Sabtu, 4 September 2021

BAB 20 - MENGHADAPI DUGAAN



BAB 20 - MENGHADAPI DUGAAN

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang kehidupannya. Sejak zaman Nabi Adam AS dimana baginda diuji dengan sebatang pokok iaitu pokok Khuldi hinggalah ke zaman Nabi Sulaiman AS yang diuji dengan kekayaan dan kemewahan, hingga ke zaman Nabi Musa AS yang diuji Firaun, Nabi Ibrahim AS diuji dengan anaknya Ismail, hingga ke zaman Rasulullah SAW dengan dugaan yang pelbagai. Sehingga kini dugaan itu pasti akan mendatangi kita makhluk bernama manusia. Sedikit atau banyak, kecil atau besar, sekejap atau lama.

Di sini dalam bab ini saya ingin mengasingkan dugaan-dugaan ini kepada 3 peringkat atau kategori.

KATEGORI 1,
KATEGORI DUGAAN PERINGKAT RENDAH.

Ia terdiri daripada dugaan-dugaan yang jelas kelihatan antaranya kita diduga dengan ;

Duit, Perempuan, Lelaki, Pondan, Arak, Judi, Makanan, Kereta, Motor, Hiburan, Shopping, Rokok, Hujan, Banjir, Kemarau, Rumah, Kesihatan dan bermacam lagi yang jelas kelihatan di mata kasar.

Boss yang garang, kekasih atau pasangan yang ganas, jiran yang sombong, mertua yang bermasalah, anak yang sakit, kepala yang pening, kereta yang rosak, hujan yang lebat, banjir, puting beliung, rumah yang terbakar, hutang yang banyak, komputer games dan lain-lain lagi termasuk dalam kategori ini.

Bayangkanlah sekiranya kita satu kelab malam. Kita sediakan hiburan, judi, arak, perempuan seksi yang menari di atas bar, dadah, makanan yang sedap dan sebagainya, saya yakin ramai yang akan datang kerana mereka sebenarnya kalah dengan nafsu diri dan gagal dalam menghadapi dugaan peringkat rendah ini.

Bayangkan pula senario ini. Kita berdua buka satu kelab yang menyediakan tempat mengaji Quran, belajar ugama, beribadat, tempat pertukaran ilmu dengan lelaki dan perempuannya menutup aurat dan diasingkan. Siapa nak datang? Tak payah bukalah kelab tu sebab contoh masjid tu siapa ada? Kosong selalu.

Jadi perasan tak berapa ramai yang gagal menghadapi dan menangani dugaan atau masalah sebegini? Dengan rokok pun kalah? Hujan lebat pun tertekan? Trafik jem pun nak marah? Bersabarlah.

KATEGORI 2,
KATEGORI DUGAAN PERINGKAT SEDERHANA.

Kategori ini pula adalah dugaan yang ada tapi tak kelihatan. Anda tahu dan saya pun tahu.

Contohnya ;

Ilmu, Kelayakan, Amal, Kuasa, Rupaparas, Pangkat, Nama, Gelaran dan sebagainya.

Ini dugaan peringkat tinggi sikit dari kategori yang rendah tadi. Ianya mudah dikenali.
  • Ada yang bernama Syed yang tak mahu anaknya dikahwinkan dengan yang bukan berketurunan Syed.
  • Ada Datuk dan Datin yang marah kalau gelarannya tak dipanggil.
  • Ada yang berkuasa tetapi menyalahgunakan kuasanya.
  • Ada yang berilmu tetapi menekan orang lain mahupun begitu kedekut dengan ilmunya.
  • Ada yang beramal habis diceritakan pada semua orang dengan bangganya. Saya dah pergi haji 3 kali umrah 18 kali katanya.
  • Ada yang dikurniakan dengan rupa yang elok, tapi bermegah dengan rupanya itu.
  • Ada juga diduga dengan kehinaan dan kebencian dari orang sekeliling.
  • Dan bermacam lagi.
 
Seterusnya,

KATEGORI 3,
KATEGORI DUGAAN PERINGKAT TINGGI.

Kategori ini pula adalah dugaan yang halus lagi tak kelihatan. Anda tahu, saya tak tahu. Ia dalam hati anda. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Contohnya,

Reda, Yakin, Ikhlas, Sabar, Tawakkal dan lain-lain yang hanya terletak di hati pemiliknya.

  • Reda 100 peratus pada perkara yang telah terjadi kerana itu susunan Allah walaupun rantai emas berharga RM5000 anda masuk dalam lubang tandas dan tak dapat diselamatkan.
  • Ikhlas hingga lupa pada pertolongan yang kita hulurkan.
  • Tawakkal pada Allah dan yakin yang Dia akan mencukupkan.

 
Bayangkanlah pada satu malam yang gelap gelita dan sunyi sepi anda seorang sahaja di dalam rumah sedang solat tahajud jam 3 pagi. Kemudian dalam hati anda berkata,

    “ Agaknya saya seorang je yang solat tahajud kat kampung ni malam ni.. ”

Bagi saya inilah dugaan peringkat tertinggi yang dihadapi oleh orang-orang dekat dengan Allah Taala.

Mungkin ada kategori yang lebih tinggi tapi itu di luar pengetahuan saya.

Kita kalah dengan dugaan peringkat mana?

Semua sekali ?

Susah jugak tu.

Apapun semoga kita semua berjaya mengatasi semua dugaan-dugaan yang datang silih berganti sepanjang kehidupan ini.

Begitupun Allah takkan duga makhlukNya dengan dugaan yang tak dapat dibebaninya. Dugaan ini hakikatnya tak lain ialah untuk menguji keimanan kita manusia kepada Allah Taala. Objektifnya ialah untuk kita bersabar. Untuk terus mengukuhkan keimanan dan untuk kita tidak kufur tatkala menghadapi dugaan tersebut.


BICARA TENTANG DUGAAN
Dikemaskini pada 15 Mac 2022

Dewasa ini dunia semakin mencabar, setiap insan diduga dari pelbagai segi. Dugaan kekurangan harta atau kewangan, bebanan hutang, perhubungan, bencana alam, kesihatan, kehinaan dan sebagainya.

Lantas ia membelenggu akal fikiran, menganggu pertimbangan, menjejaskan kesihatan dan lain-lain lagi. Ada yang jadi pendiam, umpama membawa diri ke dalam gua yang gelap. Ada pula yang menjadi seorang yang ganas lantas menyalahkan sesiapa sahaja pasangan, keluarga, rakan taulan, majikan, pemimpin, kerajaan atau siapa sahaja. Ada juga yang memudaratkan diri sendiri dengan mencederakan diri sendiri, pengambilan dadah, arak dan sebagainya.

Keadaan ini pula membawa kepada terjejasnya perhubungan kemanusiaan baik dalam semua aspek. Lebih teruk lagi ia membawa kepada bunuh diri. 

Sekiranya masih meneruskan hidup yang paling teruk ialah bila aqidah kita tergelincir yakni bila seseorang itu hilang keyakinan kepada Allah Taala. Mempersoalkan itu ini. Menyalahkan Tuhan.

Sebenarnya masa kita lemah beginilah masa dimana rongga-rongga hati kita terbuka untuk syaitan masuk ke dalamnya lantas membisikkan perkara-perkara negatif ke dalam hati dan akal fikiran kita. Dahlah jasmani tubuh badan kita sedang sakit dan lemah ditambah pula dengan masalah yang pelbagai. Satu-satunya pertahanan yang tinggal hanyalah elemen ROHANI yakni hubungan kita dengan Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Andai rohani kita juga rapuh maka hidup jadi tak keruan dan akan membawa kepada tekanan, depresi hingga ke gangguan kesihatan mental.

Jom kita analisis tentang makhluk DUGAAN yang pelbagai bentuk ini.
Bila ia lahir dan mula menduga manusia. 

Yang pasti ia telah wujud sejak bermulanya kehidupan manusia pertama iaitu Nabi Adam AS. Makhluk DUGAAN ini telah menguji Nabi Adam AS hinggalah ia turun menurun kepada semua para Nabi dan Rasul dan semua umat manusia sehingga kini dalam pelbagai bentuk dan keadaan. 

Dalam hal ini tak ada mana-mana manusia yang akan terus hidup sekiranya diduga dengan putusnya kepala dari badannya. Ye tak? Kalau masih boleh hidup selepas dipenggal kepala maka ramai pulak yang bawak kepala yang putus tu ke sana sini. 

Kenapa Allah cipta makhluk DUGAAN ini? Kalau Allah TIDAK cipta makhluk DUGAAN ini maka semua manusia akan hidup aman sejahtera dan riang ria. Anda nak hidup aman sejahtera riang ria di dunia? Dunia bukan tempatnya. Dunia adalah tempat dimana kita sebagai manusia diduga untuk menentukan siapa yang lebih beriman. Tempat untuk hidup aman sejahtera riang ria TANPA DUGAAN ialah di SYURGA! Kalau nak kehidupan begini kenalah kita berusaha untuk ke sana. Ye tak?

Kalau difikirkan dugaan sakit dan mati mungkin kena kepada banyak jenis makhluk temasuk binatang dan tumbuhan tapi tak kena kepada para malaikat. Dugaan perhubungan tak kena kepada makhluk seperti matahari, bulan dll juga malaikat sebab tiada perhubungan yang terlibat. Dugaan kewangan pula HANYA kena pada manusia, tak kena kepada makhluk yang lain sebab mana ada makhluk lain yang ada masalah kewangan. Lembu tak pernah fikir hari ni duit tinggal banyak mana dalam bank. Agaknya lebih baik lahir jadi Lembu dari jadi Manusia kan? Sebab tak payah fikir pasal masalah kewangan dan perniagaan. Cuma fikir hari ni nak makan rumput kat mana.

Jadi, apa tugas makhluk DUGAAN ini? Ia tak lain ialah untuk menguji KEIMANAN. Nak tengok bila diduga dengan KESUSAHAN adakah ia akan meningkatkan keimanan kita kepada Allah atau adakah ia membawa kita kepada kekufuran. Nak uji tengok bila kita diduga dengan KESENANGAN adakah kita lebih dekat dengan Allah dan bawa manfaat kepada ugama atau adakah kita jadi kufur, sombong, berlagak dan bawa mudarat.

Seperkara lagi mana lebih banyak? NIKMAT ATAU DUGAAN? Pastinya nikmat lebih banyak. Kalau kita bandingkan dah banyak tahun kita senang kalau dibandingkan kita susah. Takkanlah nikmat yang tak terhitung Allah bagi kita NAK tapi dugaan sikit yang Allah bagi kita TOLAK pulak?

Bagaimana pula dengan fasa atau jangkamasa DUGAAN? Ada dugaan yang ambil masa yang panjang dan ada yang pendek. Jadi setiap dugaan yang bermula pasti akan berakhir. Ia takkan berada di situ selama-lamanya.

Kita juga kena ingat Sabda Nabi SAW - Membandingkan diri dengan orang yang lebih susah adalah lebih wajar dalam menghadapi dugaan ini. Dugaan juga membersihkan dosa-dosa lalu. Dugaan juga petanda ingatan Allah kepada kita makhlukNya. Dugaan juga petanda kita insan terpilih. Dugaan juga menguatkan jati diri. Tak beriman seseorang itu sekiranya dia tak diuji dan diduga. Itu Firman Allah.

Jadi jom kita perkukuhkan elemen kerohanian dalam diri kita. Jom kita kenal diri siapa kita. Siapa Allah pencipta kita tu. Jom kita sentiasa ingat dan dekatkan diri dengan Allah. Jom kita rapatkan persaudaraan, cari persamaan dan raikan perbezaan.

Jom kita berminda akhirat! InshaAllah kita akan selamat.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup


Khamis, 2 September 2021

BAB 21 - KETAUHIDAN



BAB 21 - KETAUHIDAN

Percayalah dengan penuh yakin kepada keesaan Allah tanpa ada perantara diantaranya.

Dewasa ini saya sering bertemu dengan orang-orang yang menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan mengatakan yang ianya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, menghindari penyakit, menajamkan pemikiran dan sebagainya. Kadangkala kata-kata yang dihujahkan nampak begitu meyakinkan namun demikian kata-kata itu tidak beralas seakan produk itu pula yang BERKUASA untuk membuat itu dan ini.

Dalam Islam seseorang individu itu sebenarnya boleh berinteraksi terus dengan Tuhannya tanpa mana-mana perantara. Oleh yang demikian kita boleh terus meminta ampun malah bertaubat kepada Allah Taala andaikata kita ada melakukan sebarang kesalahan dalam kehidupan. Hubungan terus kepada Allah Taala tanpa perantara.

Dalam hal ini janganlah jadi seperti mereka yang menganuti ugama lain yang percaya dosa mereka boleh diampunkan dan dibersihkan dengan mandi dalam sungai-sungai yang tertentu atau boleh diampunkan saban minggu oleh perantara yang tertentu.

Ingatlah dalam hal ketauhidan ini kita mesti yakin terus bergantung bulat-bulat kepada Allah dan bukan kepada mana-mana perantara atau makhluk. Ini kerana perantara atau mana-mana makhluk sekalipun tak boleh membawa manfaat atau mudarat kepada kita tanpa izin Allah Taala.

Oleh itu janganlah percaya,
  • Gelang berkuasa memberikan kesihatan dan menyembuhkan penyakit.
  • Manusia berkuasa untuk menyembuhkan penyakit.
  • Azimat dan tangkal berkuasa menjadikan kita kuat, boleh melariskan perniagaan, sebagai ubat pengasih dan sebagainya.
  • Percaya kepada ramalan seperti tarikh lahir, fung shui, horrorskop/zodiak dan sebagainya.
  • Percaya pada warna, bunyi, aroma dan sebagai berupaya menyembuhkan itu ini dan sebagainya.
  • Percaya kepada hantu dan jembalang.
  • Tasbih boleh buat ubat.
  • Ubat boleh menyembuh penyakit.
  • Dan banyak lagi.



Kemudian janganlah menyembah selain Allah Taala. Janganlah jadi manusia yang menyembah matahari, pokok, berhala dan sebagainya. Janganlah taksub kepada artis, pemain bola, pemimpin dan sebagainya. Mereka itu semua makhluk yang sama level malah lebih rendah levelnya dari diri kita makhluk manusia.

Janganlah bergantung kepada rokok, dadah dan arak mahupun mana-mana makhluk di muka bumi ini kerana semua itu tidak sempurna, bersifat sementara dan bakal mengecewakan.

Dalam hal ini memanglah makhluk dan kejadian Allah diciptaNya untuk berkhidmat kepada manusia namun ia bergantung kepada keizinanNya. Allah yang berikan penyakit dan Dia jugalah yang memberikan penawarnya dengan perantara seperti ubat, doktor, dengan ayat-ayat Al Quran dan sebagainya mahupun tanpa perantara secara terus dengan doa yang kita minta dariNya.

Mana-mana makhluk dan kejadian hakikatnya tak akan dapat berbuat apa-apa. Mereka tak punya kuasa melainkan Allah mengizinkannya. Oleh itu janganlah menyamakan mana-mana makhluk dengan Allah Taala. Syirik jadinya. Semua makhluk dan kejadian ini hanyalah perantara Allah Taala dan setan menggunakannya untuk memesongkan kita dari ketauhidan kepada Allah Taala yang satu.

Syaitan menggunakan kemiskinan contohnya dan kita merasakan yang kita akan mati dengan kemiskinan sedangkan Allah Taala telah menjanjikan rezeki bagi setiap anak Adam yang dilahirkan di muka bumi ini.

Masalah tentang syirik ini ialah kadangkala ia tersembunyi dan sukar untuk dilihat. Ia seakan seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. Ingatlah dosa syirik atau menduakan Allah ini tak seperti dosa-dosa yang lain kerana doa syirik ini tak akan diampunkan Allah Taala. Dengan yang demikian kita kena berhati-hati agar kita tak terjebak dengannya.

Ini kerana ketauhidan iaitu kepercayaan yang bulat keseluruhannya kepada Allah termaktub dalam Rukun Iman maka ia merupakan asas keimanan kita kepada Allah SWT. Oleh itu peganglah kepada tali Allah ketat-ketat dalam senang mahupun susah dan jangan sesekali melencong kepada makhluk yang lain yang tidak berkuasa itu. Carilah jalan yang lurus.



Jom kita sambung perbincangan dalam bab yang akan datang. Sudilah kongsikan blog ini andai ia membawa manfaat kepada anda.

Sekian dulu, Terima kasih kerana sudi membaca.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup


Rabu, 1 September 2021

BAB 22 - MAKHLUK TAK BOLEH BAWA MANFAAT MAHUPUN MUDARAT TANPA IZIN ALLAH

 
Sepertimana sebilah pisau yang boleh membawa manfaat apabila ia digunakan untuk memotong timun, sayur, daging dan sebagainya namun ia juga boleh bawa mudarat apabila kita terpotong jari kita sendiri. 
 
Begitu juga sepohon pokok kelapa yang boleh dikatakan semua elemen daripada kelapa itu boleh digunakan untuk membawa manfaat kepada kita sebagai manusia sebagai contoh daunnya boleh dibuat penyapu lidi, buahnya memberikan kita air, tombongnya boleh dimakan serta isi kelapa yang boleh dibuat santan dan sebagainya.  Namun sekiranya buah kelapa itu jatuh menghempap kepala kita pastinya ia akan membawa mudarat. 
 
Dalam hal ini semua makhluk Allah SWT ataupun semua ciptaan yang diproses dari makhluk Allah ini oleh manusia sebenarnya boleh membawa manfaat dan pada masa yang sama ia juga boleh membawa mudarat kepada kita namun ianya berlaku hanya semata-mata dengan keizinan Allah Taala. Dalam ertikata lain Allah berkuasa untuk menggunakan mana-mana makhluk ini sebagai perantaan dugaan kepada diri kita. Jadi kalau anda dihempap buah kelapa, bertabahlah, redalah kerana ia tak lain adalah dugaan atau takdir yang ditentukan Allah terhadap kita.
 
Soalan saya kepada sidang pembaca sekelian yang sampai ke bab ini ialah;
Adakah pengisian dalam blog ini membawa manfaat kepada anda?

Adakah ilmu yang dikurniakan Allah kepada penulis makhluk Allah ini membawa manfaat kepada anda?
 
Ia akan lebih bawa manfaat bilamana segala ilmu yang disampaikan ini, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan anda. InshaAllah ia akan membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada anda. 

Jom kita sambung perbincangan dalam bab yang akan datang. Sudilah kongsikan blog ini andai ia membawa manfaat kepada anda.

Sekian dulu, Terima kasih kerana sudi membaca.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup


BAB 23 - PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR



BAB 23 - PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR
 
Pengisian tentang sejarah kehidupan, tentang dari mana kita bermula dan kemanakah arah tuju kita termasuklah tentang Allah Maha Pencipta serta juga pengisian makhluk serta kejadian yang diciptaNya sudahpun saya huraikan di dalam bab-bab yang lalu. Saya harap sikit sebanyak ia membawa manfaat dan kefahaman kepada anda sidang pembaca sekelian.
 
Dalam bab seterusnya ini saya ingin menyampaikan pengisian yang lebih mikro iaitu mengenai sifat dan sikap yang ada dalam diri kita, sifat dan sikap yang kita bawa dan menjadi prinsip hidup kita selama hari ini. Siapa tahu mungkin pengisian-pengisian yang ada dalam  topik-topik yang seterusnya ini boleh membawa perubahan kepada anda dan mungkin juga secara tak langsung sedikit sebanyak membawa ketenangan dan kedamaian di dalam hati anda dengan izin Allah SWT.

Zaman pandemik Covid 19 ini ramai yang terjejas. Kena potong gaji, diberhentikan kerja, syarikat tempat kerja ditutup, perniagaan terjejas, perniagaan terpaksa ditutup, bankrap dan seterusnya menyebabkan kita tak punya duit untuk membayar hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit malah pembiayaan keluarga. Tak cukup duit nak makan dan sebagainya. Lebih teruk lagi ia menyebabkan perhubungan kita suami isteri terjejas, perhubungan dengan majikan, keluarga dan sahabat handai retak menanti belah. Ia juga memberi impak kepada jasmani dengan hadirnya pelbagai jenis penyakit, jantung, darah tinggi, penyakit mental dan sebagainya. Lebih teruk lagi kira terjerumus ke lembah kehinaan.

Jadi bagaimanakah kita hendak mengatasi semua dugaan yang datang satu demi satu ini dengan tenang?

Bagi mendapatkan jawapan mari kita buat satu senario sepertimana dalam paparan ini;





Dalam senario di atas, anda terdesak dan perlu pulang ke rumah di Nilai yang berada lebih kurang 60 km jaraknya dari Kuala Lumpur. Air ketuban isteri anda telahpun pecah dan dia dalam keadaan resah gelisah menahan kesakitan kerana hendak bersalin.
 
Anda turun ke parkir tempat letak kereta di tingkat bawah bangunan tempat anda bekerja. Entah kenapa bila nak keluar anda nampak banyak kereta yang beratur menunggu giliran untuk membayar tiket parking. Rupa-rupanya di luar hujan turun mencurah-curah. Angin bertiup kencang,  sesekali kilat sabung-menyabung dan guruh berdentam-dentum. Jalanraya jem, kereta berderet-deret. Anda yang dalam kecemasan ingin cepat mula rasa tertekan. Hujan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. Sedang anda terensot-ensot mengekori kenderaan di hadapan, secara tiba-tiba  lampu trafik di depan anda dipanah petir. Ia terus padam. Perjalanan terus terhenti. Semua kenderaan terhenti, terpegun tidak dapat bergerak. Perasaan geram mula menguasai diri. Selama 1 jam ada sangkut di situ sebelum kehadiran seorang polis anggota trafik yang membantu menjaga aliran lalu lintas. Begitupun perjalanan masih perlahan, kesesakan lalu lintas berterusan.
 
Setibanya dia Jalan Tun Razak, “temperature” kereta anda naik begitu tinggi dan tiba-tiba kelihatan asap keluar dari enjin kereta anda. Enjin terus terhenti, anda pula masih berada di tengah jalan di dalam kesesakan lalu lintas berserta hujan yang  mencurah-curah. Tatkala itu anda mendapat panggilan dari ibu mertua anda yang memberitahu mereka telah tiba di hospital bersalin serta menceritakan tentang keadaan isteri anda yang semakin sakit dan tak keruan lantas bertanyakan jam berapakah anda boleh tiba. Anda tenggelam punca tak tahu apa yang dikata. 
 
Dalam hujan anda keluar dan membuka bonet kereta. Penutup “radiator” anda buka. Kontang, kemungkinan “radiator” kereta anda bocor telah menyebabkan kereta  anda “overheating”. Bisik hati anda.
 
Anda perlu mencari air “radiator” di stesen minyak yang terdekat  sebagai jalan penyelesaian sementara. Hujan masih turun tanpa tanda-tanda hendak berhenti. Anda sudah basah lencun kerana di dalam kereta anda tiada payung. Kekecewaan mula mengambil tempat di hati anda. Kebarangkalian untuk sampai ke hospital untuk berada disamping isteri anda ketika dia melahirkan cahaya mata pertama anda semakin tipis.
 
Anda kembali masuk ke dalam kereta. Menunggu temperature kereta turun dengan harapan kereta anda boleh dihidupkan sebelum anda boleh memandu ke stesen minyak terdekat.   Hujan makin lebat, jalan makin sesak, sesekali kereta yang lalu membunyikan hon kerana kereta anda menghalang perjalanan  mereka.  Anda mula marah,  marah  atas semua perkara.  Marah  kerana keadaan tidak memihak kepada anda juga marah kerana orang lain tidak memahami keadaan anda yang begitu tertekan pada ketika itu.
 
Lebih 3 jam telah berlalu,  entah kenapa perut anda pula meragam.  Ia sakit memulas-mulas,  anda mula mengerang kesakitan. Anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,  dalam hujan lebat, dengan kereta rosak,   ditambah pula isteri yang nak bersalin. Anda putus asa kerana tahu anda tak akan sempat sampai ke hospital untuk menyambut bayi pertama anda.
 
Tak lama selepas itu anda mendapat mesej daripada ibu mertua anda yang isteri anda telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Perasaan sedih melanda kerana anda tak sempat untuk berada di sisi isteri anda ketika dia melahirkan anak pertama anda.
 
Huraian kisah ini saya paparkan dalam carta di bawah ini ;



Pernahkah peristiwa seakan sebegini melanda kehidupan anda? Dugaan demi dugaan melanda lepas satu datang satu lagi. Adakah anda tertekan kerana semua ini? Kadangkala hujan yang turun sudah cukup untuk membuatkan anda tertekan.
 
Kalau difikirkan dalam kisah ini, tak banyak yang boleh kita lakukan.  Kalaupun kita marah dengan hujanpun, bukannya kita boleh memberhentikan hujan dengan kuasa yang ada pada kita. Kita tak punya kuasa untuk buat demikian. Itu pun nasib baik tubuh badan kita dijadikan Allah “waterproof” atau kalis air. Andai tubuh badan kita dijadikan dari kain payah pula kita nak menjemurnya untuk mengeringkannya.
 
Kalau kita kecewa pun bukannya kita boleh membaiki kereta kita yang rosak pada ketika itu.  Lainlah kalau kita seorang mekanik dan dan punya kelengkapan siap dalam kereta untuk membaiki apa-apa kerosakan. Kalau kita mekanik pun, bila perut sakit kita juga tak tahu nak buat apa. Macamana pun kita terpaksa pergi berjumpa doktor. 
 
Kalau kita sedih dan mengalirkan air mata darah sekalipun oleh kerana kita tak sempat berada di samping isteri yang telah melahirkan cahaya mata pertama kita itu sekalipun, kita tak berupaya nak ubah apa-apa pun.  Bukan dengan menangis sedih dan mengalirkan air mata masa akan dapat diundurkan. Pastinya tidak. Kita juga tak boleh terbang macam Superman. Lainlah kalau kita ni lahir sebagai burung helang.  Kita juga tak ada alat “teleport” macam dalam cerita Star Trek tu. Boleh hilang kat Kuala Lumpur tiba-tiba sampai ke Nilai. 
 
Kalau kita marah kepada sesiapapun atau terhadap apapun dalam senario ini, ia tidak akan mengubah apa-apa, silap-silap ia mengundang kemarahan daripada orang lain. Silap-silap ia membawa kepada permasalahan yang lebih besar. Lagipun hakikatnya sifat marah itu adalah dari syaitan dan pada saya marah itu pilihan. Kita boleh pilih untuk tidak marah! 
 
Di penghujung cerita, bukankah yang berlaku akan tetap berlaku. Jadi  persoalan di sini ialah bagaimana kita menerima keadaan atau dugaan ini.  “Do we take it hard or do we take it easy?” Reaksi yang negatif  akan hanya membebankan dan membawa pada keadaan yang lebih menyusahkan  sedangkan reaksi yang positif akan membawa kepada ketenangan dan tindakan yang lebih rasional. 
 
Ketahuilah, tiada siapa yang suka pada orang yang pemarah, tiada siapa yang nak berkawan dengan orang yang pendendam, tiada siapa yang nak tolong orang yang mudah putus asa. Sebaliknya insan yang punya sifat tenang, pemaaf dan tak mudah putus asa lebih disenangi orang lain lantas dia punya ramai kawan.
 
Sebagai tambahan dalam kisah ini ada sebab kenapa lampu isyarat menyala merah mahupun kenapa kereta itu rosak pada masa itu. Mungkin juga kerosakan itu mengelakkan dari musibah atau dugaan yang lebih besar di depan. Mungkin juga akan berlaku kemalangan teruk di depan kerana anda tergopoh-gapah hilang pertimbangan kerana panik dengan keadaan dan sebagainya.
 
Seterusnya ada pula yang akan menggunakan perkataan KALAU.
 
Kalaulah hari tak hujan, kalaulah jalan tak jem pasti saya akan cepat sampai ke hospital, kalaulah kereta dah diservis pasti ia takkan rosak, kalaulah anak itu lahir besok pasti ini tidak berlaku, kalaulah saya ambil cuti hari ini pasti saya akan dapat  bersama dengan isteri dan melihat bayi itu dilahirkan.
 
Ketahuilah perkataan “KALAU” ini hanya membuka pintu syaitan. Dalam blog ini kita tahu yang syaitan memang tugasnya menghasut dan memesongkan akidah manusia. Jadi janganlah sesekali kita membuka pintu hati kita untuk syaitan memasukinya. Perkataan “KALAU” ini menidakkan ketentuan Tuhan. Terus terang sebagai seorang Islam keluarkan  perkataan “KALAU” ini dari dalam kamus kehidupan anda  dan jadilah orang yang yakin dengan setiap ketentuan Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Percaya kepada Qada dan Qadar Allah ini adalah salah satu cabang Rukun Iman.
 
Apapun sebenarnya remedi untuk semua masalah atau dugaan yang datang dari Allah SWT ialah untuk kita buat dua perkara ini. Bersabar dan mendirikan solat sambil berusaha selagi daya untuk keluar dari situasi tersebut. InshaAllah lambat laun pasti samada anda akan dapat keluar darinya atau Allah SWT gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Semuanya bergantung kepada keizinan Allah SWT. Cepat atau lambat juga bergantung kepada kehendakNya.

Kisah ini bersambung dalam bab yang akan datang.

Jom kita sambung perbincangan dalam bab yang akan seterusnya. Sudilah kongsikan blog ini andai ia membawa manfaat kepada anda.

Sekian dulu, Terima kasih kerana sudi membaca.

Ikhlas,

Haji Faizal Yusup

0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



BAB 24 - SEMUANYA BERADA DI DALAM KUASA ALLAH TAALA



 
Merujuk kepada paparan yang di atas, ketahuilah yang semuanya berada di bawah kuasa Allah Taala.

Sepertimana yang telah diterangkan di dalam bab-bab yang lalu yang semua makhluk, kejadian dan ciptaan Allah adalah di bawah kekuasaanNya. Allah yang berkuasa untuk menurunkan hujan, Allah yang berkuasa untuk memerintahkan kilat untuk menembak lampu isyarat, Allah yang berkuasa untuk menyebabkan lampu isyarat mahupun kereta untuk berhenti berfungsi, Allah yang menentukan keadaan lalulintas lancar mahupun tidak, Allah jugalah yang mendatangkan penyakit dan dia jugalah yang memberikan penawarnya. Pada masa yang sama Allah juga yang menentukan masa yang tepat bila dan di mana isteri anda akan bersalin.  Allah juga yang menentukan samaada anda mendapat anak lelaki mahupun perempuan. Allah juga yang menentukan samaada yang bayi itu sempurna sifat juga sihat mahupun sebaliknya. Semua ini hakikatnya adalah di dalam rangkuman ketentuan Allah Taala.


Jadi kepada mereka yang faham dan berminda akhirat, mereka reda dan tenang menghadapi semua keadaan kerana mereka tahu tak lain semua ini adalah ujian dan dugaan yang datang dari Allah Taala. Mereka juga tahu yang semua ujian dan dugaan tugasnya tak lain iaitu untuk menguji keimanan hambaNya. Mereka juga tahu kisah para sahabat Nabi SAW yang merasa tak keruan andai mereka lama tak sakit. Pada pandangan mereka sakit itu adalah petanda yang Allah Taala ingat kepada mereka.

Semua yang terjadi mereka menjawab dengan ungkapan Alhamdulillah kerana mereka bersyukur menerima ujian dari Allah Taala itu. Dengan harapan ujian itu akan meningkatkan keimanan mereka dengan harapan yang ujian itu dapat menebus dosa-dosa mereka yang lalu. Itulah pegangan mereka.

Perkataan “KALAU” juga tidak ada dalam hati mereka. Ini kerana mereka tahu perkataan “KALAU” ini hanya akan membuka pintu syaitan. Jadi mereka menutupnya rapat-rapat sepertimana menutup mulut semasa menguap. Mereka ini yakin dengan penuh yakin kepada Qada dan Qadar ketentuan Allah Taala. Kepercayaan dan keyakinan inilah yang bakal meningkatkan keimanan. InshaAllah. 


Paparan di atas ini pula menunjukkan senario yang sama tetapi terhadap seorang insan yang berada di dalam lindungan Allah Taala. Bukankah kita sering mendengar orang berdoa dengan doa ini, “Semoga Allah permudahkan segala urusan”. Paparan ini tak lain bertujuan untuk menunjukkan kemudahan dan didapati oleh seseorang yang beriman dan beramal soleh. Kehidupan mereka mudah kerana mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Allah permudahkan perjalanan kehidupan mereka saban hari.
 
Selepas mendapat berita yang isteri beliau akan bersalin, dia pulang dalam keadaan yang tenang, perjalanan lancar, hari tak hujan, lampu isyarat hijau sepanjang jalan, kereta elok sahaja hinggakan dia sempat sampai dan membawa isterinya ke hospital. Cahayamatanya disambut dengan seruan azan mahupun iqamat
 
Lebih baik lagi, pada hari tersebut, beliau memang bercuti. Jadi beliau langsung tak perlu mengambil masa untuk pulang ke rumah. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah anak itu dilahirkan. Anak yang cantik, sempurna sifat dan dalam keadaan sihat. 
 
Begitulah keadaannya sekiranya kita berada di dalam lindungan Allah Taala. Semuanya menjadi mudah.
 
Persoalannya ialah adakah anda merasakan hidup anda mudah atau susah?  Kalau masih susah, masih tertekan, masih sempit, saranan saya apa kata kita usaha untuk meningkatkan keimanan juga meningkatkan amal soleh dengan harapan Allah memasukkan kita dalam golongan hambaNya yang berada di bawah naunganNya. InshaAllah. Sebagai permulaan apa kata anda baca blog ini bermula dari bab yang pertama hingga ke penghujungnya.




Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscribe yer. Layari ;


atau di Tik Tok, layari ;


Haji Faizal Yusup @ FY Al Haj
www.faizalyusup.net
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia
Penulis 12 buah buku
Buku Man Rempit dan Bukan Maksum memenangi Dana Anugerah Penulis 2012.
Lebih 30 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bekas Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung

Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Seminar Minda Akhirat - Mencari Hidayah bersama FY
WhatsApp Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut.

Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/​  atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube 
Ikuti FY di Facebook

#mindaakhirat
#faizalyusup



KELEBIHAN MELANGSAIKAN HUTANG

  Dalam Islam, melangsaikan hutang bukan sekadar urusan kewangan, tetapi ia berkait rapat dengan ketenangan jiwa, maruah diri dan tanggungja...