuasan sementara tetapi ia boleh merosakkan sesuatu yang paling mahal dalam kehidupan seorang Muslim iaitu keikhlasan.

Oleh yang demikian, apabila keikhlasan terjejas, walaupun amal banyak mana sekalipun, hati tetap tidak akan tenang.

Jangan lupa share blog ini andai bermanfaat.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430

Minda Akhirat

Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

 

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua pengisian dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link

atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;

https://youtu.be/H7-xmn99yyA

atau di Tik Tok, layari ;

https://www.tiktok.com/@mindaakhirat?_t=8VxLaxzLScL&_r=1

 

Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj

www.faizalyusup.net

BBA Finance University Of Nebraska Lincoln

0166667430

DIIA UITM Shah Alam

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Penulis 12 buah buku

Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.

Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart

Suruhanjaya Sekuriti

Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

 

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia

Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY

WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

 

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

 

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

 

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

http://www.faizalyusup.net/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

https://manrempit.blogspot.com/

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

https://manrempit2.blogspot.com/

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

https://kisahanakpakgad1.blogspot.com/

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

https://motivasiku.blogspot.com/

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

https://www.mindaakhirat.com/

Ikuti FY di Youtube 

https://youtu.be/eopx9GvrrkU

Ikuti FY di Facebook

https://www.facebook.com/profile.php?id=699773771

 

#mindaakhirat

#faizalyusup

MUKADDIMAH - MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI - MELIHAT KEHIDUPAN DENGAN CAHAYA ILMU

MINDA AKHIRAT 5.0 - MATA HATI Melihat Kehidupan dengan Cahaya Ilmu MUKADDIMAH ANDA MELAYU, BARAT, ISLAM? Sebagai seorang yang lahir berbangs...